Awal pagi lagi saya bersiap-siap menunggu En Azahar di lobi hotel. Perjalanan memakan masa sekitar 20 minit sahaja. Saya teruja dengan jalan yang luas menghubungkan Seri Iskandar dan Pekan Bota. Apabila membelok ke Pekan Bota menuju ke Lambor barulah suasana kampung kelihatan, kalau musim durian mesti seronok. Maklumlah kiri kanan ada pokok durian...
Akhirnya saya sampai ke destinasi iaitu SM Muzafar Shah 1,
Lambor Kanan, Perak. Cat bangunan yang pudar tidak menggambarkan sambutan mereka terhadap kami. Menjejak ke ruang pejabat yang ceria dan sapaan kakitangan SMMS1 pastinya mengembirakan saya. Kedatangan kami dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah.
Harapan amat tinggi agar apa sahaja masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan segera. Saya menjadi pendengar yang baik, juga pencatat yang cemerlang.
Jika lebih kerap 'turun padang' berlaku dalam semua bidang, banyak perkara boleh diselesaikan. Selama ini hanya orang politik sahaja gah dengan konsep turun padang. Bagaimana dengan pegawai yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas? Seperti saya..anda..rakan-rakan kita semua...
Kejelasan tentang saluran dan prosedur amat penting dalam melaksanakan tugas. Perkara yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat akan tercapai tanpa perlu menunggu lama. Jika tidak 'turun padang' bagaimana mungkin seseorang pegawai menilai dengan tepat tahap keutamaan dalam menyalurkan peruntukan atau latihan. Agak sukar, bukan tidak boleh... dengan teknologi yang canggih segalanya mungkin. Persoalannya adakah dilakukan sebegitu?
Pengalaman saya selama 4 jam bersama guru dan
pengetuanya iaitu Pn Hjh Rohayati menemukan saya dengan EMAS yang
dicari. Guru
dan kakitangan yang baik dan cakna membuatkan proses mengutip data
kajian berjalan lancar. Hubungan baik sesama mereka wajar dipuji. Seluruh warga SMMS1 cukup positif menerima perubahan dan mereka
ingin berubah, Saya membelek-belek album di dalam bilik pengetua dan
melihat perubaan yang dilakukan di situ sebelum dan selepas kehadiran
pengetua sekarang. Berbeza..amat berbeza.
Tahniah kepada seluruh warga SMMS1, moga kilauan emas anda menjadi rebutan seluruh dunia.
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Memaparkan catatan dengan label Jom Jalan-jalan. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2013
Mencari EMAS di PERAK -4
Rabu, 13 November 2013
Mencari EMAS di PERAK - 5
Hari ke- 3
petang...
Balasan Allah cash...
petang...
Balasan Allah cash...
Baru aja semalam saya rasa 'up' sedikit sebab dipuji berani, memandu dan kenal jalan nak ke mana-mana. Terus aja petang semalam..petang yang sama semasa dipuji tu.. saya tersesat jalan di Bandaraya Ipoh. GPS pula tertinggal. Termenung saya bila memikirkan sedikit riak terus dibalas. Apa lagi setelah penat berpusing-pusing bandar tu, saya pun minta bantuan seorang abang teksi. Dari mana? sapanya... dari Terengganu..ke Kelantan dan ke Seri Iskandar. Saya nak ke Hotel Impiana. Ok tak apa, ikut saya..kata abang teksi tu. Saya sempat bertanya, Berapa bayaran?. Tak apa lepas ni. Rupa-rupanya tak sampai 10 minit, sampailah saya di hotel tu. Saya tanyakan bayaran tapi sekali lagi abang tu jawab.. IKHLAS .. TAK NAK BAYARAN. Terharu saya dan hanya saya kirimkan doa agar dia dimurahkan rezeki. Alamakkk...saya lupa catat no plat teksi ..apa yang saya ingat AES..dan langsung tak tahu nama dia. Semoga Allah murahkan rezeki beliau...aamiin..
Rupanya banyak EMAS di Perak ni...
Hari ke - 4
Rupanya banyak EMAS di Perak ni...
Hari ke - 4
Sebelah pagi saya ke SK Sg Rokam, Ipoh. Saya dan pasukan audit disambut mesra oleh Guru Besar iaitu Hjh Rafiah, PK Pn Saadiah, PK Ko, Guru Data Cg Faizan, Cg Ayu, dan 5 orang guru lain. Sekolahnya bersih dan cantik. Keceriaan dan kecemerlangan menjadi agenda utama di sini. Pentadbir memainkan peranan penting membentuk minda warga sesebuah sekolah. Selesai melakukan kajian saya menyemak peralatan yang didaftarkan.
Kemanusiaan..
Kenapa pegawai atau guru sangat takut untuk diaudit? Ada orang cakap..kalau tak salah tak perlu takut. Namun begitu engalaman lalu kadang-kadang menghantui minda seseorang.
Seorang pengawai menunjukkan tanda-tanda stres yang ketara. Pengalaman dan pemerhatian saya melalui percakapan dan perbuatan membuktikannya. Lantas saya bertanyakan pengawai berkenaan... setelah beberapa kali dia gagal membuka peti besi. Saya pun berlawak... jangan risau saya tak bawa pumps gun... Barulah dia sempat menunjukkan barisan giginya yang cantik. Perasaan kasihan datang dalam hati saya ni. Saya pun terfikir, agaknya bahasa saya agak tegas atau memang muka saya ni memang daripada dahulu lagi dilabel sebagai garang. Saya baiklah... saya bukan datang nak mengukum atau mencari salah.. saya nak membantu... tetiba sahaja saya meyakinkan pegawai itu.

Melihat kepenatan dan mengah pegawai itu, saya bertanya lagi.. MENGANDUNG ke?.. Ya saya mengandung baru 3 minggu.. Agaknya macam mana dia fikir saya dapat agak yang dia mengandung. Saya pun perempuan dan pernah mengandung dan pernah diaudit oleh segala macam perangai pegawai audit. Bila saya berada di atas, saya akan cuba berfikir sejenak agar apa yang orang terdahulu lakukan kepada saya serta tidak menyenangkan saya... saya akan cuba sedaya upaya agar saya tidak melakukan sebegitu kepada orang lain. Saya tidak mahu tinggalkan legacy yang tidak baik, Bekerja hendaklah secara profesional dan kuasa bukannya digunakan untuk membalas dendam.
Penekanan saya ialah BUAT PERKARA BETUL DENGAN BETUL-BETUL.
Berbalik kepada kisah tadi, saya memberi peluang kepada pegawai tersebut duduk dan melakukan kerja dengan tenang,Kerja saya menjadi mudah bila mereka faham tujuan kehadiran saya. Alhamdulilla saya masih belum jemu berada di SK Sg Rokam, tetapi apakan daya masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di tempat lain. Lagipun jika lagi lama di situ, entah-entah semua menjadi stres....... Penekanan saya ialah BUAT PERKARA BETUL DENGAN BETUL-BETUL.
Gabungan pengurusan dan persekitaran yang baik menjadikan SK Sg Rokam sebagai EMAS yang menjadi rebutan, Ini terbukti kerana kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah padat murid sedangkan beberapa sekolah di sekitarnya berlaku keadaan sebaliknya. Semua ibu bapa inginkan anak mereka menjadi emas....
Mencari EMAS di PERAK -2
Hari ke-2
11 November 2013- Isnin
Seperti dijanjikan, seorang pegawai pengiring daripada PPD Perak Tengah telah menunggu saya di lobi hotel. Usai sarapan, seawal 8 pagi kami meneruskan perjalanan ke SK Parit yang terletak 20 KM dari sini. Setelah melepasi deretan pohon kelapa sawit dan hutan kecil, sampailah saya ke sebua pekan. Jalan yang baik menjadian pemanduan saya lancar, hanya sesekali sahaja kelihatan kenderaan lain. Lokasi sekolah di atas anak bukit di tengah Pekan Parit yang mati.

Saya
melihat sekolah itu sebagai ORANG TUA YANG DITINGGALKAN. Kenapa? Kesan
pembangunan Bandar Pendidikan memberi kesan yang besar kepada Pekan
Parit dan turut terkesan juga oleh SK Parit. Sedih saya
melihatnya..seperti orang tua yang ditinggalkan. Sekolah yang dibina
pada tahun 1931 ini wajar menjadi mercu bagi Parit dan Perak.
Sewajarnya.. realitinya agak memeritkan. Bilangan murid semakin
berkurang dan hanya 136 orang sahaja berbanding kapasiti yang sebenar 200 orang
lebih. Perpindahan sebahagian besar pejabat kerajaan ke Bandar Seri
Iskandar mengheret sama nyawa sekolah dan pekan ini.
Saya
seronok berada di sini, sekolah yang sunyi, punya banyak bilik... ruang
yang selesa. Sesebuah kelas hanya menampung kurang daripada 15 orang.
Dah menjadi seolah-olah sekolah swasta.
Saya
melihat daripada sudut yang berbeza.. Kenapa guru dan pentadbiran tidak
mengambil situasi tersebut sebagai peluang keemasan... tempat membentuk
EMAS.
Bayangkan
peluh yang menitik dan suara yang digunakan oleh guru sekolah lain yang
mempunyai murid 30-40 orang satu kelas. Bayangkan perhatian yang mampu
guru beri jika 40 orang murid perlukan untuk 30 minit PdP.
Bayangkan jika sekolah ini cemerlang dalam akademik, kokurikulum- sertai semua pertandingan....menang, juara...no 1... pasti berduyung-duyung ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke situ. Lakukan sesuatu sebelum kehilangan semuanya. Kegemilangan SK Parit perlu digilap kembali....usia dan lokasi bukan penghalang. Kemana perginya almuni sekolah ini?
Sekalung terima kasih untuk guru besar Pn Dzaharah, guru-guru, murid dan pekerja swasta yang memberikan kerjasama sepanjang kajian dan audit saya di situ. Terima kasih khas untuk guru-guru pendidikan khas di situ yang amat baik dan mesra spt cg khalid dll.
Perjalanan saya bukan sahaja menjalankan kajian tetapi mencari EMAS.. adakah saya temui.
*** saya memberikan kad nama kepada 2 orang murid yang guru mereka target akan mendapat 5A.. saya berjanji untuk memberikan hadiah... bukan apa untuk menghilangkan ketandusan 5A di sekolah itu. Itulah EMAS dalam kalangan murid yang saya cari tapi EMAS dalam diri guru perlu ditempa dengan lebih tekun lagi... lihat masalah sebagai peluang.
Abaikan ORANG TUA YANG DITINGGALKAN tapi tonjolkan PERMATA DAN KILAUAN EMAS DI PERGUNUNGAN.

Mencari EMAS di PERAK - 3
Hari ke 2 di Negeri Perak.... seperti biasa menerujakan saya.
Ramai handai-taulan bertanyakan rahsia kenapa saya begitu cepat dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan. Jika anda bagaimana?. Saya pernah mendengar luahan rakan-rakan yang merasakan stres yang amat sangat bila ditukarkan atau ditempatkan ke tempat yang baru. Ada juga yang stres bila diminta berkursus atau bermesyuarat di tempat yang mereka tidak gemari. Ada juga yang mengadu sehingga sekarang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan Negeri A. Saya pun bertanya... dah berapa tahun tinggal di Negeri A.... 12 tahun. Iya 12 tahun. Bermaksud dia sudah tertekan atau perkataan yang agak keras...bengkak hati dengan tempat itu. Saya langsung tak faham dengan bahasa orang di sini... makanannya memang tak sesuai dengan perut saya... luah beliau kepada saya. Saya hanya mampu memujuk dan mengajarnya agar menerima segalanya dengan fikiran yang positif. Usah blok/ tutup minda dengan situasi yang baru. Adakah anda mampu mengubah seluruh rakyat Negeri A? Adakah anda mampu mengubah diri anda? Pastinya hanya kita yang boleh berusaha untuk mengubah diri masing-masing dengan izin Allah SWT.
Saya memberi analogi yang mudah... semua orang mengalami perubahan fizikal dalam diri masing-masing. Semakin hari kulit semakin kendur..suara semakin garau..mata semakin kelabu..rambut dah beruban... sengal sana- sengal sini..cepat penat,sehingga makanan pun ada yang diterima dahulu dengan seleranya juga telah tidak mampu mengoda selera. Tak perlu saya cerita dalaman lagi.. perasaan..emosi..tanggapan dan segalanya berubah. APA TINDAKAN ANDA DALAM SITUASI SEBEGITU? Anda menolak diri anda ...anda tak suka diri anda berubah... anda tak mengaku diri anda sebegitu.. adakah anda melakukan pembedahan plastik atau anda berpakaian sebagaimana remaja 15 tahun.
Hakikatnya anda dapat menerima perubahan tersebut dengan mudah, bagi sebahagian yang tidak mengawal perubaan, perubahan menjadi punca stres kepada mereka.
oleh itu usah terlalu cerewet dan inginkan kesempurnaan.
Hanya perlu bertanggapan positif dalam semua keadaan,,, redho dengan ketetapan dan sentiasa berusaha membaiki diri sendiri dengan banyakkan bersabar.
Sayangi mereka dan segala benda yang ada di sekitar anda
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Isnin, 11 November 2013
Mencari EMAS di PERAK- 1
Baru saya perasan yang saya tinggalkan blog saya dah berbulan..dah berhabuk.. ffuuuuhhhhhh....fuuuh.... buang debu...
Hari Pertama di Perak 10 Nov 2013
Catatan Perjalanan mencari EMAS
Hari Pertama di Perak 10 Nov 2013
Catatan Perjalanan mencari EMAS
Saya meneruskan pemanduan yang berhemah. Saya tak tahu siapa yang nak iktiraf pemanduan saya...saya aja kot. Bermula jam 8 pagi saya saya telah keluar dari rumah menuju ke Perak. Perjalanan sendirian memberi banyak ruang masa untuk saya berfikir..berzikir.. merancang dan menilai diri. Banyak impian dan cita-cita dimakbulkan Allah. Banyak ujian dari Nya. Apa-apa pun redho dan syukur dengan segalanya. Bila selesai pengajian saya yakin perjalanan serta liku kajian saya akan diteruskan. Ramai yang berkata, bila dapat PhD...barulah bermula perjalanan. Itulah realiti. Namun, perjalanan fizikal dan mental kali ini kadang-kadang lebih mencabar daripada zaman belajar. Setelah menjinakkan kereta sejauh 479km, maka sampailah saya di Bandar Seri Iskandar, Perak. Beberapa tahun yang lepas saya hanya melihat pembinaan yang rancak berjalan.
Keterujaan saya bertambah lagi bila melintasi Universiti Teknologi Petronas...saya pernah menginap di situ..10 tahun yang lalu.
Hari ini merupakan hari pertama saya di sini, di Bandar Pendidikan ini. Apa yang pasti tempat untuk makan di sini tak sukar mencarinya, seperti di Tanjong Malim, Skudai, Bangi, Serdang...pastnya mengembirakan saya.Kenyang perut senang hati..
Saya memilih untuk menginap di Hotel Seri Iskandar @ D Hotel. Nasib menyebelahi saya kerana pihak hotel sanggup melepaskan satu bilik twin untuk saya atas alasan saya melakukan tugas rasmi untuk kementerian. Alhamdulillah. Hotel dan homestay di sini semuanya penuh kerana pelajar UiTM berkonvoksyen. Hotel ni agak baru dan selesa, sewa semalam RM 160.
Setelah menyegarkan diri dan tekak, saya mengambil keputusan untuk melihat Kelly Castle. Tak banyak yang dapat saya cerita kerana saya hanya melihat dari luar sahaja, maklumlah suasana sudah semakin petang. Setelah merakam gambar saya pulang ke hotel untuk menyiapkan kerja yang perlu sebelum ke sekolah esok.
alhamdulillah malam yang panjang amat singkat bagi saya. Tidur yang lena menyegarkan sesiapa sahaja......

Sabtu, 17 Ogos 2013
Makan Nasi Ala Kampung di Restoran Cikgu
KELANTAN = BUDU..jika tidak..tak sah..kalau orang Kelantan tak makan budu, terasa sedikit banyak kejanggalannya. Kami sekeluarga ni peminat budu walaupun bukan orang Kelantan tetapi pernah menetap di Kelantan selama 9 tahun. Sehingga kini, sudah menjadi satu kemestian jika ke Kelantan, makan nasi ala kampung yang ada ulam-ulam, budu dan ikan singgang.
Kali Ini entah kali ke berapa kami ke Kota Bharu, beberapa bulan lepas tak sempat makan di situ sebab dah makan di Pak Ya Sup Gear Box di Pasir Putih. Kali ini memang saya tak sediakan sarapan yang berat... nak makan lebih sikit di Restoran Cikgu. Lokasi Restoran ini amat strategik kerana dikelilingi tempat membeli-belah seperti pasar Siti Khadijah, Bazaar Tg Anis, muzium, masjid dan pusat kraftangan. Penat meronda-ronda dan shopping....boleh merasa selera orang Pantai Timur.
Jom layan gambar yang telah saya rakam...
Percaya atau tidak..
kos makanan dan minuman kami hanya RM33.00.
ayam 2 ketul besar, ikan keli saiz XXXL 1 ekor, ikan patin 1 potong, ulam 3 pinggan, masak lemak kubis 1 pinggan, ikan cencaru saiz XXL goreng 1 ekor, budu 2 pinggan (tempoyak+mangga, bawang dll..), air sirap bandung 1 jug besar, nasi 6 pinggan
Ulam pucuk gajus/ketereh/jambu golok pun ada, ulam kacang bendi celur juga memikat selera... pucuk ubi keleek/seteller celur pun ada tau...cicah dengan budu...phewwwww....
Tenguk tu..saiz ikan keli..besarrr..panas-panas dan garing lagi.
Sedikit sahaja masalah bila nak makan di sini, terpaksa menunggu tempat duduk kosong.... Namun begitu ianya bukanlah masalah yang membuat kami serik ke sana.
Kepada peminat nasi + ulam + budu + sambal belacan, jomlah melayan selera anda.Kalau nak belanja saya sekeluarga, beritahu aja.....saya sudi :)

Ahad, 7 Julai 2013
KAMBING PANGGANG TEMERLOH- Abang Spek
Kambing Panggang Abang Spek di Temerloh.
Semasa berada di Temerloh saya berpeluang merasa kambing panggang yang best. Dari Bandar Temerloh menghala ke Lebuhraya terdapat 2 penjual kamning panggang, namun saya hanya sempat ke tempat yang berhampiran dengan Taman Semantan sahaja. Satu lagi tempat, betul-betul sebelum masuk lebuhraya, yang masuk dalam berita TV tu.
tarikan utama, pastinya tergolek seekor kambing... dipanggang dengan bara api...
Menurut penjual ni, namanya Ijam, berumur 27 tahun, beliau mencipta sendiri resipinya agar berbeza dengan kambing panggang yang lain. Ijam @ Abang Spek ni pernah bekerja di hotel terkenal di Labuan dan Kuala Lumpur katanya. Turut membantu Ijam ialah bapa saudaranya. Inilah rupa Ijam..si Abang Spek tu.. Kenapa dia pakai spek?... entahlah... Indentiti Kot... Kambing Panggang Abang Spek. Kalau dia tak pakai spek... bagi aja kambing tu pakai spek..pun lawa jugak.
Harga kambing panggang ni, satu bekas polistrin, lebih kurang 1 cawan penuh RM 10.00. Kambing ni di steambath dulu kemudian barulah disapu rempah dan dipanggang. Bila pelanggan beli, isi kambing tu dipotong kecil-kecil dan dipanaskan di atas kuali burger.. cuba lihat tu..dan digaulkan dengan rempah-ratus..resepi rahsia tu. Saya agak dia campur..bawang merah..bawang putih..halia..kunyit..ketumbar..
Memang berbaloi dan sedap. Kalau dekat dengan rumah saya ni.. keraplah saya bertandang ke sana.
Rasanya yang cukup... saya makan sambil memandu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur... makan begitu sahaja. Selebihnya saya habiskan pada jam 11 malam, masih elok dan LEMBUT dan TIDAK BERLEMAK. Hasrat hati nak ke Temerloh lagi, rugi jika tidak merasa kambing panggang yang berhampiran dengan tol lebuhraya tu. Lain kali saya nak beli tulang + isi kambing panggang...
TEMERLOH..tunggu kedatangan saya lagi.
BILA? Moga dikurniakan Nya rezeki dan kesihatan. Aamiin.
Semasa berada di Temerloh saya berpeluang merasa kambing panggang yang best. Dari Bandar Temerloh menghala ke Lebuhraya terdapat 2 penjual kamning panggang, namun saya hanya sempat ke tempat yang berhampiran dengan Taman Semantan sahaja. Satu lagi tempat, betul-betul sebelum masuk lebuhraya, yang masuk dalam berita TV tu.
tarikan utama, pastinya tergolek seekor kambing... dipanggang dengan bara api...
Menurut penjual ni, namanya Ijam, berumur 27 tahun, beliau mencipta sendiri resipinya agar berbeza dengan kambing panggang yang lain. Ijam @ Abang Spek ni pernah bekerja di hotel terkenal di Labuan dan Kuala Lumpur katanya. Turut membantu Ijam ialah bapa saudaranya. Inilah rupa Ijam..si Abang Spek tu.. Kenapa dia pakai spek?... entahlah... Indentiti Kot... Kambing Panggang Abang Spek. Kalau dia tak pakai spek... bagi aja kambing tu pakai spek..pun lawa jugak.
Memang berbaloi dan sedap. Kalau dekat dengan rumah saya ni.. keraplah saya bertandang ke sana.
Rasanya yang cukup... saya makan sambil memandu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur... makan begitu sahaja. Selebihnya saya habiskan pada jam 11 malam, masih elok dan LEMBUT dan TIDAK BERLEMAK. Hasrat hati nak ke Temerloh lagi, rugi jika tidak merasa kambing panggang yang berhampiran dengan tol lebuhraya tu. Lain kali saya nak beli tulang + isi kambing panggang...
TEMERLOH..tunggu kedatangan saya lagi.
BILA? Moga dikurniakan Nya rezeki dan kesihatan. Aamiin.
Selasa, 5 Jun 2012
SERIK ..SERIK..di BANDUNG
Catatan ini adalah yang kedua terakhir.. walapupun masih banyak cerita untuk dikongsi..saya akan ringkaskan. Perjalanan ke Bandung untuk kali ini..Seperti biasa saya menaiki angkot ke Pasar Baru. Kalau datang ke Bandung tak ke Pasar Baru.. macam masuk Indonesia tak cop pasport laaa...
Mata saya tak lepas pandang melihat kreativiti dan keberanian serta ketabahan masyarakat di sana meneruskan kelangsungan hidup. Tetiba mata tertumpu kepada deretan gerai jualan buah-buahan, dah lama tak tengok buah jambu batu yang warna merah jambu. pink guava..
Mangga gincu pun ada.
Bukan sahaja ada ibu tunggal, bapa tunggal..babi tunggal....tapi ada bawang tunggal jugak..ini bawang putih yang tidak berulas-ulas. Menyesal tak beli (Insya Allah akan beli nanti)
Kuih Apeng..rasa lemak dan manis
Haaa..ni dia gandingan dengan kuih Apeng tadi..cincau hijau. Cincau ni dihidangkan dalam air santan macam cendol
Penimbang lama yang masih digunakan oleh penjual ubat di Pasar Baru. Cantik sangat.
Cuba teka apa ni....Berguni-guni dijual di sini. Kalau di laman rumah saya ni, saya cabut macam tu jer..menyemakkan tumbuhan lain. Tapi disini dijual secara komersil, dikeringkan dan penggunaanya sangat meluas untuk tujuan ubatan. Inilah hempedu bumi.
Saya juga sempat membeli buah MAHKOTA DEWA..ya Allah.. murahnya.. berat 400g tu hanya RM 2 sahaja. Lepas balik ke Malaysia saya check harga di sini.. mahunya Rm80...
Kunyit sinonim dengan warna kuning, yang ni kunyit jugak tapi bukan kuning tau...macam nama dia kunyit putih. Isinya putih.
Temu lawak pun banyak dijual disini.
Yang ni OMCONG.. kaum kerabat tempe..agak besar dan kulat tu warna kuning, buruk sangat nampak.
Perkenalkan Bapak Haji Umar Sharna..tauke tempe dan omcong di Pasar baru. Sempat berbual panjang dengan bapak Umar berusia lebih daripada 80 tahun. Khasiat tempe dan penjagaan makanan menyumbang kepada kesihatan dirinya. Last-last dia kata..usah lupa dalam hati perlu ingat Allah sentiasa (yang ni menyentuh saya sebab saya tanya rahsia fizikal sahaja tetapi Pak Umar ni mengingatkan saya bahawa kekuatan hubungan kita dengan Allah itulah penyumbang utama....)
Bahagian bawah menempatkan deretan kedai menjual kerepek..di sini dipanggil keropok. Bahagian depan kedai ini pun dah ada tempat menjual blous secara lambak.. murah...
Kretiviti saya tercabar sekali lagi..bila saya tidak terfikir untuk mempelbagaikan kerepek pisang sepertimana mereka lakukan. Ada pisang manis, masin, lemak, pedas, bersalut tepung ( iya..bersalut tepung pun ada..)
Yang ni pun luar biasa kot.. wajik dalam upih nipah. Sedap dan wangi, saya sempat mencuba sebelum membeli sedikit untuk dijadikan ole-ole.
Deretan tonik yang menjadi kegemaran kaum lelaki untuk terus bekerja...tanpa penat..katanya... Namanya BANDREK
Yang ni pun tiada di tempat kita.. dodol kacang. Sedap. Selain daripada kacang, saya juga beli dodol strawberi, oren dan pandan. Pengusaha dodol Malaysia pun kena buat macam ni...dengar tu tauke dodol di Kelantan, Melaka..Johor
Sedih betul.. bila dah snap gambar sana-sini... bateri dah weak...Melilau cari bateri kamera..tak ada yang sesuai. Apa kan daya langsung tak dapat rakam suasana di dalam bangunan.
Blous memang murah..dengan RM10 dah dapat beli blous yang berharga RM40 di Malaysia. Telekung sembahyang pun sama.. yang bersulam dan berharga RM60 boleh dibeli dengan harga RM20 sahaja. Saya sempat memborong ( sedikit ..) kain pasang. Bila dah balik ke Malaysia, kain yang sama dijual dengan harga RM130..waduhhhh...mahal amat... di Bandung hanya RM30.....
Dah lama nak beli jubah moden yang macam kelawar tu (terasa macam Siti Norhaliza bila saya pakai..bukan perasan tapi kenyataan....).. di tempat saya dijual dengan harga RM 180..usah terkejut di sana RM 50 jer. Labur duit sana sikit..sini sikit.. penat juga. Kalau datang ramai-ramai tentu lebih seronok. Maklumlah sesama wanita ni, wanita ni boleh menjadi penasihat yang baik dalam membeli-belah. Taste baik.. ikhlas menasihat rakan, boleh tawar-menawar, suka mencuba dulu, pandai pilih colour, pandai kemas atau susun barang-barang agar dapat memuatkan banyak benda dalam beg dll (banyak lagi kebaikan bila shopping dgn kaum Hawa ni, sekadar mencatat beberapa sahaja)
Saya pulak...memang dalam kontrol tahap maksima pun..terlepas juga duit kepada peniaga di Pasar Baru.
Terasa tak nak balik, tapi kudrat tenaga dan ongkos membatasi.. tak guna terus tengok tingkat-tingkat lain kalau tak nak beli ... jadi saya mengambil keputusan yang bijak. Balik ke hotel.
ANGKOT................
Ini gambar-gambar terakhir yang sempat dirakam menghala balik.. bila on balik kamera dapatlah rakam sekeping dua. Hari pun dah beransur petang, pokok awam dah berkumpul... hujan dah nak turun....
Ini keistimewaan Indonesia... ada BECAK.. ini pengangkutan utama suatu ketika dahulu sebelum ANGKOT menguasai. Kenderaan ni menggunakan scooter/ vespa yang diubahsuai untuk memuatkan penumpang. Unik kan...
Terpandang hasil seni berbentuk contengan pada bangunan..cantik ( mcm di KL jugak....)
Shopping tu shopping jugak..Mari tengok ni..TIPS ke Bandung:
- Tak perlu bawa pakaian yang banyak..2 pasang dah cukup
- Bawa beg besar yang kosong atau yang boleh dilipat
- Tukar duit ke rupiah di Malaysia
- Usah takut naik teksi--murah- saya cadangkan Blue Bird (paling banyak dan bermeter)
- jangan lupa reserve duit untuk airport tax.. sekitar 65 ribu ( dah lupa jumlah sebenar..).
Hampir separuh hari saya di Pasar Baru... membeli..membayar dan belah... untuk mula-mula di tingkat bawah...ronda-ronda dulu. Tengok apa yang ada dan sesuai. Selepas tu menapak ke tingkat satu... lepas tu di tingkat 2 pun gitu jugak.. katanya 6 tingkat..tapi saya sempat ..setakat 3 tingkat aja.. dah-dah lah tu.. bawa mengucap sikit.. kalu ikutkan nafsu.. mahunya balik ke Malaysia makan ikan kering dengan sayur kangkung untuk sebulan hehee...
tapi...
SAYA SERIK KE BANDUNG..serik... SERIK.... serik...
kenapa?????
*** sebab saya bawa wang yang cukup-cukup sahaja.....banyak barangan lagi yang tak sempat dibeli..serik bawa duit sedikit :) bukan serik ke Bandung

Isnin, 14 Mei 2012
Disebalik Kota Bandung
Kepenatan berjalan menyebabkan saya berehat panjang di bilik.. Selepas Asar, agak lewat petang barulah keluar menyusuri Jalan Champelas. Kalau saya terus masuk dan melihat toko-toko yang ada, pasti masa saya kehilangan di situ sahaja.. Saya meneruskan misi mengenali di sebalik kota.. apa yang ada.... Saya tak bosan menghalakan kamera kepada aksi dan suasana..Saya teringat kata-kata seorang sahabat.."kita akan nampak apa yang kita minat..jika kita minat bunga.akan nampaklah bunga tu di mana-mana, kalau tak nampak kita akan berusaha untuk cari...supaya nampak" Macam sayalah, sebab fokus saya kepada life in Bandung.. nampak life merekalah. Eheeemm...tak nak tipu....shopping jugak sikit2..yang shopping tak perlu tunjuk.nanti saya takabur..:)
Perjalanan santai saya dengan gaya pakaian seperti orang tempatan membuatkan diri saya selesa. Bila ke Indonesia, elakkan memakai baju kurung atau kebaya..jika tidak anda pasti menjdi tumpuan penjual di sana. Semasa jejalan kelihatan banyak replika untuk menarik pembeli. Ini antara replika superhero dan karektor yang dibina
ada lagi...
Setelah snap gambar, baru perasan ada penjual SIOMAY. Saya termenung bila dihulurkan cili api sebanyak 5 biji.....terus bertanya.....untuk apa ini? Barulah saya tahu..rupa-rupanya Siomay ni tahu goreng yang dimakan dengan cili api/padi....pelik2 makanan mereka. Saya tak mampu nak telan cili api tu..makan siomay saja..Saya beli dan sempat berbual-bual dengannya. Manis orangnya..berlesung pipit lagi tu.... Hasratnya nak datang ke Malaysia untuk bekerja..
Jangan salah faham... ini bukan anggota badan lembu tau.... ini CORNED BEEF.. di sini namanya KORNETKU. Mula-mula terasa kelakar, apa tak nya..saya dah terbayang yang bukan-bukan. Bila ditanya penjual... oooo...baru tahu...rupanya daging lembu yang ditinkan.....bersama-sama garam..sudah masak. Kalau di kampung saya..mahunya dikejar dengan parang kalau minta KORNETKU..
Satay yang dijual agak berbeza sebab kalau di Malaysia, ianya diperap duluan ( ish.... dah jadi Indonesia dah...) tapi disini direnjis rempah semasa bakar.. makan dengan lontong dalam daun pisang. Nampak macam menyelerakan tapi saya tak makan. Masih kenyang.
Ini pula IKAN EMAS yang telah digoreng... tapi saya nampak macam ikan sepat yang besar aja.....kalau perut lapar terasa juga nak makan. Saya ni jenis suka mencuba makanan ..asalkan halal...why not....
SOTO pun ada yang SULUNG ke? Jangan pula nanti minta SOTO BONGSU ATAU SOTO TENGAH..mengada-gadalah tu. Ini sejenis Soto Madura, nama lain di sana ialah soto Sulung atau Soto Ambengan. Berbeza sedikit dengan soto biasa, kuahnya ada kunyit sedikit. Ada soto Bandung...soto Banjar, Betawi, Makassar, Padang dll.
Saya melepasi sekolah agama ..SMA Pasindan. Indonesia terkenal dengan tempat pembelajaran agama Islam
Saya meneruskan langkah dengan harapan dapat melihat perkampungan masyarakat tempatan. Hasrat saya tertunai setelah saya melalui lorong kecil menuruni bukit. Baru saya tahu, rupanya Jalan Champelas tu di tempat tinggi. Agak curam jugak. Lorong yang hanya boleh dilalui oleh dua orang (baru saya teringat warung bergerak semalam. Patutlah kecil aja warung bergerak tu.. untuk muat2 sahaja laluan ni.....)
Laluan ke rumah-rumah penduduk
Berdebar jugak saya..dup dap..dup dap.. tapi naluri nak lihat dan kenal tu lebih lagi. Saya mengatur langkah dan melewati lorong sempit dengan rumah yang padat. Terbayang rumah saya dan kejiranan yang lapang dan selesa. (selesa kadang-kadang membuat kita leka).
Saya betul-betul respek ketabahan dan usaha mereka... tengokdi bawah ni..di lorong yang sempit tu pun masih ada yang menggunakan peluang untuk berniaga. Kalau di kampung kita tu..... mesti ada yang kena tegur. Lihat kepada meja makan dan tempat duduk mereka.. Saya membeli keropok atau kerepek... dan disapa mesra oleh tuan punya kedai makan.. bahagian dalam dibina kedai runcit tau.. sempit dan padat dan dimanfaat sepenuhnya ruang. Jiran mereka datang dan bercerita yang dia pernah pergi ke Malaysia, kerja ladang di Pahang. Lumayan katanya..tetapi terpaksa pulang kerana tiada passport...
Di sebelah perkampungan ni terdapat tanah kosong yang akan dibina pasaraya besar. Harap-harap kedatangan saya selepas ini akan dapatlah saya shopping di situ.
Ini signage yang saya temui berhampiran masjid...
Sebaik saya melewati Masjid Mungsolkanas...,azan Maghrib berkumandang.
Ada koperasi...
Saya membuat keputusan untuk keluar dari kampung itu disebabkan malam telah menjengah wajah.. Apa-apa pun keselamatan diri kena jaga, sebab beberapa orang penduduk telah tahu saya dari Malaysia. Apa-apa pun mereka baik dan ramah.
My next destination.....RUMAH MODE...ini tempat terkenal untuk membeli belah... Taklah membeli banyak sangat..sekadar cuci mata.. Orang kata..kalau datang ke Bandung tak ke Rumah Mode..tak sah.. itu kata orang..eheeemmmm..ari ni nak ikut kata oranglah....
Suasana malam yang cantik di sini
Banyak masa saya habis di sini....Setelah membeli ala kadar.. tapi barang-barang/ kain baju agak murah di sini. Setelah penat berjalan saya menghala pulang dan sekali lagi menyusuri laluan sibuk... ada mesin air teh lagi..Indonesia Brand..POCI. Mesin ni menyediakan teh ais dengan penutup plastik (seal) macam air mineral cawan tu... kemas..
Tak jauh dari situ ada KETAN BAKAR. Ketan tu ialah pulut. Kalau di tempat kita macam pulut panggang tapi di sini tak dibalut dengan daun pisang. Wangi menyusuk hidung..lagi berselera dengan teh POCI tadi.
Lihat bentuk pulut bakar tu..kita pun boleh buat..dicucuknya buluh dan dibakar...
Bila sudah garing dan wangi..buluh ditanggalkan dan dibelah untuk dimasukkan serunding ikan.
Saya dah banyak jelajah sana-sini. enjoy sorang-sorang. Makan, minum, rehat, shopping dan duduk di tepi-tepi jalan atau di depan gedung-gedung jualan. Saya perhatikan gelagat tourist dari Malaysia..memang dapat dibezakan... nampak macam JUTAWAN...hehhehe... Dah malam... Alhamdullillah..seronok... malam esok sambung lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)