sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Selasa, 29 Mei 2012

NASI ULAM KAKDA COMEL

Wahhh..nama pun dah glammmm.....dah tercatat nama pembuatnya, yang pasti itulah si tukang masak saya tadi iaitu anak saya KakDa.  Masa cuti ni, dapur saya jadi makmal untuk kajian anak-anak buat kajian, saya biarkan aja mereka nak masak apa-apa, asalkan tahu kemas balik, jaga keselamatan dan bertanggungjawab. Kalau tak sedap dll..pandai-pandailah modify... usah sesekali buang rezeki kurniaan Nya. Cuma yang kelakarnya... semasa ke kedai dengan abahnya dia lupa resepi yang nak dibuat.. dibelinya bunga kantan 4 batang.   kacang panjang 2 ikat.....banyaknya  Kak Da.beli.. Apa-apa pun terima kasih sebab ringankan tugas mama. Bahan yang digunakan pun mudah didapati.

2 mangkuk sedang nasi putih yang panas-panas
5 batang serai
8 helai daun kaduk
1 batang bunga kantan
setengah cawan daun kesum
10 batang kacang panjang
2 cawan kelapa yang digoreng garing hingga kekuningan (kerisik)
 100g ikan kering
2 sudu lada hitam- ditumbuk halus
1 sudu belacan yang telah bakar hingga garing
secubit garam ( kalau ikan kering tu kurang masin- tambah lebih sikit)
1 sudu gula
Nasi ulam ni  semuanya jenis mentah dan digaul terus dengan nasi.. 
Bersihkan semua ulam-ulam

Potong nipis dan halus-halus (bukan macam nak diberi makan kepada kuda tau...)
Goreng ikan kering sehingga garing dan rangup.
Kisar ikan kering, belacan, garam, gula dan kelapa goreng tadi dengan pengisar kering 

Lepas tu gaul kesemua bahan tadi- lada hitam, ulam-ulam, bahan kisar dan nasi...
Dah siap pun.
Saya dan suami perah limau nipis sikit..best jugak.


**Alhamdulillah semua anak-anak saya makan ulam...Sedikit pun tak bersisa.  Faiz cakap..KakDa..esok buat lagi yer...
tapi hari ni KakDa buat mee rebus... gempak-gempak masakan..bila nak kurus ni??

BUBUR KACANG HIJAU DAN NANGKA

Cuti sekolah ni memang setiap hari paling kurang 3 kali memasak untuk keluarga. Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni dan ada anak besar ni, kalah  saya. Tapi... Bila saya sendiri suka memasak (walaupun tak sepandai mana) dan gembira bila ada yang makan..macam buku bertemu ruas.... ). Sedap atau tidak, biasanya habis masakan saya. Masakan petang ni macam biasa-biasa sahaja  tetapi agak istimewa sebab ada nangka (nangka ni pemberian jiran yang merangkap kakak ipar..tq sooo much). Dalam kepala saya duk terfikir nak goreng nangka tu... tak pun masak cucur... lepat... last2.... kacang sudah menjadi bubur...

Ni bahan dan caranya:
2 cawan kacang hijau
2 cawan santan (nak guna susu cair pun boleh)
2 cawan isi nangka ( yang telah disiang- potong memanjang) 
gula melaka (yang ni mesti ikut selera masing2 - saya guna 1 cawan penuh- kalau nak guna gula pun boleh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
secubit garam

Basuh dan rebus kacang hijau hingga empuk
Masukkan gula melaka, isi nangka,daun pandan dan garam
Kemudian masukkan santan (kalau terlalu pekat boleh ditambah air panas ke dalam bubur tadi)
Rasakan manis- bila dah cukup....
Pecahkan telur- pukul sedikit dan masukkan ke dalam bubur tadi- kacau hingga rata.
Sesuai dihidangkan panas ataupun sejuk.
Saya hidangkan dalam pinggan mangkuk lama bunga ros hitam yang menawan.

** Resepi yang sangat mudah disediakan- boleh dikurangkan kandungan gula untuk kesihatan.. makan-makan juga.. eheemmm..jangan lupa bakar balik kalori yang berlebihan tu- saya baru terniat nak jogging-- > Tetiba dah nak hujan di luar tu... bakar esoklah kalori ni.. :)
 

Isnin, 28 Mei 2012

Mata Ayam

Mata ayam ni juga dikenali dengan nama saintifiknya ialah Ardisia crispa dalama famili Myrsinacieae. Pokok mata ayam mudah dijumpai di tepi semak atau dalam kebun getah. Pokok renek ni  mempunyai batang berkayu. Kalau nak biakkan pokok ni kena semailah biji atau keratan batangnya.
Apa yang special sangat dengan mata ayam ni? Kerana namakah?
Kalau sayalah, rasa daun yang sedikit masam boleh meningkatkan selera makan saya yang sememangnya sudah mantap ke tahap yang lebih mantap... cubalah... Daunnya yang agak memanjang dan bergerigi pada bahagian tepi daun menjadi pilihan untuk dimakan bersama sambal belacan atau budu. Bahagian daun juga boleh dijadikan ubat bisul..ambik daun ..tumbuk hingga hancur dan tampalkan pada bahagian bisul. Kalau digigit lipan pun boleh ditampal dengan daun ni juga. Ini rupanya daun mata ayam, yang menjadi hidangan makan tengah hari saya tadi.Dulu-dulu kalau gatal kepala....ramas aja daun ni sebab boleh menghilangkan kelemumur.

 Selain daripada daun, orang dulu-dulu gunakan bahagian akar untuk dijadikan ubat batuk, demam dan tulang patah.Boleh membuang toksid dalam badan. Nak minum macam mana? senang saja, potong akar mata ayam, basuh, keringkan dan rebus. Tapi kalau ambil akar..matilah pokok tu..  mungkin ini di antara sebab kepupusan pokok mata ayam ni... :(
 Bahagian pokok yang agak nostalgia ialah buah mata ayam. Merah pekat dan berkilat.... Buah mata ayam ni menjadi rebutan masa saya kanak-kanak dulu kerana mempunyai warna yang menarik. Rasa buahnya manis dan kelat membuat saya terleka bila memakannya tapi awas..biji buah ni tak boleh dimakan.  

Selasa, 22 Mei 2012

MELOYAKAN... JIJIK... KOTOR!

Apa tujuan saya..anda ..kita semua makan.. bukan sahaja untuk kenyang, zat, tenaga...  BAYANGkan...sebalikkanya apa yang dihidangkan kepada kita ialah sesuatu yang  meloyakan tekak kita.....
BAYANGKAN...Makanan yang dimakan.. ada rambut, bulu, ulat, lalat, kulit bawang, rumput kain, getah pengikat, plastik...ada lagi yang lebih meloyakan...
BAYANGKAN anda pesan nasi lemak..yang sampai ialah.. NASI LEMAK + SAMBAL BILIS + LIPAS
Foto yang dipamerkan ialah aduan yang terdapat di laman sesawang Persatuan Pengguna Islam Malaysia

 
 ini restorannya..silalah....

 
BAYANGKAN ..sandwich anda .. ada JARI MANUSIA...Peristiwa ini berlaku di Michigan, seorang budak bernama Ryan Hart, 14 tahun telah menyungah benda liat..rupanya itu adalah jari salah seorang pekerja Restoran Arby yang terpotong.  Si pekerjatu pula bila dah terpotong terus ke klinik..lupa jari yang terpotong tu..apa lagi..rakan dia teruskan kerja dan jadilah sandwich jari... boleh order ni.. uuuweeek....
Gambar sandwich jari tak ada..ini gambar budak tu
 












Inilah signage restoran tu














Ini pula kisah seorang penumpang dari Los Angeles ke Melbourne, Australia bersama anaknya yang menaiki Qantas Air.  Kacang dan buah-buahan kering yang dihidangkan turut mengandungi zat tambahan... ULAT...yang masih hidup..dah nak termuntah rasanya..


Kisah ini pula berlaku di negara kita,  nun di Utara..di Alor Star. Coklat bar yang dibeli si sebuah pasaraya untuk dinikmati mengandungi ULAT.. Rasa geli dan loya pastinya membantut selera mereka.  Coklat tu dah ada cop halal serta turut dieksport ke beberapa negara di dunia seperti UK, Hong Kong dan Singapura.
 Beli coklat, percuma ulat

Bila makan karipap di Secret Recipe tu..hati-hati.... pernah terjadi seorang pelanggan SR yang membeli karipap berharga RM6.50.  Harga yang dibayar adalah rasa asli yang sukar ditemui di tempat lain.  ULAT.... nak cuba.. sebelum tu..tengok ni...
 karipap secret recipe

Yang ni lagi power... BANGKAI TIKUS..dalam kuali.  Gambar ini diperolehi setelah Majlis Perbandaran Klang melakukan serbuan ke sebuah restoran di pusat bandar Klang.... menjijikkan. 


Artikel yang ditunjukkan ni masih dalam kategori loya dan menjijikkan... semak sama-sama...

Inilah yang dijumpai oleh pelajar tu setelah memesan dry egg noodles ( ..bukannya dry frog noodles) di Old Town White Coffee Bukit Tinggi.
 
Segalanya mungkin jika dapur restoran seperti ini


peti ais macam ni

 

 Sebagai pengguna yang bijak..JOM BERUBAH. Penyelesaiannya cukup mudah:
Makan makanan yang dimasak sendiri di rumah ..seboleh-boleh mungkin.. bukannya saya tak makan di luar..Tetapi pilihlah gerai atau kedai yang benar-benar bersih.  Elak sama sekali kedai makan yang disediakan oleh orang bukan Islam, atau diragui dalam penyediaan, bahan dan kegiatannya.  Marilah sama-sama kita ajar tekak kita untuk menerima makanan yang bersih dan HALAL.

Ahad, 20 Mei 2012

KISAH DALAM BAS - Kena Raba


Kak, kak.... boleh saya nak duduk sebelah kak?( Nasib baik dia panggil kak..kalau mak cik...heeee)
Dah ada orang.. dia turun... ke tandas.
Kenapa...?
Tak apalah kak..saya tanya orang lain.
(Ish budak ni.. kita tanya tak nak cakap pulak, apa hal agaknya..  budak-budak zaman sekarang ni berapa kerat sangat yang tahu jaga hati orang tua dewasa)
Peristiwa ni berlaku semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.  Ketika itu bas berhenti rehat di Hentian Chendor. Di sini menjadi tempat rehat untuk beberapa buah syarikat bas ekspres)
Saya menoleh ke belakang, memerhatikan gelagat gadis tu mundar-mandir dengan muka gelisah dan tetiba dia turun daripada bas.
(Apa hal dengan dia ni.. macam dalam kesusahan tapi, entah-entah sakit tak?? Atau nak ke tandas?)
Mata saya terus melekap, memerhatikan gadis tadi, berdiri tak jauh daripada bas (Agaknya baju kurung dia tu tak mampu menghalang kesejukan penyaman udara...Sejuk agaknya). Kalau naik bas saya memilih untuk memakai baju -t , sweater, stokin, jeans dan shawl/ selimut.(Agaknya dia ni nak direct ke kuliahlah kot)
Tak lama.... gadis tadi menjengah muka di pintu masuk bas dan terus duduk di sebelah saya dengan raut muka yang menyimpan seribu rahsia (Ya Allah.. tadi saya dah cakap..sebelah saya dah ada penumpang, sekejap saja kot). Saya terus menyapa (Kita orang dewasa... tak salah memulakan sesuatu yang baik)
Sejuk ke?
Tak kak, takut..
Haa..Takut apa? Takut apa?
Orang sebelah saya kak..GALOK ( ini bahasa Terengganu yang membawa maksud MIANG).
Mana... mana orang tu? Kenapa? (soalan saya menjadikan gadis itu bertambah gelisah..macam soal siasat polis)
Tak tahu ke mana dah... tadi ada... dia turun tadi..saya takut kak..
Dia buat apa?
Tangan dia gosok peha saya kak... dari Kemaman tadi lagi.
Astargfirullah...
Kadang-kadang dia gesel muka dia ke bahu saya..
saya takut kak..
Haaa... jahatnya ..cam tak dia? Pak cik ke orang muda? (bukan apa..saya tanya pak cik atau orang muda..saya tahu..sama-sama salah... kalau pak cik ada cara nak settlekan... macam samsenglah pulak)
Budak muda lagi kak, baya saya.
Ok..Ok.. awak duduk dulu di tempat awak.. kalau dia datang.. awak datang ke depan..
Tak naklah kak
Tak apa.. boleh diselesaikan...( gadis ini menunjukkan kegelisahan yang tinggi..gangguan fizikal dan emosi terhadapnya).

Si gadis tu pulak...kenapa senyap..yang ni saya cukup marah..seolah-olah merestui..
Saya siap ajarkan lagi..lain kali..bangun dan ke depan, maklum kepada driver..biar bas tu terus ke balai polis..
Yang lelaki tu pulak..apa penyakit tu.. terangsang tetiba.. macam kemaruk sangat agaknya
Tak dinafikan gadis tu cantik.. taklah macam Erra Fazira.. sempurna macam kebanyakan orang..ada hidung, mata mulut..dah cukuplah tu. Tapi berbanding dengan gadis lain di dalam bas ketika itu ..dia sorang yang sopan..  Saya ingatkan gadis tu.. walau baik macam mana sekali pun, bila diganggu..bertindak...pijak kaki, cucuk dengan pin tudung, bunyikan suara marah dan yang paling penting seperti saya maklumkan terdahulu.. lari daripada terus berada dalam situasi tersebut. Kalau perlu berdiri dan ke depan.. segerakan. JANGAN BERI PELUANG.
Saya menerangkan tindakan yang bakal diambil nanti dan gadis itu faham..Gadis tu terpaksa beredar daripada seat setelah penumpang yang duduk di sebelah saya sudah tercegak di sisi..

Asyik bercerita... terkenang juga kepada si pelaku tadi..akibat ketakutan amat sangat...
Bila dah nampak (agaknya..) gadis tu ke depan dan bercerita dengan saya dan melihat mimik muka saya yang semacam nak telan orang tu...
Tak berani naik bas ...
Tak naik semula ke dalam bas..
Menyorok..

Entah ke mana dia sembunyikan diri...
Kalau pemuda tu naik.. memang nak cari nahas.. akan saya maklumkan kepada driver.. ajar sikit... Memang kena ajar.
Jenuh pemandu menunggu... membunyikan hon.. dan setelah menunggu agak lama..sehingga pemandu yang seorang lagi ke surau, tandas dan kedai untuk mencari penumpang misteri (Misteri sebab hanya kami berdua sahaja yang tahu cerita sebenar... )
Pemandu mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Bas kami adalah bas terakhir pada malam itu yang meninggalkan hentian rehat.
Pemandu tu kata.. agaknya silap bas kot..
Saya hanya membisu.. senyum..seribu cerita tersimpan..
Saya terasa sangat nak kenal dengan pemuda tu... nak ajar sikit (taklah saya ni kuat sangat..atau pandai silat atau teakwan do.. boleh marah dah cukup.. sebelum dibawa ke balai polis..lepas tu biar polis yang uruskan)
Tahu takut...
Kemungkinan dia menumpang  bas lain
..atau dia batalkan niat nak ke Kuala Lumpur
..atau dia patah balik ke Kuala Terengganu.
.. atau sembunyi di Hentian Chendor tu
.. atau dia ada di dalam bas itu..cuma tukar tempat duduk dan tarik selimut ketat-ketat (???)
Jangan sesekali buat dosa.. Allah Maha Mengetahui
Saya terlupa untuk bertanya gadis tadi.. nama, dari mana, hendak ke mana...cuma mendoakan agar dia selamat sampai ke destinasinya... sebelum melangkah turun, gadis tadi sempat bersalam dengan saya di Hentian Putra dan destinasi saya Hentian Kajang)

** Peringatan untuk anak2, gadis2, kawan2, ibu2, nenek2.. bila naik bas..pertama sekali minta single seat, kalau tidak dapat.. minta tukar tempat duduk.. Saya pernah berjumpa pemandu yang mengambil inisiatif untuk menukarkan tempat duduk penumpang sebelum bas bergerak supaya perkara sebegini dapat dielakkan. Kredit untuk pemandu tersebut dan perlu diikuti oleh semua pemandu lain.

** Bayangkan semasa ada niat jahat nak meraba bas terbabas... macam ni..kalau masih ada nyawa Alhamdulillah, jika tidak..kantoi dengan manusia dan Allah.

Sabtu, 19 Mei 2012

DAUN PISANG TIRUAN

Kreatif betul manusia ni......
Memang tak sama dan jauh sama sekali dengan ciptaan Nya.
Bila manusia yang lemah yang cipta pasti banyak kekurangan dan mudaratnya.
Penggunaan bahan kimia tidak dapat dielakkan.. tetapi sebagai pengguna kita semua boleh elakkan..atau kurangkan...cari alternatif lain.
Kalau dilihat contoh daun pisang ni, mungkin masyarakat Melayu kurang menggunakannya sebagai alas makanan, tetapi kaum India menjadikan daun pisang sebagai pelapik makanan yang popular di kebanyakan restoran. Memang cantik ciptaan ini.
alt
Alasan kekurangan  serta kesukaran mendapatkan daun pisang sebenar/asli menjadikan alasan kepada peniaga untuk menggunakan daun pisang tiruan ni.  Murah dan Berbahaya untuk kesihatan Itulah nilai harga yang dibayar. Hidangan lazat di atas daun pisang ini juga menghidangkan bahan kimia berbahaya kepada diri kita.
alt
Perhatikan jika pelapik ini digunakan untuk meletakkan makanan panas...bahan kimia daripada plastik, kertas kitar semula dan pewarna hijau itu akan menjadi sebahagian daripada mudarat yang percuma untuk diri sendiri. Berbanding dengan daun pisang asli. Sama-sama kita lihat kelebihan daun pisang:
  • Mengeluarkan bau yang wangi (Nasi lemak yang diletakkan di dlam daun pisang pun sama....wangi..menambah selera).
  • Daun pisang asli mengandungi polyphenol yang hampir sama dengan khasiat teh hijau.
  • Mengandungi bahan yang membantu sistem penghadaman dan menyembuhkan ulser.
  • Membantu dalam proses duretik dan sistem buah pinggang.
  • Bebas kimia.
  • Mudah diuraikan.
  • Bebas pencemaran alam.
 Bahagian lapisan atas daun pisang mengandungi bahan anti-bakteria yang boleh membunuh bakteria dalam makanan dan mencegah penyakit. Wajar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penggunaan daun pisang tiruan ni... dan di pihak saya...
Dah nampak peluang bisnes ni....
Mari kita usahakan kebun pisang... 
jual daun.... jual buah... 
Bila nak mulakan?
*** saya termenung sambil mengunyah nasi lemak beralas daun pisang..:)
di depan saya ada lepat berbalut daun pisang, juga pulut panggang..juga menggunakan daun pisang.




Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU-PEPERIKSAAN..DULU-DULU

 

Semperna Hari Guru. Mari generasi baru dan lama mengimbau perubahan yang telah dilalui oleh guru dan pelajar dalam elemen peperiksaan umum semenjak dulu hingga kini.

Saya mengambil UPL = Ujian Penilaian Darjah lima

dan juga SRP = Sijil Rendah Pelajaran

dan SPM = Sijil Pelajaran Malaysia

ANDA?

Sama-sama kita semak fakta-fakta ini:.....jomm.............

Peperiksaan Sekolah Rendah

  • 1957 MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
  • 1963 MSSEE dimansuhkan
  •  1967 PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
  •  1973 UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
  •  1982: UDT dimansuhkan
  •  1988  PDL dimansuhkan
  • 1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah

  • 1957: LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
  • 1957: OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
  • 1957: FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
  • 1957: QT ( Qualifying Test) dimulakan
  • 1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
  • 1961: UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
  • 1962: SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
  • 1964: SPPTM dimansuhkan
  • 1964: FMC dimansuhkan
  • 1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
  • 1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
  • 1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
  • 1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
  • 1969: SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
  • 1976: Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
  • 1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
  • 1982: HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
  • 1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
  • 1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
  • 1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
  • 1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
  • 1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
  • 1991: KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
  • 1992: Tahun terakhir bagi SRP
  • 1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
  • 1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Zara Shafuddin nikah bukan Islam??

di gereja???  Gambar diperolehi daripada laman web TelegraphNicholas Rudd

Zara, 26 tahun berkahwin dengan Nick Rudd ( bukannya Nik Rudi....) Kedua-dua pasangan ialah peguam. Zara Shafuddin.... namanya membayangkan yang dia seorang Melayu dan keturunan Islam.
Tetapi majlis berlangsung di St James Church, Sydney, Australia.  Bagaimana tu? Sebagai seorang peguam yang hebat dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Zara pernah memenangi beberapa anugerah semasa belajar seperti anugerah kecemerlangan akademik untuk 5% pelajar terbaik di Universiti Griffith. Hebat tu.  Banyak lagi anugerah yang diterima oleh Zara.. hebat-hebat semuanya.Kebanyakannya mewakili universiti ke peringkat antarabangsa  Pendidikan awal Zara di Jerudong International School, Brunei. Semuanya hebat tetapi adakah pemikiran dan agamanya juga hebat? Semoga Zara dapat berfikir waras. Juga semoga anak-anak dan pelajar-pelajar kita di luar sana  menjadikan ingatan dan sempadan.
Nick Rudd wedding


Siapa Kevin Rudd?
Dia merupakan bekas perdana menteri Australia dan isterinya Therese Rein begitu berbangga dan gembira dengan perkahwinan anak sulung mereka.  Perkahwinan yang dihadiri rakan terdekat dan kaum keluarga itu dihiasi indah dengan ros, lili dan stephanotis ( bawah ni imej stephanotis)...dengar pun dah macam meriah.


Bila orang macam Zara nikah dengan anak VVIP...pasti mendapat liputan hangat.  Bagaimana dengan yang lain..bukan VVIP.. nauzubillah..

Isnin, 14 Mei 2012

Disebalik Kota Bandung

Kepenatan berjalan menyebabkan saya berehat panjang di bilik.. Selepas Asar, agak lewat petang barulah keluar menyusuri Jalan Champelas.  Kalau saya terus masuk dan melihat toko-toko yang ada, pasti masa saya kehilangan  di situ sahaja.. Saya meneruskan misi mengenali di sebalik kota.. apa yang ada.... Saya tak bosan menghalakan kamera kepada aksi dan suasana..Saya teringat kata-kata seorang sahabat.."kita akan nampak apa yang kita minat..jika kita minat bunga.akan nampaklah bunga tu di mana-mana, kalau tak nampak kita akan berusaha untuk cari...supaya nampak" Macam sayalah, sebab fokus saya kepada life in Bandung.. nampak life merekalah. Eheeemm...tak nak tipu....shopping jugak sikit2..yang shopping tak perlu tunjuk.nanti saya takabur..:)

Perjalanan santai saya dengan gaya pakaian seperti orang tempatan membuatkan diri saya selesa. Bila ke Indonesia, elakkan memakai baju kurung atau kebaya..jika tidak anda pasti menjdi tumpuan penjual di sana. Semasa jejalan kelihatan banyak replika untuk menarik pembeli.  Ini antara replika superhero dan karektor yang dibina
ada lagi...
Setelah snap gambar, baru perasan ada penjual SIOMAY. Saya termenung bila dihulurkan cili api sebanyak 5 biji.....terus bertanya.....untuk apa ini? Barulah saya tahu..rupa-rupanya  Siomay ni tahu goreng yang dimakan dengan cili api/padi....pelik2 makanan  mereka. Saya tak mampu nak telan cili api tu..makan siomay saja..Saya beli dan sempat berbual-bual dengannya. Manis orangnya..berlesung pipit lagi tu....  Hasratnya nak datang ke Malaysia untuk bekerja..

Jangan salah faham... ini bukan anggota badan lembu tau.... ini CORNED BEEF.. di sini namanya KORNETKU.  Mula-mula terasa kelakar, apa tak nya..saya dah terbayang yang bukan-bukan. Bila ditanya penjual... oooo...baru tahu...rupanya daging lembu yang ditinkan.....bersama-sama garam..sudah masak.  Kalau di kampung saya..mahunya dikejar dengan parang kalau minta KORNETKU..

Satay yang dijual agak berbeza sebab kalau di Malaysia, ianya diperap duluan ( ish.... dah jadi Indonesia dah...) tapi disini direnjis rempah semasa bakar.. makan dengan lontong dalam daun pisang. Nampak macam menyelerakan tapi saya tak makan. Masih kenyang.


Ini pula IKAN EMAS yang telah digoreng... tapi saya nampak macam ikan sepat yang besar aja.....kalau perut lapar terasa juga nak makan. Saya ni jenis suka mencuba makanan ..asalkan halal...why not....

SOTO pun ada yang SULUNG ke? Jangan pula nanti minta SOTO BONGSU ATAU SOTO TENGAH..mengada-gadalah tu.  Ini sejenis Soto Madura, nama lain di sana ialah soto Sulung atau Soto Ambengan.  Berbeza sedikit dengan soto biasa, kuahnya ada kunyit sedikit. Ada soto Bandung...soto Banjar, Betawi, Makassar, Padang dll.
Saya melepasi sekolah agama ..SMA Pasindan. Indonesia terkenal dengan tempat pembelajaran agama Islam

 Saya meneruskan langkah dengan harapan dapat melihat perkampungan masyarakat  tempatan.  Hasrat saya tertunai setelah saya melalui lorong kecil menuruni bukit.  Baru saya tahu, rupanya Jalan Champelas tu di tempat tinggi. Agak curam jugak. Lorong yang hanya boleh dilalui oleh dua orang (baru saya teringat  warung bergerak semalam. Patutlah kecil aja warung bergerak tu.. untuk muat2 sahaja laluan ni.....)
Laluan ke rumah-rumah penduduk

 Berdebar jugak saya..dup dap..dup dap.. tapi naluri nak lihat dan kenal tu lebih lagi.  Saya mengatur langkah dan melewati lorong sempit dengan rumah yang padat. Terbayang rumah saya dan kejiranan yang lapang dan selesa. (selesa kadang-kadang membuat kita leka).

Saya betul-betul respek ketabahan dan usaha mereka... tengokdi bawah ni..di lorong yang sempit tu pun masih ada yang menggunakan peluang untuk berniaga.  Kalau di kampung kita tu..... mesti ada yang kena tegur.  Lihat kepada meja makan dan tempat duduk mereka.. Saya membeli keropok atau kerepek... dan disapa mesra oleh tuan punya kedai makan.. bahagian dalam dibina kedai runcit tau.. sempit dan padat dan dimanfaat sepenuhnya ruang. Jiran mereka datang dan bercerita yang dia pernah pergi ke Malaysia, kerja ladang di Pahang. Lumayan katanya..tetapi terpaksa pulang kerana tiada passport... 
Di sebelah perkampungan ni terdapat tanah kosong yang akan dibina pasaraya besar.  Harap-harap kedatangan saya selepas ini  akan dapatlah saya shopping di situ.


Ini signage yang saya temui berhampiran masjid...
 Sebaik saya melewati Masjid Mungsolkanas...,azan Maghrib berkumandang.



Ada koperasi...

Saya membuat keputusan untuk keluar dari kampung itu disebabkan malam telah menjengah wajah.. Apa-apa pun keselamatan diri kena jaga, sebab beberapa orang penduduk telah tahu saya dari Malaysia. Apa-apa pun mereka baik dan ramah.
My next destination.....RUMAH MODE...ini tempat terkenal untuk membeli belah... Taklah membeli banyak sangat..sekadar cuci mata.. Orang kata..kalau datang ke Bandung tak ke Rumah Mode..tak sah.. itu kata orang..eheeemmmm..ari ni nak ikut kata oranglah....
Suasana malam yang cantik di sini

Banyak masa saya habis di sini....Setelah membeli ala kadar.. tapi barang-barang/ kain baju agak murah di sini. Setelah penat berjalan saya menghala pulang dan sekali lagi menyusuri laluan sibuk... ada mesin air teh lagi..Indonesia Brand..POCI. Mesin ni menyediakan teh ais dengan penutup plastik (seal) macam air mineral cawan tu... kemas..

Tak jauh dari situ ada KETAN BAKAR. Ketan tu ialah pulut. Kalau di tempat kita macam pulut panggang tapi di sini tak dibalut dengan daun pisang. Wangi menyusuk hidung..lagi berselera dengan teh POCI tadi.


Lihat bentuk pulut bakar tu..kita pun boleh buat..dicucuknya buluh dan dibakar...




Bila sudah garing dan wangi..buluh ditanggalkan dan dibelah untuk dimasukkan serunding ikan.


Saya dah banyak jelajah sana-sini. enjoy sorang-sorang.  Makan, minum, rehat, shopping dan duduk di tepi-tepi jalan atau di depan gedung-gedung jualan. Saya perhatikan gelagat tourist dari Malaysia..memang dapat dibezakan... nampak macam JUTAWAN...hehhehe... Dah malam... Alhamdullillah..seronok... malam esok sambung lagi.

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA - CAHAYA OKTOBER PIN GEJALA RASUAH DAN KESANNYA Oleh: Norhafifi Yahya Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. GEJALA RASUAH DAN KESANNYA


Oleh: Norhafifi Yahya- Cahaya Oktober
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

                Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

                Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

                Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                  (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
                “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a)       Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b)       Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c)       Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d)       Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat  menyiapkan projek dan sebagainya.
e)       Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT
-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

 # atau boleh link terus ke:  http://www.islam.gov.my/search/node/rasuah

Sabtu, 12 Mei 2012

Semua ada di sini-Bandung

Setelah breakfast di hotel.. saya meneruskan perjalanan mengenali Bandung. Mata saya tak perlu meliar untuk mencari apa yang menarik..semua menarik untuk saya tumpukan mata. Di sini kambing di jual di tepi jalan. Praktikal kan? Susahnya nak snap pic bila dalam angkot. Separuh perjalanan saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki...

Sepanjang masa menapak saya temui warung bergerak di mana-mana, tak perlu habiskan masa ke restoran..semua datang di depan mata anda. Lontong kari pun ada...
Apa yang menarik.. peniaga ini punya moto "BERANI,  KERJA JUJUR DAN SELALU BERSYUKUR", menarik kan?














Pisang pun ada di tepi jalan..cara pamer yang menarik
Cakue ni saya berani makan, sedap dan rangup.
Ni pula peniaga batagor, saya pun cuba juga. BATAGOR ni ialah tauhu goreng, dan yang ni digoreng dengan kulit wantan dan didalamnya ada isi ikan.  Bila lihat ada orang muslim yang membelinya..saya pun nak cubalah.... Rangup dan dihidangkan bersama sos cili dan kicap. BATAGOR = Bakso Tahu Goreng, di Indonesia terkenal dengan singkatan (akronim).
bukan itu sahaja....kalau nak makan bubur ayam pun boleh
Ini deretan gerai bergerak yang berada di lokasi strategik di Kota Bandung. Bukan di sini sahaja..kebanyakan tempat..beginilah caranya.
Mata saya tertumpu kepada peti pos lama yang masih berfungsi...lihat tu...antik..

.
Perjalanan saya menyusuri jalan2 sudah agak jauh, saya meneruskan perjalanan untuk pulang dengan menaiki angkot. Mata masih tertumpu kepada cara mereka berjualan. Setiap ruang adalah tempat untuk mencari rezeki.... Majalah..penyapu....kulit kayu....tikar kulit kayu pun ada.. semuanya di Jalan Dr Curie
 Perut pun dah berkeroncong macam lagu" KERONCONG UNTUK ANA'..saya pun berhenti KIRI....KIRI...
Akhirnya sampai di sebuah restoran yang agak special, Restoran GARUDA. restoran masakan minang. Layanan mesra serta diiringi alunan muzik lembut. Tetapi bila dah makan seorang diri..taklah terlalu banyak yang dipesan,.sekadar-kadar sahaja. Saya makan gulai nangka, sambal terung hijau, rendang ayam..memang sedap.
 Jus avocado ---> jus alpokat..jus ni berharga RM1.60..di Msia menceceh RM6.
Alhamdulillah..kenyang perut suka hati.. dah penatlah..
saya nak berehat seketika, balik ke hotel dan solat.. petang nanti nak teruskan lagi perjalanan.

Perjalanan saya pada hari itu cukup bermakna..membuat saya berfikir panjang..muhasabah diri, keluarga....


Dalam siri jelajah kota menghala balik ke hotel..saya menemui seorang peniaga yang menjual tapai.. di atas beca..dalam jumlah yang banyak..di bawah pokok.. setia menagih rezeki. Bakul kecil di bahagian belakang tu untuk pembeli yang membeli dalam kuantiti yang banyak.
 Ini rupa tapai ubi kayu yang dijualnya..nampak macam manis, cuma saya menjaga "perut"..agar tak beronar......
 
 Petang nanti nak jejalan lagi...