sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 20 Mei 2012

KISAH DALAM BAS - Kena Raba


Kak, kak.... boleh saya nak duduk sebelah kak?( Nasib baik dia panggil kak..kalau mak cik...heeee)
Dah ada orang.. dia turun... ke tandas.
Kenapa...?
Tak apalah kak..saya tanya orang lain.
(Ish budak ni.. kita tanya tak nak cakap pulak, apa hal agaknya..  budak-budak zaman sekarang ni berapa kerat sangat yang tahu jaga hati orang tua dewasa)
Peristiwa ni berlaku semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.  Ketika itu bas berhenti rehat di Hentian Chendor. Di sini menjadi tempat rehat untuk beberapa buah syarikat bas ekspres)
Saya menoleh ke belakang, memerhatikan gelagat gadis tu mundar-mandir dengan muka gelisah dan tetiba dia turun daripada bas.
(Apa hal dengan dia ni.. macam dalam kesusahan tapi, entah-entah sakit tak?? Atau nak ke tandas?)
Mata saya terus melekap, memerhatikan gadis tadi, berdiri tak jauh daripada bas (Agaknya baju kurung dia tu tak mampu menghalang kesejukan penyaman udara...Sejuk agaknya). Kalau naik bas saya memilih untuk memakai baju -t , sweater, stokin, jeans dan shawl/ selimut.(Agaknya dia ni nak direct ke kuliahlah kot)
Tak lama.... gadis tadi menjengah muka di pintu masuk bas dan terus duduk di sebelah saya dengan raut muka yang menyimpan seribu rahsia (Ya Allah.. tadi saya dah cakap..sebelah saya dah ada penumpang, sekejap saja kot). Saya terus menyapa (Kita orang dewasa... tak salah memulakan sesuatu yang baik)
Sejuk ke?
Tak kak, takut..
Haa..Takut apa? Takut apa?
Orang sebelah saya kak..GALOK ( ini bahasa Terengganu yang membawa maksud MIANG).
Mana... mana orang tu? Kenapa? (soalan saya menjadikan gadis itu bertambah gelisah..macam soal siasat polis)
Tak tahu ke mana dah... tadi ada... dia turun tadi..saya takut kak..
Dia buat apa?
Tangan dia gosok peha saya kak... dari Kemaman tadi lagi.
Astargfirullah...
Kadang-kadang dia gesel muka dia ke bahu saya..
saya takut kak..
Haaa... jahatnya ..cam tak dia? Pak cik ke orang muda? (bukan apa..saya tanya pak cik atau orang muda..saya tahu..sama-sama salah... kalau pak cik ada cara nak settlekan... macam samsenglah pulak)
Budak muda lagi kak, baya saya.
Ok..Ok.. awak duduk dulu di tempat awak.. kalau dia datang.. awak datang ke depan..
Tak naklah kak
Tak apa.. boleh diselesaikan...( gadis ini menunjukkan kegelisahan yang tinggi..gangguan fizikal dan emosi terhadapnya).

Si gadis tu pulak...kenapa senyap..yang ni saya cukup marah..seolah-olah merestui..
Saya siap ajarkan lagi..lain kali..bangun dan ke depan, maklum kepada driver..biar bas tu terus ke balai polis..
Yang lelaki tu pulak..apa penyakit tu.. terangsang tetiba.. macam kemaruk sangat agaknya
Tak dinafikan gadis tu cantik.. taklah macam Erra Fazira.. sempurna macam kebanyakan orang..ada hidung, mata mulut..dah cukuplah tu. Tapi berbanding dengan gadis lain di dalam bas ketika itu ..dia sorang yang sopan..  Saya ingatkan gadis tu.. walau baik macam mana sekali pun, bila diganggu..bertindak...pijak kaki, cucuk dengan pin tudung, bunyikan suara marah dan yang paling penting seperti saya maklumkan terdahulu.. lari daripada terus berada dalam situasi tersebut. Kalau perlu berdiri dan ke depan.. segerakan. JANGAN BERI PELUANG.
Saya menerangkan tindakan yang bakal diambil nanti dan gadis itu faham..Gadis tu terpaksa beredar daripada seat setelah penumpang yang duduk di sebelah saya sudah tercegak di sisi..

Asyik bercerita... terkenang juga kepada si pelaku tadi..akibat ketakutan amat sangat...
Bila dah nampak (agaknya..) gadis tu ke depan dan bercerita dengan saya dan melihat mimik muka saya yang semacam nak telan orang tu...
Tak berani naik bas ...
Tak naik semula ke dalam bas..
Menyorok..

Entah ke mana dia sembunyikan diri...
Kalau pemuda tu naik.. memang nak cari nahas.. akan saya maklumkan kepada driver.. ajar sikit... Memang kena ajar.
Jenuh pemandu menunggu... membunyikan hon.. dan setelah menunggu agak lama..sehingga pemandu yang seorang lagi ke surau, tandas dan kedai untuk mencari penumpang misteri (Misteri sebab hanya kami berdua sahaja yang tahu cerita sebenar... )
Pemandu mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Bas kami adalah bas terakhir pada malam itu yang meninggalkan hentian rehat.
Pemandu tu kata.. agaknya silap bas kot..
Saya hanya membisu.. senyum..seribu cerita tersimpan..
Saya terasa sangat nak kenal dengan pemuda tu... nak ajar sikit (taklah saya ni kuat sangat..atau pandai silat atau teakwan do.. boleh marah dah cukup.. sebelum dibawa ke balai polis..lepas tu biar polis yang uruskan)
Tahu takut...
Kemungkinan dia menumpang  bas lain
..atau dia batalkan niat nak ke Kuala Lumpur
..atau dia patah balik ke Kuala Terengganu.
.. atau sembunyi di Hentian Chendor tu
.. atau dia ada di dalam bas itu..cuma tukar tempat duduk dan tarik selimut ketat-ketat (???)
Jangan sesekali buat dosa.. Allah Maha Mengetahui
Saya terlupa untuk bertanya gadis tadi.. nama, dari mana, hendak ke mana...cuma mendoakan agar dia selamat sampai ke destinasinya... sebelum melangkah turun, gadis tadi sempat bersalam dengan saya di Hentian Putra dan destinasi saya Hentian Kajang)

** Peringatan untuk anak2, gadis2, kawan2, ibu2, nenek2.. bila naik bas..pertama sekali minta single seat, kalau tidak dapat.. minta tukar tempat duduk.. Saya pernah berjumpa pemandu yang mengambil inisiatif untuk menukarkan tempat duduk penumpang sebelum bas bergerak supaya perkara sebegini dapat dielakkan. Kredit untuk pemandu tersebut dan perlu diikuti oleh semua pemandu lain.

** Bayangkan semasa ada niat jahat nak meraba bas terbabas... macam ni..kalau masih ada nyawa Alhamdulillah, jika tidak..kantoi dengan manusia dan Allah.

Tiada ulasan: