sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 24 Oktober 2012

HONEY ROASTED CHICKEN

Masakan berasaskan ayam dah menjadi kemestian kepada kanak-kanak. Alhamdulillah itu dulu-dulu, sekarang anak-anak saya dah biasa dengan ikan dan sayur.. tapi jenuhlah nak mendidik mereka.  Kalau saya cakap ada bahan tak baik dll dalam ayam pun, muka mereka macam ragu-ragu aja. Sekarang ni, kalau nak makan ayam lebih kerap pun tak apa sebab alternatif ayam organik menjadi pilihan kepada pengemar ayam. Menu berbuka puasa saya hari ni  ialah ayam panggang bermadu ( Honey roasted chicken).  Saya selalu memasak ayam ni untuk hari raya atau majlis makan-makan sebab senang dan sedap. Main campak-campak aja dan siap.Tak pun, malam saya perap dan keesokan masuk oven. Boleh dimakan bersama-sama nasi ayam, nasi putih, pulut, mee atau meehoon. Cuba tau....

1/2 ekor ayam ( 600 g)
1/2 biji limau nipis/lemon
5 sudu makan madu ( kalau tak ada madu- gantikan dengan gula +- 4 sudu)
6 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu serbuk cili
6 sudu kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary

bersihkan ayam, 
Gosok dengan lemon/limau nipis.
Kalau tak nak potong kecil, bahagian dada dan peha  ayam dicucuk dengan garfu supaya perapan meresap dan ayam cepat masak. .
Gaul sebati rempah perapan.
Lumur hingga rata dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar ( suhu 160c selama 30 minit- bergantung kepada ketuhar anda...)
Gunakan pencucuk satay untuk memeriksa (mencucuk bagi memastikan samada ayam benar-benar masak).

Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang
masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air.
Masak sehingga pekat.

Keluarkan ayam dan curahkan sos tadi ke atasnya..
Sedia untuk dihidang.

Anak-anak pasti sukakannya sebab ada rasa manis.

POPIA TWIN

Ini masakan istimewa yang disediakan oleh anak saya KakDa. Katanya nak masak untuk berbuka puasa. Simple sahaja bahan dan entah dari mana didapatnya resepi ini. Dia kata reka sendiri. Rasanya... not bad. Bila dicicah dengan sos lagi mantap. Apa yang penting usah sekat kreativiti anak-anak. Beri peluang.

Kulit popia
2 biji telur
1/4 cawan susu segar
sedikit minyak masak
serbuk lada sulah
sedikit garam
sosej yang dicelur seketika dan dibelah 2
- pukul telur, garam dan lada sulah  dengan susu segar hingga rata
- panaskan kuali.
-letakkan sedikit minyak.(anggaran dlm 3sudu besar minyak)
- masukkan adunan telur tadi.
-goreng  telur tersebut sehingga masak (kacau  telur tersebut hingga menjadi telur hancur)
- sediakan kulit popia
-ambil sehelai kulit popia
-letakkan  sosej dan diikuti oleh telur hancur diatas popia (letak bhn2 seperti membuat popia biasa)
-gulung popia tersebut
-letakkan pelekat (tepung +air =gam makanan)
-goreng popia tersebut sehingga masak/kekuninggan
- untuk sos- tumbuk lumat 2 ulas bawang putih dan campurkan dengan sos cili 
-siap!!untuk dimakan
-lagi sedap kalau dicicah dgn sos cili bawang putih tadi. 
ATAU 
Sediakan sendiri sos popia ni
bahan-bahannya:
1/2 cawan cili boh
1 cawan air asam jawa
1 cawan gula melaka
Sedikit cuka
 masak bahan-bahan tadi dan jika suka lebih masin dan masam tambahkan sedikit cuka dan garam.
masak sehingga agak pekat.
***Jika suka boleh dicampurkan dengan bawang putih tumbuk.
*** Jika terlalu pekat...tambahkan air mengikut kepekatan yang       dikehendaki

Khamis, 11 Oktober 2012

KUACI- dare to eat?

Makanan kegemaran semua termasuklah diri saya. Saya suka beli dan makan, TAPI bila anak saya suka makan saya pasti tak senang hati. KENAPA? Ada yang kata bila makan nanti bersepah rumah atau pejabat. Ada yang cakap, mudah melekat di celah-celah gigi. Kepada yang positif dia akan bercerita tentang khasiat kuaci.  TAHUKAH ANDA..biji kuaci ni datangnya dari bunga matahari. Biji benih bunga matahari ni mempunyai khasiat tersendiri. Sebelum tengok khasiat tu..tentu anda terfikir beribu kali sebelum memakannya.....
Saya tersentak bila menerima email gambar daripada CRI betapa teruknya cara penyediaan kuaci ni. Ada yang dipijaknya kuaci tu..tanpa pelapik kaki yang bersih.  Kaki pulak.... (sila nilai sendiri).
Ada kanak-kanak tidur di atasnya.  Lampin pakai ke tak tu? Apa?..Lampin bocor?
Ada orang lain yang pijak-pijak macam itu bukan makanan..... (Saya gigit kuaci tu..please.....).Meriahnya mereka memijak kuaci..ya ampun....
macam rombongan mak kiah lagi tu.. melenggang kangkung atas kuaci
Tapi..kuaci ni masih cantik..besar..apasal yang saya makan tu cinonet aja?
Perkenalkan ..ini taukeh kuaci ..(kot.....). Nasib baik dah nikah..kalau tak ada potensi jatuh hati ni...
kerja meratakan kuaci 
Punyalah banyak..dan saya boleh bayangkan betapa luasnya ladang bunga matahari di negara mereka.
Memang nampak macam kotor tetapi bila dah banyak beginilah caranya dan saya teliti betul-betul macam ni sesi fotografi.... Memang nak cari shot yang baik tapi..kasut tu..kasut.... tanggallah dulu atau pakai alas plastik macam di kilang-kilang lain...baru hygine...
Bila lihat foto di bawah ni..dah selautan kuaci.. harap-harap yang sampai kepada saya tu yang tak terpijaklah tu...( tapi kadang-kadang terasa sesatu yang asing dalam kuaci ni.....lupakan...)


Bunga matahari ni kaya dengan vitamin E  yang dapat meningkatkan antioksidan di dalam tubuh badan seseorang. selain itu:
Pencegahan kanser (spt prostat) dan penyakit kardiovaskular
Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
Memelihara pembekuan darah yang normal
Mengurangkan parut, tekanan darah, pencegahan penyakit katarak
Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
Bagi kaum Adam..ianya dapat meningkatkan pengeluaran air mani
Menguatkan dinding kapilari dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mencegah anemia,  “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang

Apa pun foto yang dipaparkan saya terus mengunyah kuaci satu demi satu..dulu..kini....selamanya ( yang ni saya tak tahu...entah esok lusa saya dah tak suka..). Cuma saya ubah cara memakan kuaci. Saya tak lagi gigit tetapi menggunakan jari untuk memecahkan kulit kuaci dan kadang-kala saya membeli kuaci yang dah siap dikupas. Rasa dan khasiat masih ada.

*****Saya kurang suka bila anak saya makan kuaci bukan semua sebab di atas tetapi...SAYA PENATLAH KENA GIGIT DAN KUPAS KULIT KUACI UNTUK DIA..heeee... itu aja. Jom makan kuaci.

Selasa, 9 Oktober 2012

PAVLOVA...

Sebelum ni dalam kepala duk fikir ANOVA... MANOVA..INNOVA sekarang entah adik-beradik yang ke berapa pulak ni PAVLOVA.. Dah lama terfikir nak masak pavlova ni. Bila tengok gambar meleleh air liur.  Bila agaknya nak buat.  Hari ni tercapai hasrat nak buatkan pencuci mulut ni untuk berbuka puasa.( tapi, akhirnya menjadi supper...). Pavlova ni...nak kata kek tak macam kek sangat..... kek telur putih.  Mula-mula masa belek resepi tu saya dah bayang rasanya macam topping biskut mama carries, rupanya meleset. Punyalah mudah nak sediakan pavlova ni, rugi kalau tak cuba. Novis macam saya pun  menjadi.
5 biji putih telur (gred B) pastikan berada pada suhu bilik dan asingkan betul-betul putih dan kuningnya.
3/4 cawan gula 

1 sudu  besar cuka makan
1 sudu teh esen vanila
 1 sudu besar tepung jagung
Entah-entah semua bahan dan ada di dapur anda.. apa lagi ... moh kiter ke dapor.
Pastikan peralatan untuk membuat dessert ni bersih (pastilah kan...maksud saya tak berminyak atau basah)
Masukkan putih telur dan pukul dengan speed perlahan sehingga agar kembang.
Pastu tingkatkan speed sedikit sehingga telur putih menjadi putih dan kembang dan gebu.
Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul adunan telur tadi sehingga bila diangkat akan membentuk tanduk pada hujung adunan tersebut.. itu menunjukkan dah elok benarlah tu.
Seterusnya  jangan lupa masukkan esen vanilla untuk mengurangkan bau telur yang hanyir. Teruskan memukul sehingga rata.
Langkah seterusnya, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan dikaup balik dengan menggunakan spatula... cuka pun dimasukkan sama sehingga rata.
wah... dah nak siap dah...
Bersedialah untuk membakar pavlova ni.
Panaskan oven dahulu.
Lukis tapak untuk diletakkan adunan pavlova di atas kertas minyak. Kalau nak bentuk hati/ segitiga / segiempat..lukis aja. Saya pilih bentuk bulat bersaiz +- 7 inci ( berapa  mm??).
Kertas minyak tu saya letakkan ke dalam loyang dan ratakan adunan pavlova mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.
Saya membentuk adunan yang mempunyai permukaan melengkung ( bahagian tepi lebih tebal---sebab nanti nak hias dan letak buah..lagipun pavlova ni ringan dan rapuh)
Bakar dengan api yang sederhana ( 150C) selama 15 minit, kemudian turunkan kepada suhu 120C untuk sejam lagi. Tapi pavlova saya ni tak nak keras sangat, so saya bakar lagi dengan suhu 150C selama 15 minit lagi.  Pembakarannya bergantung kepada jenis oven yang digunakan. apa yang pasti hasilnya  garing diluar dan lembut di dalam. Selain itu bila dah masak, warna pavlova menjadi coklat muda dan merekah sedikit serta kulitnya tidak melekit.
Biarkan sejuk di dalam oven ( buka sedikit pintu oven tu..) dan bolehlah dikeluarkan untuk dihias 


KISAH SEDIH---  Persediaan untuk topping ( taklah sedih sangat...cuma Encik suami saya tersilap dengar, saya minta belikan krim putar /whipping cream tapi dibelinya susu segar... huhuhu..kan beza bunyinya tu.. bezakan..? tapi saya rehdo ajalah. kedai di kampung ni tak jual krim putar...kena ke bandar pulak) 
Anak-anak dah bising bertanya..mama dah boleh makan atau belum pavlova.  Saya cakap" Kejap lagi tau..mama nak potong buah. Buah oren dah ada dalam peti ais. cuma mangga tu masak tak sepenuhnya...ok.   Bukan masalah besar.. Saya gantikan krim dengan butter cream yang dan sedia ada dalam peti ais dan saya letakkan buah-buahan di atas.  
Sedap..manis..bahagian luar yang rangup, ringan dan isi bahagian dalam pavlova ni lembut macam puding telur.. wangi. Berbaloi mencuba. Kali ni segan nak beri sesiapa sbb tak cukup bahan (masa mkn tadi teringat kpd Cik Nurul Huda, liza dll...izikan saya makan bagi pihak kamu yer...)

 ****resepi asal topping
1 cawan krim putar
1 sudu gula
sedikit esen vanilla

Pukul krim sehingga kental  dan masukkan gula, Teruskan memukul krim dan masukkan esen vanila.
Krim ini untuk disapukan ke atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan segar.

Insya Allah saya akan buat lagi.....dan lagi.......lagi...




Isnin, 1 Oktober 2012

LEMPENG UBI KAYU

Petang ni merupakan masa yang santai untuk saya setelah beberapa tugasan penting dapat disiapkan mengikut masa. Berbaloi skip lunch tadi. Sampai di rumah, jam menunjukkan pukul 5... semua anak-anak dah lapar. Kepala ligat memikirkan sesuatu yang berbeza untuk  hari ni ( hehehe..hari ni sangat rajin...Tapi bila MALAS datang.. makanan yang sama@roti@biskut pun ok lah...).Saya capai ubi yang telah diparut ( Encik suami tak parut tetapi dimesinnya menggunakan mesin daging.. apa-apalah asalkan hancur ubi tu). UBI KAYU dan HUJAN sangat sinonim... nostalgia bagi saya.  Anak-anak sekarang dah tak nak pandang UBI KAYU.. apa kelassss katanya... kalau sebut BURGER.. bersinar biji mata mereka.  Saya nak ubah rupa ubi kayu supaya anak-anak suka... Saya nak  siapkan sesuatu yang SEGERA. . Maka jadilah LEMPENG UBI KAYU ni.. Anak-anak pun sukakannya. Kami makan bersama air nira yang dimasak sehingga pekat pemberian sahabat baik saya Puan Noriah.

bahan yang diperlukan pun simple aja
4 cawan ubi kayu yang dah diparut
1/2 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
sedikit air ( jika perlu)

Bila semua bahan dah siap
Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut..kalau agak keras, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Usah terlalu lembik adunan tu ( lupalah nak snap foto adunan tadi.. maklumlah dah nak cepat sediakan.. gitulah..)
Apa lagi... lenserkan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan adunan ke dalam kuali. ( kalau guna non-stick pan pun boleh- lagi sihat)
Ada cara bakar yang saya belajar dari Ibu saya .. mula-mula letak adunan  tu ke dalam kuali, (tak perlu diratakan lagi) biarkan seketika, kemudian balikkan adunan tadi dan barulah di tekan sehingga rata adunan tersebut.
Bakar sehingga kekuningan dan wangi.
Lempeng ni sesuai dimakan bersama sambal, gula dan jangan lupa AIR KOPI..yang pekat... sangat mengancam di kala hujan mula turun di luar sana... Alhamdulillah...
 *****  Diri ini sempat juga melunjurkan kaki seketika sebelum menyediakan makan malam... sambil tangan ligat melipat kain baju yang membukit menggunung... :)