sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Memaparkan catatan dengan label BUMI HIJAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUMI HIJAU. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2013

MAHKOTA DEWA

Kalau  entri saya terdahulu APAM DEWA... Kali ni MAHKOTA DEWA. Ini semua markat tinggi punya nama... dewa-dewa....Pertama kali pegang buah makhota dewa kering semasa saya berada di Bandung.. sangat murah buah MD di sana.Buah kering seberat 100g hanya RM 2 sahaja...betollll....... (hingga sekarang masih tersimpan elok dlm plastik berbungkus..)

Tapi bila dah jadi kopi..dah jadi ubat.. uishhhh...mahal kemain lagi.  Kali pertama melihat pokok MD ni di rumah anak saudara saya... teruja sangat sama masa tu. Saya terbayang pokoknya besar macam pokok mangga.
Pokok MD ni banyak terdapat di  Indonesia.. kalau di sana bisa hidup..  mungkin jua di sini ya..pakkkk... Misi mencari pokok MD diteruskan oleh saya dan suami setelah mengetahui khasiatnya yang macam-macam walaupun Alhamdulillah kami tak ada sakit yg berangkai-rangkai tu. Sekadar sakit lenguh-lenguh manja adalah...eheeeemmmm.....
MD dikenali sebagai Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl dalam bahasa saintifik. Pokok yang saya tanam ni dah besar berbuah lebat.. walaupun di tanah merah..berkat makanan baja tahi lembu agaknya... Tinggi pokok MD saya ni sekitar 1 meter.
  Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin. Herba ini bersifat antibarah, cirit-birit, sakit kulit dan gatal-gatal badan. Ketinggian pokok MD boleh mencapai 3 meter.
Pelbagai nama lain MD seperti Simalakama (Sumatera), Makuto Rojo, Makuto Ratu, Obat Dewa, Pau (Obat Pusaka), Crown of God.
Buah MD berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi merah bila ranum. Ini gambar buah MD yang muda...hijau

Warnanya menarik dan saya dapat melihat dan merakamkan pembesaran pokok MD yang kami tanam.Kedua-dua gambar di bawah ni pula yang dah mula nak masak..
memang cantik

Banyak maklumat tentang khasiat MD ni.. antaranya sesuai untuk merawat kencig manis, darah tinggi. Blog Kalam Musafir pula tulis"
Mahkota dewa berguna untuk peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah penyumbatan pembuluh darah, mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti--inflamasi), anti-oksidan, dan membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan. Sedangkan polyphenol Mahkota dewa berfungsi sebagai anti histamin (alergi)."
saya banyak mendapat maklumat di blog TERATAK IMPIAN BUKIT LALA antaranya"sewaktu perang di antara Belanda dengan Indonesia, pokok-pokok tersebut kononnya dimusnahkan oleh tentera Belanda kerana didakwa memberi kekuatan luar biasa kepada askar Indonesia." WAHHHH.. hebatnya khasiat pokok ni,..tapi ingat dengan izin Allah... maka sembuhnya sesuatu penyakit bukan kerana MD ni...

Jumaat, 18 Januari 2013

PELIK-PELIK SEMUANYA

Post ringkas setelah kelam-kabut dengan pelbagai agenda dan penetapan aktiviti pada awal tahun.  Kekadang terasa jugak...less meeting = increase productivity.  Saat sibuk macam ni memang perlukan udara segar secukupnya... kalaulah ada pokok-pokok segar di dalam bilik saya ni lagi bagus.. Kalaulah pokok itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti di bawah ni haaa..... lagi bagus..
pokok pertama tu letak tepi meja kerja... 
sambil kerja..... sambil minum kopi
Pokok yang tengah-tengah tu letak dalam tandas...
Pokok ketiga tu nak letak dalam bilik tidur..boleh sangkut tuala... telekung sembahyang... kain batik
Alangkah GUMBIRA jika dapat hadiah macam ni ..
I LOVE YOU..
pasti saya jaga baik-baik
time bergaduh.... hancurlah pokok ni dikerjakan...
 Satu lagi pokok berpasu yang saya suka...
 macam muka orang... 
ada rambut lagi... mancungnya hidung macam Shahruk Khan
 Di laman  rumah nak letak pokok macam ni..saya nak gantung buaian...
balik kerja boleh main buai...
LAJUUUUUU...BUAI LAJUUUU...
.
Jalan depan sikit..nak tanam pokok macam ni.. 
penat kerja boleh berehat di bawah..
ISHhhhhh... 
jangan ada ular duk menumpang sekaki dah leee...
Satu lagi pokok  yang saya suka...
 2 in 1.. POKOK + KERUSI + PENEDUH
 kalau pokok rambutan pun ok..sambil duduk sambil makan buahan segar
mmmm..yang ni kalau siang..ok...
 kalau malam hari terasa ngeri jugak... pokok berjoget....
Pokok ni berusia  entah berapa ratus tahun,
 boleh dijadikan terowong, sangat unik
BOLEH SAYA KUTIP TOL...
Gambar di bawah menunjukkan pokok berjari yang serba guna..  ada 5 jari dan boleh dijadikan tempat duduk.
usah risau ..jari ini tak boleh bergerak.
Pokok ini agak pelik, kelihatan seperti lobak dan sesekali kelihatan seperti akar pokok berada di bahagian atas..
POKOK KENA BENAM...
Ini satu lagi gambar pokok pelik yang saya temui...
rupa-rupanya...
TANDAS....
patutlah pokok tu segar semacam... baja asli...
kalau tadi  gambar pokok seperti jari..perhatikan yang ini... POKOK BERKAKI...
Pokok ni taklah pelik sangat, saya pernah menjumpai yang seumpamanya semasa masuk hutan dulu. seperti ULAR... kalau pokok yang kecil memang keliru.
ULAR ATAU POKOK...
Di rumah saya ada banyak juga pokok berpasu yang pelik.. saya tanam dulu hijau...tapi sekarang bertukar menjadi pokok berwarna coklat yang masih kekal dalam pasu...pelik betul.....

Jumaat, 23 November 2012

PERIA PANTAI

Bila sebut PERIA ramai yang tak suka.. pahit katanya..
Tapi bila sebut PERIA PANTAI... lain pula jawapannya.. ADA KER? Tak pernah jumpa pun.  Haaaa... kepada pembaca yang belum kenal dan nak tahu lebih lanjut lagi mari saya tunjukkan rupanya.

Aikkk.. tak ada rupa buah peria pun... Kenapa nama peria?
Bila dah lihat berbeza, tentu rasa tak sama kan... Tepat sekali rasa peria pantai ni berbeza dengan peria biasa atau peria katak. Tahun-tahun sebelum ni mak cik cleaner yang bawakan untuk saya, diberi duit tak mahu...so saya kira sistem barter jer dgn mak cik tu. Sekarang pokok yang diberikan dah hidup subur di belakang rumah. Ketinggiannya mencecah 8 kaki dalam masa setahun. Pembiakannya melalui biji benih tapi saya diberi anak pokok yang dah berakar.
Nama saintifiknya ialah Colubrina asiatica
Mempunyai daun berkilat bewarna hijau gelap.  daunnya berbentuk seakan-akan daun bunga raya tetapi lebih kecil. Mempunyai buah yang berwarna hijau bila muda dan berubah menjadi keperangan bila matang. 

 Bahagian dalam buah mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam. Manakala pokok ini juga mempunyai bunga putih bersaiz kecil. 

Nak makan macam mana? Lihat foto di atas ni...Daun peria pantai ni boleh dicelur dan dimakan bersama budu, dicicah sambal belacan atau sambal tempoyak. Ianya mempunyai rasa tersendiri dan lemak dan manis bila dikunyah.
Daunnya juga enak dimasak lemak.
Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah tinggi  dan kencing manis dan seingat saya menjadi pilihan masyarakat di kampung saya semenjak dahulu lagi. 

Ahad, 8 Julai 2012

CEKUR

Cekur udang Gamit... Tanam cekur gali kunyit  ada juga versi.. Cekur udang gamit, minta cekur beri kunyit...
bait dia atas adalah pantun untuk kanak-kanak yang popular semasa saya kecil..sambil mengajar anak-anak kecil menggenggam tangan..sambil mengalunkan pantun tu.
Pengaruh tumbuhan cekur ni juga terdapat dalam pantun ni.. .. pantun pengajaran dan kelakar pun ada... Baca ya...
Penawar batuk si daun cekur,
Sengal tulang ubatnya halia,
Petani tua kerbau seekor,
Bongkok tiga  tak jumpa kaya.

 Kaempferia ariety L  atau di Thailand dikenali sebagai proh hom, Indonesia menamakannya Kencur, di Filipina..mintaklah Dusol dan di China namanya Shan nai.Semenjak dulu lagi cekur menjadi sebahagian daripada puluhan ribu tanaman yang dekat dengan masyarakat negara kita ni. Cekur bukan sahaja berdaun hijau malah ada yang berdaun merah pekat / maroon.  Ada soalan : Cekur dan cekur manis sama ke? Sama sekali berlainan daripada segi rupa, bau, warna dan rasa... Di laman rumah saya ada juga pokok cekur manis ni. Entri lain akan saya siarkan. Saya menanam 2 jenis cekur yang mempunyai bau yang sama tetapi bentuk dan warna daun berbeza. Cekur dalam gambar di atas mempunyai daun berwarna hijau, berbunga putih dan ungu. Manakala yang ditunjukkan dalam gamabr di bawah ni pula mempunyai daun berwarna merah gelap dan berbunga ungu.

Cekur ni merupakan sepupu-sepapat halia, lengkuas dan kunyit iaitu mempunyai rizom (isi berakar) yang menjadi agen pembiakannya.  Berdaun lebar dan cekur putih berdaun lebih kecil.  Penanamannya boleh dilakukan secara berpasu atau boleh juga ditanam di atas  batas.  Rizom yang matang boleh dipungut sekitar 10-11 bulan. Sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan lasak.
Cekur turut digunakan secara meluas dalam masakan tradisional seperti dalam Masakan ikan keli dengan cekur.  Daunnya juga boleh dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk.  Kalau nak dicelur pun boleh tetapi seketika sahaja. Kepada peminat kerabu, daun cekur menjadi ramuan 'mesti " untuk membangkitkan bau.
Tumbuhan herba ni mempunyai banyak kegunaannya  sebagai ubatan. Rawatan untuk luka, batuk, mengeluarkan angin, penyakit reumatik, mempercepatkan bisul pecah, kelemumur, batuk, sakit pinggang, dan rawatan selepas bersalin. Kanak-kanak pada zaman dahulu disapukan dengan bedak sejuk yang dicampurkan dengan asahan isi cekur yang telah dikeringkan...wangi bayi....
 Pokok cekur mempunyai nilai bukan sahaja dalam perubatan tetapi juga sesuai dijadikan  hiasan. Perhatikan bunga cekur, sangat cantik tetapi ni tak tak tahan lama.  Daunnya juga boleh menjadi tarikan utama lanskap. Boleh Tanam secara rapat sebagai pemisah di  dalam taman.
*****Kenalilah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi di persekitaran kita semua..yukkkk....
          Kepada sesiapa yang memerlukan anak cekur ni bolehlah contact saya. Sedikit-sedikit tu              adalah..FOC. Kalau nak banyak kena masuk tender..ok..jugak. :)


Ahad, 17 Jun 2012

BUAH KATAK PURU

Dr Fouziah
Bila sebut katak...ramai yang melompat sama... macam katak juga... geli katanya.  Saya ni bukan jenis yang gelikan katak... malah kalau petang-petang saya dan kedua-dua anak lelaki akan ambil katak (pegang dengan tangan) dan campak kepada anak perempuan...hahahaha..menjerit riuh-rendah sebuah kampung. Gurau anak-beranak.... kalau tidak, dia tak berlari keliling rumah..bakar kalori. Tak sabar nak usik anak perempuan pertama....   Bahana bencikan gelikan katak ni menyebabkan anak perempuan saya tu tak suka tengok buah katak puru.. ishhhh..tak ada kaitan langsung... kotor katanya..macam katak katanya.  Suruh cuba makan pun tak nak.  Pokok buah katak puru ni dah jarang dijumpai.  Buah mempunyai bentuk yang huduh, menyerupai seekor katak (Nama pun buah katak puru kan...).  Pokok yang ada dalam entri ni terdapat di rumah kakak ipar saya, dah besar pokok tu, berbuah lebat. Mampu membuat air liur saya meleleh, terliur sangat.

Inilah rupa bunga pokok katak puru ni, pokok ini dikenali dengan nama saintifik iaitu cynometra cauliflora. Ada yang memanggilnya dengan nama Nam Nam.

Dr Fouziah

Daunnya yang agak memanjang, mempunyai permukaan yang licin dan bewarna hijau pekat bila matang.Pokok ni sama keluarga dengan belimbing.  Ketinggian pokok ini sehingga 6 meter dan memerlukan saliran yang baik dan cahaya mata hari penuh untuk pembesarannya.  Kalau nak tanam pokok ni...carilah biji atau tut sahaja dahan pokok.
Dr Fouziah

 Nak makan macam mana buah ni? Buah dan biji buah katak puru ni berbentuk leper. Biasanya dimakan tanpa mengupas kulit (sebab mengerutu, susah nak kupas...). Kepada pencinta asam atau masam..inilah senarai pilihan yang mesti dicuba.  Buah yang muda terasa kelat dan masam tetapi akan menjadi lembut, masam yang lembut dan kurang kelat bila dah masak. Boleh dimakan mentah, dijadikan sambal atau boleh dicicah dengan kuah rojak, kicap dan gula.
Dr Fouziah
Selain daripada untuk selera dan cintakan asam-asam, buah katak puru ni mempunyai vitamin C dan mempunyai khasiat perubatan tersendiri.  Dipercayai daun dan buahnya mampu mengurang  penyakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Daunnya juga boleh dijadikan teh (keringkan dan rendam dalam air panas).

*** diantara senarai  buah kegemaran saya. :)

Isnin, 28 Mei 2012

Mata Ayam

Mata ayam ni juga dikenali dengan nama saintifiknya ialah Ardisia crispa dalama famili Myrsinacieae. Pokok mata ayam mudah dijumpai di tepi semak atau dalam kebun getah. Pokok renek ni  mempunyai batang berkayu. Kalau nak biakkan pokok ni kena semailah biji atau keratan batangnya.
Apa yang special sangat dengan mata ayam ni? Kerana namakah?
Kalau sayalah, rasa daun yang sedikit masam boleh meningkatkan selera makan saya yang sememangnya sudah mantap ke tahap yang lebih mantap... cubalah... Daunnya yang agak memanjang dan bergerigi pada bahagian tepi daun menjadi pilihan untuk dimakan bersama sambal belacan atau budu. Bahagian daun juga boleh dijadikan ubat bisul..ambik daun ..tumbuk hingga hancur dan tampalkan pada bahagian bisul. Kalau digigit lipan pun boleh ditampal dengan daun ni juga. Ini rupanya daun mata ayam, yang menjadi hidangan makan tengah hari saya tadi.Dulu-dulu kalau gatal kepala....ramas aja daun ni sebab boleh menghilangkan kelemumur.

 Selain daripada daun, orang dulu-dulu gunakan bahagian akar untuk dijadikan ubat batuk, demam dan tulang patah.Boleh membuang toksid dalam badan. Nak minum macam mana? senang saja, potong akar mata ayam, basuh, keringkan dan rebus. Tapi kalau ambil akar..matilah pokok tu..  mungkin ini di antara sebab kepupusan pokok mata ayam ni... :(
 Bahagian pokok yang agak nostalgia ialah buah mata ayam. Merah pekat dan berkilat.... Buah mata ayam ni menjadi rebutan masa saya kanak-kanak dulu kerana mempunyai warna yang menarik. Rasa buahnya manis dan kelat membuat saya terleka bila memakannya tapi awas..biji buah ni tak boleh dimakan.  

Rabu, 11 April 2012

BUAH GELAM TIKUS

BUAH GELAM TIKUS

Pengalaman membesar bersama keluarga dalam suasana kampung memang menyeronokkan. Beberapa minggu lepas saya terjumpa sejenis pokok yang memang dekat di hati semasa zaman kecil-kecil dulu.  Kalau dulu... keliling kampung saya banyak pokok gelam tikus ni. Nama saintifiknya SYZYGIUM INOPHYLLA. Kawasan rumah saya dulu lapang dan berpasir tapi sekarang dah banyak tanah bukit....ditambak untuk dibina rumah. Pokon gelam ni boleh hidup melalui biji benih dan keratan batang. Ni rupanya buah gelam tikus. .
Buah ni jadi kegemaran kami dulu....kalu zaman anak-anak kita sekarang ni..setaraf dengan POP CORN... Bila dah jumpa buah gelam ni..terus ambil...di dalam tangan akan ada secekak sebagai bekalan semasa mengaji Quran (curi-curi makan semasa mengaji Quran)
Rasa?? Manis-manis masam.. ada yang manis betul.. bau wangi. Anak-anak saya bertanya...Mabuk tak ni?? Mama, jangan makan Ma..( Ish..ish..ish budak-budak ni... Kalau MABUK...saya tak ada di dunia ni dan awak pun tak ada di dunia ...hehehe). Anak-anak sekarang takut bila melihat sesuatu yang luar biasa/ jarang dijumpai..apatah lagi makanan.  TAPI...makanan mereka hari ni.. bahaya ..macam-macam chemical berbahaya ada didalamnya berbanding dengan zaman saya kanak-kanak....lebih nature makanannya. 
Ini rupanya daun gelam. Daun gelam ni yang muda/pucuk boleh dimakan sebagai ulam... saya dah lupa.. dah pernah makan atau tidak. Nanti saya pungut pucuk gelam dan nak sangat cuba makan pucuk pulak. Warna pucuk biasanya merah muda. Ini rupanya

Haaaa...ni pulak saya jumpa buah gelam yang lebih besar.. (giant popcorn) jenis ni jadi rebutan ramai sebab isi yang besar dan manis. Terasa juga nak tanam pokok ni di kawasan rumah.


Sabtu, 7 April 2012

TENGGEK BURUNG

ULAM TENGGEK BURUNG 
(ENTRI RINGKAS SETELAH BAIK DARIPADA DEMAM)

Nama yang glamor ni.. dah terbayang dah, pokok ni menjadi tempat burung bertenggek. Mesti ada tarikan istimewa pada pokok ni. Agaknya pokok ini pun subur sebab najis burung banyak dan menjadi baja..  ke tempat lain pulak berfokus. Ini namakan fikiran yang kreatif (cover2).

Bebalik kepada ulam yang saya jumpa ni TENGGEK BURUNG.(KONFIUS????? BURUNG apa yang bertenggek yerrr?????)

Ulam ni menjadi kegemaran dan sedap dicicah dengan sambal belacan. Menpunyai rasa sedikit kelat-kelat tapi menyenangkan.  Lokasi yang mudah dijumpai di kebun-kebun getah dan kawasan yang agak teduh dan lembab.  Pokok yang renek dan menjadi tarikan burung untuk memakan buah. Jadi jaga-jaga sikit... kemungkinan ada najis pada ulam ni..jadi basuh bersih-bersih.  Ulam ni saya perolehi daripada anak saudara.... Nanti nak ke rumah dia dan nak ambil anak pokok agar laman rumah saya nanti ada macam-macam pokok yang sukar ditemui.

Daun ini juga boleh dijadikan alternatif bagi merawat darah tinggi....dan...menjadi ubat utama kepada kaum bapak2...( patutlah tenggek burung....psttttt)

Selamat mencari dan mencuba ulam ni...

Sabtu, 17 Mac 2012

JAMBU AIR MAWAR / JAMBU MAWAR/ Syzygium jambos

JAMBU AIR MAWAR / JAMBU MAWAR/ Syzygium jambos

Tarikan utama pohon ini ialah keharuman bau buahnya, seharum mawar.  Wajarlah dipanggil jambu mawar atau jambu air mawar.  Kalau di kampung saya dulu dikenali sebagai jambu air mawar. Buahnya menjadi rebutan anak-anak di kampung. Rasa manis serta harum membangkitkan selera sesiapa sahaja. Pada zaman kecil... saya ternanti-nanti dan hampir setiap hari bertanyakan ibu, bila boleh dipetik buah jambuair mawar itu. Pokok berketinggian hingga 10m serta bercabang rendah dan melebar sesuai dijadikan teduhan di laman rumah. Bentuk daunnya pula panjang membujur, permukaan atas yang licin serta mempunyai warna hijau pekat. Bentuk pokonya juga cantik dengan warna hijau pekat.

Daun pokok jambu air mawar ni saya pungut di kawasan Fakulti Pendidikan UKM. Di sekitar fakulti ini terdapat lebih daripada 6 pokok jambu air mawar yang menjadikan kawasan sekitar redup dan sejuk.  Malah buah jambu ini juga menjadi kegemaran monyet-monyet liar yang bertandang saban hari. Monyet pun makhluk Allah macam kita jugak tahu pilih mana yang baik. :)

Pokok jambu air mawar ini mempunyai bunga yang wangi dan kekuningan dan kehijauan, setiap tangkai bunga terdapat 4-10 kuntum dengan lebar 5-10 cm. Kelopak bunga pula ada  mahkota dan benang sari yang mampu menarik lebah madu. 

Kebetulan semasa saya meninjau-ninjau pokok itu, hanya terdapat sebiji sahaja buah yang sudah matang. Apa lagi, terus petiklah...tapi tak semudah yang disangka, kiranya berperang jugalah dengan sang kerengga. Buah berbentuk bulat telur, dengan garis tengah antara 2,5-5 cm, bermahkota daun kelopak dan tangkai putik yang tidak begitu panjang. Warna buah yang matang/masak kuning keputihan, kehijauan. Pernah juga terbaca ada buah yang warna kemerahan tapi tak pernah jumpa pun di kampung saya dan sekitarnya. Saya tak sabar lagi nak memakan buah jambu ni...Bila dipecahkan buah tadi....pastinya yang mula-mula sekali.... wangi menusuk ke hidung. Wangi lembut... Daging buah agak kering, memang harum berbau mawar dan berasa agak manis.

Ini pula bentuk biji jambu air mawar ni... Saya simpan elok-elok dan esok-esok nak minta suami semaikan. Harap-harap bercambah dan dapat ditanam. Teduhlah laman rumah saya nanti. Insya Allah.


Selasa, 28 Februari 2012

Pokok Kandis- warisan alam





Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan


Dulu-dulu bila disebut buah kandis sudah terbayang pokok yang rendang yang berada di hujung kampung. Masih terbayang emak membawa pulang satu kendongan kain batik Terengganu buah asam kandis selepas pulang dari mengambil KERECUT untuk dijadikan tikar. Buahnya yang hijau , bulat dan kecil dipotong dan dikeringkan. Saya sempat meninjau lokasi yang suatu ketika dulu berdiri teguh pokok kandis, ternyata deretan rumah batu  menggantikannya.  Apalah sangat nilai sepokok asam kandis berbanding dengan ratusan ribu harga rumah yang didirikan. Dalam hati turut terdetik jika anak-anak aku dah tak kenal , malah tak pernah tahu wujudnya pokok bernama KANDIS, jauh lagilah dengan cucu-cucuku nanti. Mungkin suatu hari nanti asam kandis menjadi sejarah dan kajian dalam pantun-pantun atau gurindam lama sahaja. 


Foto di bawah ini menunjukkan buah asam kandis yang diperolehi daripada internet. Asam kandis biasanya  menjadi ganti asam gelugur. Orang-orang Terengganu biasanya menggunakan asam kandis sebagai bahan masakan untuk ikan singgang, gulai dan singgang pedas. See full size image Buah yang menyerupai buah asam gelugur itu dipotong dan dikeringkan.  Buah  kandis yang segar menjadi kegemaran anak-anak gadis yang meminati asam dan dicicah dengan garam atau kicap. Bahagian pokok yang paling saya sukai ialah pucuk kandis. Sungguh enak dan menyelerakan dijadikan ulam. Daunnya yang kemerah-merahan mempunyai rasa yang masam. Selain daripada dijadikan ulam, pucuk kandis juga enak dimasak lemak dengan ikan haruan atau puyu. Memang menyelerakan. Kepada pembaca yang belum mengenali pucuk kandis, di bawah ni ada fotonya.

 Pucuk kandis ini dibawa oleh anak saudara saya (Norasiah) yang mengunjungi saya pada minggu lepas. Saya teringin untuk melayan kenangan dan duduk di bawah pohon kandis sambil melayan kenangan lalu ketika bermain-main sementara menunggu emak menyiapkan kerja-kerjanya. Mungkinkah? Saya sempat meneroka maklumat lain tentang kandis. Ini petikan Pak Cik Wikipedia"
Asam kandis (Garcinia xanthochymus) adalah pohon hijau abadi berukuran maksimum 15m yang berasal dari India. Ia masih sekerabat dengan manggis serta asam gelugurBerbentuk seperti piramid, dengan batang utama tegak dan cabang-cabang tumbuh mendatar, seperti pohon manggis. Daunnya lanset memanjang, sempit, panjang 12-24cm. Buahnya agak membulat, meruncing, dengan diameter mencampai 9cm, berwarna jingga pucat atau kuning pekat. Tumbuhan ini menyukai naungan dan suasana lembap. Pembungaan biasanya setelah masa kering yang cukup panjang (minimal tiga bulan) dan bisa berbunga dua kali setahun.

Asam kandis dimanfaatkan buahnya. Rasanya masam dan dijadikan bumbu dapur, selai, campuran kari, serta dibuat acar. . Pemanfaatan lain adalah sebagai sumber bahan pewarna.
Minggu lepas,  kali pertama anak-anak saya merasai ulam yang menjadi kegemaran ibunya semasa kecil dan remaja. Pucuk kandis bukan sahaja menjadi ulam tetapi menjadi kunyahan penganti gula-gula atau jajan semasa kecilku. 
Paling tidak anak-anak saya boleh bercerita kepada anak-anak mereka nanti bahawa dia pernah memakan pucuk kandis yang dijadikan ulam bersama-sama nenek mereka (sayalah tu ....).

Ahad, 12 Februari 2012

SILOM/ SELOM

ULAM TEMPATAN PENAMBAH SELERA 

Dalam kesibukan menyiapkan tesis...lupakan...lupakan seketika....(cuba menipu diri......hehhehe..harap2 menjadi)
Tetiba teringatkan....SILOM oh SILOM.  Silom ni bila sebut nama pun dah rasa tenang, kalau sebut TESIS...rasa pening tang ni jugak.  SILOM..Bila dah makan, sedap.. semua ahli keluarga suka...lagi pun murah. Kalau ulam lain tu, jenuh jugak suruh anak makan dah macam ugut ( mama macam along daa...) baru nak cuba. Ulam ni saya suruh anak cuba sehelai daun ..then...dia ambik sendiri, LEGA.  Oh pasal ulam ni, saya beli dari jiran rm1.00 aja seikat. Dah namanya jiran yang jual memang harga adik-beradiklah.Murah sangat-sangat. Kalau di pasar tani... mahunya rm3.00.  Banyak tu, cuba lihat foto..Kepada pembaca yang tak kenal lagi tu...mari kita tengok spec ...pokok ni



Nama saintifik : Oenanthe javanica
Nama lain:         Java dropwort,seri, silom, water parsley,water celery,pampung, 
 Keterangan :     Batang lembut macam kangkung..beruas-ruas, daun yang 
                            cantik, sedap dimakan mentah dan dimasak lemak. 
                            Mempunyai bau yang sedikit wangi dan rasa  yang
                            sangat lembut berbanding ulam raja.
Lokasi:               Hidup di tempat yang lembab/ berair
Pembiakan:        Keratan batang 
Kegunaan:         Ulam- kerabu, makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk
                           Sayur- masak lemak
                           Ubatan: mencuci darah dan nyah toksik dalam badan
                           Hiasan: di tepi kolam/ tempat lembab


Next N3 saya nak tunjukkan kerabu yang saya dah buat..tunggu ya