sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Memaparkan catatan dengan label Kraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kraf. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

KERONGSANG MUDAH-simple felt brooch

Inilah projek sambil 'menonton' cerita Hindustan. Dulu minatlah jugak seposen cerita Hindustan, sekarang dah tak tumpu. Punca minat saya dahulu tidak lain berpunca dalam bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, setiap minggu dihidangkan dengan filem hindustan- semsa tu masih guna VIDEO TAPE. Mula-mula tengok... eeeeerrr..menyampahnya..tergedik-gedik..baju seksi.  Bila dah setiap minggu duk mengadap filem Hindustan... best jugak ceritanya.  Tapi sekarang ni, sekadar berada di depan TV tapi tangan buat kerja lain, kalau tak melipat baju adalah duk meneroka laman internet.  Paling anak saya gelakkan saya... saya asyik minta dia ceritakan balik... INI SIAPA...KENAPA JADI BEGITU?.. HABIS KENAPA BERGADUH?..macam-macam.  Kalau ada lagu pun bukanya reti nak ikut.  Saya bukan peminat lagu. Kali ini tak menggodek kuih tapi menjadikan sisa-sisa kain felt sebagai kerongsang yang amat mudah. Inilah yang saya maksudkan.

Dr Fouziah Mohd
Apa yang saya lakukan?
-Gunting felt mengikut warna dan bentuk yang dikehendaki, saya pilih corak bunga. 
-Potong 2 keping- satu yang besar dan satu yang kecil.
-Potong satu lagi untuk bahagian tengah bunga- bulat keci tu...
- Jahitkan butang ditengah-tengah.

Dr Fouziah Mohd
Lekatkan pin dengan gam lilin/ hot glue ( pin boleh dibeli di kedai- saya guna yang recycle)
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
Bahagian Belakang Kerongsang Yang Sudah Siap

Dr Fouziah Mohd

Rabu, 19 Jun 2013

DIY- GEISHA Bookmark Hadiah Hari Guru (2)

Kali ini saya hasilkan penanda buku berbentuk GEISHA
Saya tertanya-tanya di dalam hati ni..nak beri kepada siapa agaknya...
.....untuk saya ajalah....
saya akan simpan
Namun ketentuan Allah lebih baik... semasa menyiapkan kerja di bilik datanglah seorang bekas pelajar saya daripada unit DPLI Tesl,  bernama LIZA. Saya rindukan mereka, semua sekali, sekelas sebab telah menjadi pelajar yang baik. 
Hati saya sangat percaya jika mereka boleh mendengar arahan serta menjadi pendengar yang baik dan menjadi pengikut yang baik, pasti mereka akan menjadi ketua yang baik.
Puan Mama..Selamat Hari Guru, sambil menghulurkan hadiah kepada saya.
Terlintas di hati saya... inilah pemilik geisha bookmark yang saya hasilkan semalam. Ramai yang ucapkan selamat hari guru dan saya berikan sesuatu yang berlainan kepada mereka. Bila tiba giliran Liza, seperti magnet terus saya mencapai GEISHA saya tu. Harap beliau dapat menggunakannya dengan baik. 
Saya bercadang untuk menghasilkan satu lagi geisha bookmark tetapi sehingga ke hari ini...hampir 2 bulan..belum terlaksana.
Ini langkah demi langkah cara membuat bookmark GEISHA
Dr Fouziah Mohd
bahagian yang senget, saya betulkan
Dr Fouziah Mohd
Bahagian rambut

Dr Fouziah Mohd
Lekatkan bahagian muka dengan kain warna krim

Dr Fouziah Mohd
Kolar KIMONO...

Dr Fouziah Mohd
kedua-dua belah
Dr Fouziah Mohd
lekatkan tali pinggang, tangan, lengan kimono, mata dan mulut
 
Dr Fouziah Mohd
Jangan lupa..mulut dan hiasan kepala...
Bahagian hujung penanda buku ini saya hiaskan dengan kipas dan bentuk hati.
Jika tak ada kain felt boleh gunakan kertas berwarna
Dr Fouziah Mohd

DIY- Felt Bookmark hadiah Hari Guru (1)

Entri tertangguh.
Selamat Hari GURU kepada semua guru... saya pasti Guru meraikan Hari Guru setiap hari tetapi murid  mengingati guru hanya paa 16 Mei sahaja. (saya sangat mengharapkan tekaan saya ini meleset...).Apa yang mesti dilakukan bagi memastikan keharmonian sekolah dan seluruh warganya terjamin? Siapa yang bertanggungjawab. Jika tanggungjawab itu umpama larian 4x400 meter... maka masing-masing  melepaskan baton kepada pihak tertentu. Jika tersilap maka gagallah dalam acara itu. 
Senang dan mudah cerita.. tanggungjawab semua tetapi yang paling utama ialah ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang ni agak berat sebab punca masalah disiplin bermula seawal usia kanak-kanak itu. Di mana bermula? Di rumah.... Penilaian dan tanggapan baik ibu bapa terhadap sekolah, guru dan pendidikan menjadi contoh kepada anak-anak. Jika sehari dalam setahun anak dan ibu bapa berat untuk menghargai guru..usah fikirlah hari-hari yang selebihnya. 
Apa ingatan sempena hari guru diberikan kepada para guru mereka? Sebagai ibu bapa kenalah ingatkan anak-anak, guru tak perlukan sesuatu yang mahal atau berharga tetapi keiklasan dan hormat anak murid pasti mengembirakan mereka. 
Jenuh saya memberi kuliah kepada anak-anak saya... semoga mereka ingat sampai bila-bila...
Setelah berkhutbah panjang lebar.... berbalik kepada Kraf hari ni, memang ada kaitan dengan hari guru sebab penanda buku ini dihadiahkan oleh anak-anak saya kepada guru mereka. 
Sangat mudah dan murah namun praktikal.Guru dan buku tidak dapat dipisahkan, cuma untuk penanda buku kali ini saya sediakan lebih panjang agar sepadan dengan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran guru. Jika pembaca nak yang lebih pendek, ok aja. :)
Saya gunakan:
kain felt
riben
benang
jarum/ mesin jahit
gam
gunting 
Kain felt untuk menghasilkan rama-rama- saya guna gam panas untuk melekatkan bahagian bulat kepada sayap rama-rama. Jika pembaca ada masa dan rajin, lebih baik jahit tangan...lagi halus ...lagi berkualiti
Dr Fouziah Mohd
 kain felt yang dipotong berbentuk bunga
Dr Fouziah Mohd
Ini bahagian yang telah dipotong untuk penanda buku yang biasa berbentuk panjang
Dr Fouziah Mohd
inilah hasilnya penanda buku pelbagai corak
Dr Fouziah Mohd
Gambaran keseluruhan termasuklah riben dan bahagian bawah penanda buku- 
Dr Fouziah Mohd

Penanda buku berbentuk panjang
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
 Lagi cantik sekiranya pembaca jahit dengan tangan, saya nak cepat jadi guna mesin jahit aja.
Untuk penanda buku GEISHA tu ada di entri seterusnya
Cuba lihat apa yang anak saya tulis di bahagian luar sampul surat kad ucapan dan hadiah kepada gurunya
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
Pasti pembaca lebih kreatif


Khamis, 13 Jun 2013

lihatlah dunia......saya jahit peplum

lihatlah dunia.... lihatlah..
Ammboooiiii....
BUKAN MAIN SERONOK LAGI SAYA ni haa.. maklumlah biasanya saya tulis entri  memasak. Kali ni tentang peplum. BETOL..SAYA JAHIT PEPLUM. Niat hati dah lama nak pakai peplum. Orang lain dah bosan dengan peplum tapi saya baru ada peplum. Bukan tak nak beli....Malangnya bila ke kedai ada yang banyak-banyak saiz S... kadang-kadang ada saiz M dan L..jarang-jarang ada saiz L dan susah nak cari saiz XL...apatah lagi saiz XXL... Kadang-kadang di bahagian tubuh dah elok, lengan pulak sendat..maklumlah bodybuilder... Akhirnya hanya boleh cuci mata ajalah. Peplum ni sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi. Kalau nak berfesyen dan nak tunggu kurus..entah bilalah...... Memang nampak teruk sikit bila saya memakai peplum...patutlah ada saiz kecil aja.. Orang besar macam saya akan nampak lagi kembang dan pendek. Saya boleh bergaya di rumah..ya dalam rumah... tak salah kan? Macam Ustaz Azhar cakap.. Kalau dalam rumah sendiri nak pakai seluar sendat dan baju bareback pun boleh...untuk suami. In shaa Allah lusa bolehlah saya pakai sebab belum dikelim bahagian dalamnya.
Saya belajar menjahit ni dari pemerhatian dan cuba jaya. Saya pernahlah lihat arwah mak saya menjahit tetapi tak pernah ingin untuk belajar pada masa itu. Tetapi semenjak berumahtangga barulah saya berani mencuba jahit baju kurung dan baju anak-anak. Saya tak pernah belajar....jeling-jeling aja. Cara saya belajar ni pelbagai...Cara pertama. Pernah semasa saya di Kelantan dulu, saya buka balik jahitan sehelai baju dan gunakan sebagai patern..hehehe. Menjadikkk....Selepas itu saya belilah kain pasang sutera, konon-kononya CONFIDENT tahap tinggi...  rupanya tak semudah memotong dan menjahit kain biasa..hasilnya baju berharga ratusan ringgit itu lebur... rosak tahap kritikal....parah...maka jadilah pakaian di rumah. Itu pertama dan terakhir saya menjahit pakaian sutera sendiri.
Cara kedua saya belajar melalui buku, saya pinjam buku di perpustakaan dan ikut langkah demi langkah sehinggalah siap baju anak-anak. Saya pernah menjahit gaun, seluar anak, sarung bantal, langsir dll melalui buku.
Kali ni saya menggunakan cara ke-3, saya belajar melalui internet...melalui blog Che Su. Saya dapat rasakan keikhlasan Che Su ni mengajar pembaca.... Pergilah ke blog beliau... berbaloi....sangat membantu. Saya ikut langkah demi langkah dan dalam masa tak sampai separuh hari dah dapat menjahit peplum ni. Mana hasilnya???
... Taraaaaa....... 
Dr Fouziah Mohd
WOOOW...kembangnya...:) Esok nak beli belt atau[un lace untuk bahagian pinggang.

 Inilah peplum XXL saya...saya beli kain 3meter tetapi hanya gunakan 2 1/4 meter sahaja. Itupun saya tak mahir nak letak patern yang telah dilukis.
Ni patern yang telah saya gunakan berpandukan blog Che Su tadi
bahagaian badan dan peplumnya
Lengan
Sekian sahaja...semoga ini menjadi peplum saya yang pertama dan bukan yang terakhir yang saya jahit. Terimakasih..
(sambil senyum sorang-sorang dan hidung pun sedikit kembang :P)

Isnin, 20 Mei 2013

DIY- makeover an old photo frame

Kepuasan dan keseronokan menjadi bualan masa kini
Macam serius aja topik utama entri hari ni...

Saya rasa puas bila lihat hasil frame yang saya makeover ni
Seronok bila dapat gunakan dan kongsi sedikit ilmu bersama anda
itu aja....
 Apa yang penting jika dah jemu pandang benda yang sama, pasti terlintas dalam fikiran.. stereotaip aja... nak juga kelainan.. nak alih tempat, nak ubah warna,nak tambah iru dan ini.nahhhhhh.. ini salah satu idea yang boleh dicuba. Zaman sekarang ni, penjimatan menjadi perkara utma untuk difikir dan diamalkan. Nanti boleh cuba makeover ni.   Saya amat yakin jika anda yang hias pasti lebih cantik lagi
bahan yang diperlukan hanyalah
foam berwarna
gam panas
manik, labuci

Dr Fouziah
Bunga atas sebelah kiri
- Lukiskan corak bunga dengan menggunakan pensil dan gunt
- Untuk daunnya pula,saya gunakan foam sheet berwarna hijau.
- Lekatkan dengan gam panas/ hot glue
- Untuk hiasan pada bahagian tengah, saya lekatkan manik lebihan menjahit tudung
Bunga kecil, atas sebelah kanan.
- Saya gunakan cetakan kuih raya berbentuk bunga
- Sediakan 2 keping- satu untuk dasar 
- Bahagian tengah bunga, saya hanya potong sedikit dan selisihkan bagaian tepi agar membentuk 3D 
- Lekatkan dengan gam panas dan jangan lupa labuci untuk menceriakannya.
Inilah hasilnya
Dr Fouziah
 

  

Selasa, 14 Mei 2013

Simple craft- DIY- APRON UNTUK ANAK BUJANG

Esok Ewan nak pinjam apron mama, cikgu suruh bawa.
Nak buat apa?
Esok kan Ewan periksa seni, cikgu suruh pakai apron supaya tak kotor baju.
oooooo..OK..boleh..tapi apron yang lama aja ada...
Tak apa ma, asal tak kotor baju
Mama jahit yang barulah
Tak payahlah ma....errrr..ma pandai ke jahit apron?
(Dalam hati saya... Ewan..Ewan.. mama boleh jahit baju kurung lagi tau.. apron lagilah senang...namun bukan begitu penilaian seorang anak..sebab dia jarang melihat mamanya mengadap mesin jahit)
Tak apa , mama jahitkan yang baru..sekejap aja..kalau tak sempat siap..bawa apron lama mama..Ok..
Boleh jugok ma.
Anak-anak ni datang dengan perangai dan sikap yang berbeza..ada ketika menjadi cabaran yang berat dan hebat.. ada ketika mejadi ubat yang mujarab. Semuanya menambah pahala dan dosa jika tersilap caturan.
Berbalik dengan kisah tadi, maka... mulalah saya mencari corak kain yang sesuai dengan budak lelaki (saya gunakan kain yang menjadi cadarnya semasa kecil.. masih elok tersimpan)
Saya nak kongsi apa yang telah saya lakukan semoga dapat dijadikan aktiviti keluarga..agar mereka lebih menghargai...
3/4 meter kain bercorak- (kain 1m tapi hanya 3/4 aja yg saya guna- jika nak lebih kecil pun tak apa).
30cm x 1m kain kosong- (utk bahagian bawah dan poket)
span nipis
kain felt 

- Ukur saiz apron-  Hampar apron contoh dan potong-saya guna saiz apron saya di dapur sebab
anak nak yang besar dan labuh.Lebar apron ni lebih kurang 0.5m.
- Jahit keliling dengan melipat 1.5cm kecuali pada bahagian bawah.
Dr Fouziah Mohd

- potong kain bercorak 0.5m x 6cm sebanyak 3 keping(2 untuk tali apron di pinggang... 1 untuk tali apron di leher).
Dr Fouziah Mohd
 -Jahit dan terbalikkan bahagian tali tadi-Gosok sehingga rata dan kemas.
Dr Fouziah Mohd
-Jahit untuk melekatkan tali dipinggang dan di leher.
- potong kain kosong 7cm x 0.5 m untuk hiasan bawah(saya potong 0.5 sebab lebar apron tadi 0.5m)
 Dr Fouziah Mohd
 - Jahit dan gosok kemas bahagian hiasan tersebut.
- Untuk poket- boleh mengikut kreativiti masing-masing.
Dr Fouziah Mohd

Dr Fouziah Mohd
saya gunaka pemegang periuk lama sebagai alas ..reuse..kalau ada span lagi baik

Dr Fouziah Mohd
- saya menyediakan poket berbentuk kereta.
-Potong mengikut corak yang dipilih dan alaskan dengan span yang agak tebal- bagi memastikan kereta tu berdiri tegak...kalau tak...tak cantik...
- Jahit untuk lekatkan poket pada bahagian tengah apron.
-Saya gunakan kain felt untuk hiasan- tayar, cermin , pemegang dan lampu kereta.

Dr Fouziah Mohd
Foto yg blur.. silap fokus ni..

-Gunakan gam panas untuk melekatkannya.(Ewan sibuk menolong saya mengunting kain felt, menyusun dan melekatkannya dengan gam panas).
 - Inilah model yang akan mengayakannya di sekolah esok.
Dr Fouziah Mohd
Ewan yg semakin 'masak'  kulitnya semejak  menyertai sukan memanah
Cuba tau..so easy...   
Ternyata amat mudah menyiapkan apron ini.. tak sampai 1 jam...semua dah siap.. aktiviti yang baik untuk keluarga.

Khamis, 31 Januari 2013

pencil case/ bekas pensil (2)

.

This pencil case requested by my daughter as a present to her best friend.

Kalau bercakap pasal hadiah ni, anak-anak sekarang beruntung...sekejap-sekejap nak beli itu...ini...nak beli hadiah untuk diri sendiri (reward our self katanya). Saya dulu paling terror beri hadiah tisu kepada kawan baik.. hari guru pun beri hadiah tisu kepada guru, tisu poket... kalau sempat simpan duit belanja bolehlah beli sabun mandi kepada guru. Masa saya ceritakan yang saya hadiahkan sabun mandi kepada guru.. anak-anak saya gelak  ( nasib baik tak berguling-guling...). Mama ..tak malu ke beri benda macam tu? Sabun cap apa ma...? SABUN CAP BURUNG KAKAKTUA... gelak mereka bertambah gamat. Hahahahahaa...gelak mereka lagiiii...lah panjang... Kalau nak mahal sikit beli sabun LUX..yang ada gambar Sharipah Aini... gambar Uji Rashid Wangi sikit cikgu tu. SEKARANG ni.. kalau melancong ke mana-mana, anak akan belikan hadiah macam-macam untuk kawan (mak dengan ayah yang bayarkan..itu bezanya). Birthday kawan pun beri hadiah, terasa macam dah terlalu banyak memberi tapi tanpa rasa tanggungjawab. Mereka memberi tanpa mengumpul duit sendiri bukan macam zaman saya dulu. Birthday kawan belikan teddy bear...kad... key chain... coklat ...pendek kata.. macam-macam. 

Berbalik kepada request dia tadi...Kalau buat sendiri hadiah lagi bagus kan?.. So dengan bermalas-malasan anak saya pun bantu saya... akhirnya hanya 20% yang saya siapkan, selebihnya  anak saya selesaikan. Biar dia rasa tanggungjawab sikit, asyik minta itu ini..bersusah tak nak. Kalau dah tahu caranya bukanlah susah pun, perlu rajin dan kreatif sikit. Cara membuatnya dan bahan-bahannya sama dengan entri sebelum ni cuma reka bentuk berbeza, citarasa wanita katanya... inilah bentuk velco yang dijahitkan bagi menggantikan zip. sama seperti entri terdahulu

Ini yang dah siap dijahit berbentuk bekas pensil yang boleh memuatkan macam-macam ( Burger pun boleh kot...)

Kemudian corak LOVE dilukis dan digunting kepada beberapa saiz

warna yang berbeza agar lebih menyerlah

ada huruf-huruf lagi...suka hati dia ajalah...dia yang buatkan... Saya tumpang senyum. Tapi saya yang jahitkan  untuk lekatkan LOVE dan nama.
Bila saya cakap: Dulu kan belajar Kemahiran Hidup
Anak saya jawab: Cikgu tak bagi guna mesin jahit, takut terkena tangan dan takut rosak.Betul mama.
Biar betul anak saya ni....... nanti nak siasat.... Bukan boleh telan 100%. Entah-entah cikgu cakap lain, lain yang difahamnya.

Inilah rupa yang dah nak siap
Wajah terakhir bekas pensil ni lupa diambil gambar. Bahagian belakang ada cendawan dan polka dot...
ayu menyerlah disebalik hitam yang menawan


 

Sabtu, 26 Januari 2013

GUBAHAN HANTARAN

Kategori SERONOK DAN GUMBIRA ..walaupun sibuk tak terkata ( konon-kononlah....) Bila datang permintaan untuk melakukan sesuatu yang mengembirakan saya..jarang saya tolak. Saya tak tolak sebab saya sangat percaya doa mereka yang tersempit sangat makbul... dan di saat saya memerlukan pertolongan.. saya butuhkan sesiapa sahaja menolong saya. Jadi, ringan-ringankan tulang utk menolong sesiapa yang memerlukan. In shaa Allah, ganjaran Nya akan datang kepada anda.  Allah akan kurniakan kemudahan kepada anda dalam segala urusan anda. Percayalah.. janji Allah  jangan pertikai.
Gubahan Hantaran ini saya terima juga..begitulah kisahnya... Walaupun pening memikirkan apa nak buat.. bila nak buat.. akhirnya pada jam 11.20 malam 23 hb Januari 2013 saya berjaya menyiapkan gubahan hantaran ini. 24 hb  Feb majlis akad nikah. Kalau diperhatikan memang biasa-biasa sahaja tetapi bagi saya ini LUAR BIASA sebab saya buat dengan kasih sayang. 

Saya nak kongsikan bersama pembaca, moga selepas ini pembaca boleh jadikan panduan dan mudah-mudahan mendapat cetusan idea.
Biarlah gambar yang berkata-kata, moga segalanya indah di mata (bahasa puitis sambil meluruskan kaki....)

 Gubahan tuala
Dr Fouziah
 Gubahan kain pasang
Dr Fouziah
 Gubahan telekung sembahyang
 Gubahan kasut dan beg
 Gubahan sejadah
Dr Fouziah
Gubahan buah-buahan 
Dr Fouziah
 Gubahan cincin 
Gubahan bedak2
Dr Fouziah
Gubahan Mas kahwin dalam Album-paling  mudah digubah dan paling mahal....harganya
Dr Fouziah