sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2015

Ikan Bebaru Goreng

Sesekali ke pasar membuat saya teruja. Teringat masa kecil2 dulu..paling menyeronokkan ialah menimba pengalaman bersama kedua ibu bapa.  Mak seorang peniaga kedai runcit dan barangan dapur, paling tidak mak ke bandar  dua kali seminggu. Pasar kedai Payang dan kedai sekitar Jalan Banggol, Jln Kg Cina dan Jalan Tok Lam merupakan pusat perniagaan utama semenjak dahulu sehinggalah tahun 1990an. Kini dah lenggang dan tak semeriah dulu.  Dahulu sepanjang jalan dipenuhi dengan' teksi'...bukan kereta teksi tetapi beca. Orang Terengganu panggil beca tu sebagai teksi.   Jika hari Sabtu..ini peluang keemasan saya untuk mengekori ke mana mak pergi.  Sehinggakan aunty peniaga mee dan kenal betul dengan saya. Pak Cik Teksi ( dipanggil 'gatih teksi) dah mengingat nama saya. Mentelah peniaga-peniaga melayu dan rempah ratus tidak lekang memanggil dan menghulur makanan, ada yang pegang tangan gebu saya tu, usap kepala dan mengusik-usik. 
Nostalgia ke pasar saya akan sambung pada catatan akan datang.. kalau tak... tak memasaklah saya hari ni... bebalik cerita asal...Saya anak nelayan yang tidak kenal jenis-jenis ikan.  Mulut ni berat nak bertanya nama ikan yang dijual, bila peniaga ikan  sebut nama ikan...kadang-kadang saya angguk kepala tanda mengiyakan. Nama yang tidak pernah saya dengar pun ada.  Kebanyakannya saya saya hanya tunjuk dan tanya harga. Ikan yang saya beli ni nama Bebaru..tetapi bila saya semak di WEB TENTANG IKAN  ikan bebaru lain rupanya. Sesiapa yang kenal bolehlah beritahu saya. Untuk kali ni saya kekalkan nama BEBARU...

Lihatlah rupa ikan ni...
Maaf terlebih kelar ( kalau masa anak dara dulu..kalau saya hidang ikan yang tak dipotong sirip atau ridip dah ekor...kena marahlah... ANAK DARA MALAS...)
Percubaan pertama memasak ikan adalah lebih selamat digoreng sebab bau hanyir tidak terasa sangat.
Ikan ni dibersihkan dan dilumurkan dengan garam,serbuk kunyit dan serbuk cili. Panaskan minyak dan goreang sehingga garing.
Rasanya sangat sedap dan manis, lain kali bolehlah beli lagi.

Rabu, 25 Februari 2015

Roti Kebab Al-Bab



Sarapan yg cepat dan sihat (daging...sihat ker?) terutama utk anak-anak yg sedang membesar.  Sumber protin boleh diperolehi daripada telur, susu, daging lembu, ayam, protin sayur pun ada.Bagi saya yang umur sudah merangkak ni, makan sebulan sekali sahaja daging lembu dalam kuantiti yang kecil.Kalau musim kenduri tu kadang-kadang terbabas juga. Berbalik kpd resepi kali ni.. selain daging lembu, terdapat juga timun dan lobak merah.Namanya Roti Kebab Al-Bab.
6 keping roti arab
4 sudu besar mentega
400g daging kisar
2 labu bawang besar
1 batang karot
1 btg timun
2 sudu besar tomato puri
6 sudu besar sos cili
sedikit garam
2 sudu teh gula
mayonis
-      sagat lobak merah dan timun- jgn terlalu halus @kalau nak potong kecil2 pun tak apa(saya nak cepat--->sagatlah pilihan terbaik)
-      Panaskan kuali dan masukkan daging kisar yg direlaikan/potong kecil-kecil (tanpa minyak....sbb daging kisar dah berlemak) goreng sehingga separuh masak.
-      Masukkan sos cili, tomato puri dan kacau sehingga masak- goreng sehingga masak
-      Letakkan garam dan gula.
-      -Padamkan api dan masukkan lobak merah dan timun- kacau sebati.
-      roti dipotong dua dan belah bahagian tengah sehingga menjadi poket. Sapukan mentega dan panaskan dalam kuali leper pada kedua-dua belah.
-      Cara menghidang--> masukkan inti daging tadi ke dalam poket.
-      Hidang bersama sos dan mayonis (Saya tak suka sos tambahan dan mayonis, makan begitu dah sedap)
Cepat kan? tak sampai 15 minit...
Dr Fouziah Mohd

*****Anak-anak saya ada latihan memanah setiap hari mulai pukul 4.30 - 6.30 petang, hari minggu mulai 8.30 pagi -12.30thari, sambung lagi pukul 3.00 ptg hingga 6.30 petang.  Bayangkan tenaga dan makanan yang berkhasiat diperlukan mereka. Menu pula perlu dipelbagai, barulah berselera mereka berdua tu.

Jumaat, 7 Mac 2014

Sup tomato



Hari ini saya nak perkenal masakan yang mudah dan sedap.  Anak-anak saya amat suka sup tomato ni. Mama dia pulak, jarang masakan yg tak suka. Apa-apa pun sedap....tak nak cerita panjang-panjang hari ni sebab sentiasa dihimpit dengan kerja yang macam-macam.  Pada minggu ni lagi terasa dihimpit bila saya dipinjamkan ke jabatan lain..apa nak buat... beban kerja bertambah... umpama ada 2 rumah... saya akan buat sebaik mungkin dan redho (dalam hati terasa betapa diri ini diperlukan... ooopss..jangan lebih-lebih...riak....)

Dr Fouziah Mohd
 Bila melihat sayur dan buahan pelbagai warna ni jadi tenang... subhanallah... terapi yang baik untuk saya.. cubalah..

bahan-bahan utk sup:
 4 biji tomato masak- saiz besar xxl
1 sudu besar tomato puri
1 jengkal seleri
2 biji bawang besar holland
3 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
1 kiub pati ayam
1 literair
garam secukupnya
1/2 cawan krim masakan
2 sb butter
2 sudu teh gula

- potong tomato kpd 2 dan buangkn biji dan empulur
-panaskan butter dan goreng tomato-ketepikan dan buangkan kulit
-dgn butter yg sama- masukkan bawang dan seleri yg telah didadu dan
-masak sehingga wangi dan lembut
-masukkan semula tomato tadi, pati tomato, lada hitam, air 1 liter, kiub pati ayam, daun bay dan masak sehingga lembut- reneh lebih kurang 15 minit.
- sejukkan dan asingkan daun bay
- Kisar sehingga hancur.
-masak sekali lagi di dalam periuk (jika terlalu pekat boleh tambahkan air mengikut kuantiti yg perlu)
- tambahkan krim masakan, gula dan garam
Hidangkan bersama roti bakar berkeju...waaallaaaaa......

Jumaat, 24 Januari 2014

Smoothie Epal dan Oat

Saya paling tidak sabar untuk share minuman saya pagi ini....yang namakan smoothie. 

Dr Fouziah Mohd

Semenjak 10 hari yang lalu saya amalkan meminum jus buah-buahan segar setiap pagi selepas minum segelas air kosong.  Sebelum ini ketika rajin sahaja saya sediakan... masalahnya kerajinan tu jarang-jarang muncul. Kadang-kadang seminggu sekali muncul.  Suami saya ni jenis rajin membeli alatan elektrik seperti jus extractor, blender, bread maker(saya pilih untuk uli sendiri..) pengisar daging, mesin proses air soya dll.  Saya jarang menggunakan segala bagai tu. Paling kerap saya guna ialah blender dan sandwich maker.  Bila melihat saya masih gunakan blender lama saya tu untuk blend buah, lantas dia tegur..gunalah blender kaca tu, lagi sihat, bersih... Maklumlah saya ni jenis sayang dan selesa dengan benda yang lama...macam saya sayang dan selesa dengan dia hehehehehe... nakal sesekali... Alhamdulillah tekad saya untuk kali ini masih utuh. Pagi ni saya cuba sesuatu yang berbeza. Nak tahu? Ini resepinya
1 biji epal hijau
1 biji epal fuji
3 sudu besar oat
1 gelas susu rendah lemak
2 gelas air
- Potong buah-buahan
- Kisar semua sekali dan minum
- Kalau nak letakkan ais boleh tapi abaikan 1 gelas air tu. Saya tak suka ais pepagi hari.
Semudah itu dan sihat sebab tanpa gula dan berserat.  Alasan saya untuk tidak menggunakan jus extractor ialah saya perlukan serat-serat semua buah-buahan tersebut. Tapi bila dah dikisar bersama oat, laju ada masuk ke tekak ni.
*** Amalan yang baik untuk kesihatan

Tongsan Madu Tiga

Amboi-amboi..buka manusia sahaja yang bermadu..ikan pun bermadu. Bukan satu madu tapi TIGA.. Kalau manusia bermadu banyak yang jadi lain macam.. tapi apa yang pasti bila tongsan bermadu..kami sekeluarga yang gembira. Apa tidaknya.. sedap. 
Kejahilan saya tentang ikan sungai ni agak tinggilah..bila anak-anak tanya, ni ikan laut ke mama.. entahlah..balik nanti tanya dengan PAK CIK GOOGLE... bukan sahaja pencerahan yang kami dapat..resepi pun ada sama. Ikan tongsan yang saya beli ni sekitar 700g sahaja dan bukanlah golongan ikan yg mahal..RM 7/kg. Rasanya macam ikan tilapia jugak..manis dan lembut isinya...tulang agak lebih sikit berbanding tilapia.
Dr Fouziah Mohd

Resepi yang paling selamat bila mencuba ikan yang tak pernah dimakan ialah resepi goreng atau sambal. Maklumlah kalau berkuah lebih mudah untuk berbau hanyir.  Ini resepi saya...cubalah dengan ikan lain kalau tak ada tongsan..jangan pengsan sudahlahhh...
700 g ikan tongsan
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar halia hiris
4 sudu besar madu
1 batang lobak merah
1 cawan cendawan butang
1 sudu besar cili serbuk
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
untuk disapu pada ikan
*5 sudu besar tepung beras
*1 sk serbuk kunyit
*1 sb garam
*1 sb serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng dan menumis
- Basuh ikan dengan tepung gandum dan bilas sehingga bersih.
Sapukan tepung dan bahan * dan goreng sehingga garing.
Panaskan minyak, tunis bawang putih, halia
Masukkan bawang besar, serbuk cili, sos cili, soa tiram, madu- masak hingga pekat.
Tambah 1 cawan air
Masukkan lobak merah dan cendawan, biarkan lembut dan masukkan bawang besar yang di mayang kasar.
rasa agak sesuai dgn citarasa masin manis anda

Ahad, 12 Januari 2014

NASI TOMATO DAN AYAM TOMATO

Dr Fouziah Mohd

Semua tomato..nasi tomato dan ayam tomato. Tomato kan  bagus untuk kesihatan ada vitamin ada serat. Alhamdulillah anak-anak tidak cerewet tentang masakan mama mereka, jika saya sediakan nasi tomato/lemak/minyak...mereka boleh makan sehingga tengah hari. Maklumlah kekadang saya ada juga kuliah pada hari minggu , selepas jam 2 petang baru balik ke rumah.  Anak-anak saya tidak dibiasakan makan mee segera...bahaya...msg banyak..lilin pada mee...Paling malas pun mereka makan roti dengan telur untuk mengalas perut. Kali ni saya masak sedikti sahaj..3 cawan tu sedikit..sedikit untuk 2 kali makan bagi kami berlima. Ni bahan yang diperlukan.
3 cawan beras  + air secukupnya bergantung kpd jenis beras (saya gunakan 4 1/2cawan air)
*1 batang kayu manis-  1 inci
*2 kuntum bunga lawang
*4 kuntum bunga cengkih
*5 biji buah pelaga

*4 ulas bawang putih-hiris halus
*1 labu bawang besar-hiris halus
*1 sudu besar halia hiris
*3 helai daun pandan
 1/2 cawan tomato puri

 4 sudu susu pekat manis
 3 sudu besar minyak sapi
 6 sudu besar minyak masak
sedikit garam
- Panaskan minyak + minyak sapi dan tumis  bahan bertanda * sehingga wangi
- Masukkan air mengikut sukatan beras
- masukkan tomato puri dan susu pekat manis
-tambahkan juga sedikit garam- saya letak 1 sudu kecil
- bila air mendidih, masukkan beras yang telah dibersih dan ditoskan.
-masak seperti biasa.

Ayam masak tomato
500 g ayam
1 1/2 cawan tomato puri
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar cili serbuk
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar halia
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar gula
rempah 4 beradik :- 
iaitu 1/2 inci kayu manis, 5 kuntum cengkih, 3 biji pelaga, 1 kuntum bunga lawang 
garam secukupnya
 - Gaulkan ayam + kunyit + sedikit garam
- Goreng sehingga separuh masak-tak perlu terlalu garing
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
Panaskan minyak- tumis rempah 4 beradik sehingga wangi
-masukkan bahan kisar + cili serbuk- goreng sehingga masak dan wangi
-masukkan tomato puri dan sos cili- kacau lagi
- masukkan 2 cawan air- biarkan mendidih
- masukkan ayam
- tambah sedikit gula- utk mengimbangi rasa masam
- Jika perlu bolehlah masukkan air mengikut kuatiti kuah yang diperlukan

Acar mentah
1 batang timun
1 biji tomato hijau
2 biji cili merah
1/3 labu bawang besar
1/3 cawan cuka
1/2 senduk nasi gula
1 sudu teh garam *** jika suka boleh masukkan karot dan kobis (saya kehabisan stok... )
-potong semua bahan dan gaul sebati
-rasakan masam dan manisnya agar sesuai dengan rasa masin

Isnin, 6 Januari 2014

Kek Epal Hijau

Buah-buah yang tersimpan di dalam peti ais rumah saya tu umpama emas dan intan berlian ... bukan sebab berharga... tapi anak-anak tak makan dan sentuh kecuali saya  dijadikan jus atau dipotong siap untuk mereka.  Apa masalah..entahlah.. untuk ambil dan makan sendiri agak sangat payah.  Semasa bersembang dengan rakan-rakan, rupa-rupanya berlaku perkara sama juga di rumah mereka. Bila dah seminggu epal hijau ni tak dimakan, apa lagi..ubah..guna power..magic power... inilah hasilnya
Dr Fouziah Mohd
Bila sudah siap terus makan panas-panas. Sebahagiannya saya bawa ke pejabat tetapi jadi rezeki pelajar-pelajar saya,mereka tak sempat rehat dan saya terus keluarkan kek dari handbag saya....
Semua cara memasak saya ceduk daripada blog HomeKreation di Kongsi Resepi
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
500g epal hijau- kupas kulit, buah tengah, potong dadu
200g gula perang 
 3 biji telur (Gred A) 1 cawan minyak 200g tepung naik sendiri 1/3 sk serbuk kayu manis
****Resepi asal ada kulit limau..tapi saya tak letakkan.
Penyediaannya:
  •  Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
  • Ayakkan tepung & serbuk kayu manis ke dlm adunan & kacau rata.
  • Gaulkan epal sehingga rata.
  • Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C (saya guna suhu 160c) selama 45-50 minit sehingga masak.
  • Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.  
Inilah hasilnya bila dipotong... bab menghias ni memang saya agak fail... tahun 2014 saya cuba tingkatkan.
Dr Fouziah Mohd


Jumaat, 3 Januari 2014

Cinnamon Roll

Sudah sekian lama tak update blog masakan.Kali terakhir awal bulan Oktober 2013..dah masuk 3 bulan. Bukan bermakna saya tidak memasak tetapi bila cuti sekolah macam terkejar-kejar. Kelam-kabut setiap hari. Menjadi ibu dan ibu rumahtangga. Apa-apa pun, gambar masakan masih tersimpan elok dalam folder..In shaa Allah akan dimasukkan ke dalam blog ni...pelan-pelan...
Dr Fouziah Mohd
 Hari ini punya masakan pula lain cerita... kuih masih panas-panas lagi dah update blog.  Terfikir utk taip di fb resepi yang diminta seorang rakan tapi bila kena taip 2 kali ... usihhh...alang-alang..terus tulis di blog..selesai. Angin rajin mendatang tanpa dapat dibendung...pagi tadi siapkan kuih ropal/lipat dan karipap..tengah hari masak ayam singgang + ulam-ulam + sambal dan petang cinnamon roll...Agaknya azam baru 2014 atau mungkinkah rajin sebab esok ulang tahun kelahiran saya yang ke 40+++++++++++
Berbalik kepada cerita asal...kuih ni memang kegemaran saya semenjak dulu.  Setelah membelek resepi sana-sini terjumpalah satu resepi daripada Azie Kitchen. Salin resepi dan ubah sana-sini..ini bahan-bahannya
3 1/2 cawan tepung superfine- tepung halus-->kalau nak guna tepung gandum biasa pun ok
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
11 g yis/ 1 paket
1/4 cawan air
3/4 cawan susu segar ( saya guna susu tepung 2 sb + air)
1/4 cawan butter
1 biji telur

Filling
1 1/4 cawan gula- kalau nak guna gula perang lagi cantik...
1 1/2 sb serbuk kulit kayu manis- kalau nak kurangkan pun boleh-- saya gemarkan bau yg wangi...
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan kismis
Cara
- Panaskan susu sehingga sedikit berbuih-jgn mengelegak
- Matikan api dan masukkan marjerin dan kacau sehingga cair.
- Biarkan suam.
- Gaul bahan kering iaitu -  2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam sehingga rata.
- Masukkan air, bancuhan susu dan marjerin tadi - gaul sebati
- Tambahkan tepung gandum yang selebihnya sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan dan bekas.  Kalau perlu boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum.
- Uli selama 10 minit- atau sehingga licin.
- Rehatkan doh yang diuli selama 15 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Sementara itu bolehlah sediakan filling/inti-  gaulkan gula, marjerin dan serbuk kulit kayu manis
 - Tabur tepung  dan canai doh menjadi segiempat sama- - - - Saya bahagi doh kepada 2 bahagian- utk 2 loyang  8 inci
-  Sapukan filling tadi dan tabur kismis.
- Gulung dan gunakan air untuk melekatkan bahagian tepi doh.
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki- saya potong terlalu tebal--> 1 inci..yang dijual lebih nipis
- Biarkan kembang 2 kali ganda

Dr Fouziah Mohd
- Sapu marjerin cair pada roll sebelum bakar 
Dr Fouziah Mohd
- Bakar pada suhu 160 selama 25 minit
- bila dah keluarkan sapu dengan marjerin sekali lagi
*** Lupa ambil gambar langkah demi langkah..In shaa Allah.. lain kali
*** laju aja suami dan anak-anak makan--- hanya 3 ketul utk Miha..
*** Sedap dimakan panas-panas.
*** Kepada Adik Sal....Selamat mencuba, post gambar kpd akak nanti yer..





Selasa, 8 Oktober 2013

Sambal Binjai

Dr Fouziah Mohd
Seorang rakan pejabat membawa buah binjai untuk dijual..bestnya...dah lama tak makan. Saya beli rm5 untuk 4 biji... + free satu = 5 biji semuanya. Dalam perjalanan ke balik bilik seorang makcik cleaner tegur dan saya hulurkan sebiji buah binjai. Hari minggu saya nak ke rumah kakak, so saya simpan 2 biji..2 biji lagi untuk saya. Post ini merupakan imbas kembali SAYA DAN BUAH BINJAI. Mama, buah apa ni pelik sangat ni, mempelam ke? Itulah soalan pertama terpacul daripada mulut anak saya saya bila melihat 4 biji binjai tergolek di dalam bekas. Suasana ketika tu seperti iklan ayah dan anak ...BURUNG MURAI... burung apa tu... BURUNG MURAI... Burung apa... Itulah yang berlaku.. Buah apa ni ma?..BUAH BINJAI... buah apa?..BUAH BINJAI...Apa?...BINJAI..Eja macam mana ma? B.I.N.J.A.I. OOOOOOOOOOooo. Wanginya. SEDAP NI... ADA YANG MANIS...ADA YANG MASAM. Yang ni? MASAM. Tak suka..tak suka..( belum makan dah cakap tak suka...) Zaman berubah begitu pantas, saya hanya mampu mengimbau suasana silam zaman kanak-kanak yang indah tetapi anak saya tidak dapat mencatu suasana dulu dengan apa yang dialaminya sekarang. Susah mereka nak bayang, kadang-kadang terkebil-kebil biji mata mereka. 
Di meja makan pada malam tersebut, perbualan kami masih berkisar dengan topik BUAH BINJAI. Terngangga mulut anak saya mendegar abahnya bercerita." masa kecil dulu abah masuk hutan... malam-malam...pergi ambik buah binjai.. jauh hutan tu.. ada 1 sahaja pelita... abah jalan bertiga..sunyi suasana masa tu.. ada bunyi yang menakutkan... kami terus juga pergi sebab masa tu misim binjai berbuah..semuanya sekolah rendah lagi masa tu.. tak pakai baju..pakai kain pelikat sahaja.. bila sampai..ada banyak buah binjai..kami kutip cepat-cepat agar tak sempat diambil oleh orang lain...lagipun..di situ pernah orang kampung jumpa harimau... (..masa ni..ada sound effect...aaaaaa...eeeeee)..ada babi hutan...buah binjai letak dalam kain pelikat..mana ada beg plastik masa tu.. 3 kendong yang dibawa pulang. Bukan sahaja anak-anak yang terngangga..saya pun turut terngangga. Buat apa banyak-banyak buah bijai tu?... Makan .. cicah dengan garam...apaaa????..makan dengan garam... Selebihnya mak buatkan jeruk, potong-potong..letak garam..peram dalam tempayan ...kan dah cakap...saya yang terngangga..hehhhe... Hebatnya abah.. beraninya abah. ABAH adalah HERO mereka. Anak-anak sekarang..baru lepas Maghrib dah tak berani nak ke laman untuk kunci pagar..lampu terang-benderang.. keliling ada jiran-tetangga.. Beza yang ketara. 
Saya turut bercerita..tapi cerita saya tidak menrik perhatian anak-anak.. Emak mama ajar buat sambal dengan buah binjai.. kami beli buah tu di pasar...hehehehe..itu sahaja...kriiikk...krrikkkk.... tanpa ada CABARAN HEBAT seperti cerita abahnya. Inilah cara sambal ringkas yang saya siapkan malam tu.. sambal yang membuatkan mereka minta tambah nasi (..tak apalah sesekali asalkan mereka tahu dan pernah makan buah binjai..) 
1 biji buah binjai 
10 biji cili api- jika tak suka pedas boleh dikurangkan 
3 sudu besar gula 
1 sudu besar garam
 - potong buah binjai dengan kulit
 - gunakan sudu dan kikis isi binjai
 - tumbuk cili api 
 - masukkan garam dan gula
 - akhir sekali masukkan buah binjai
 - tumbuk kasar-kasar. 
** kalau nak guna blender pun boleh. 
** kami makan berulamkan jering...waaalaaaaa....(*** anak-anak..tolong pam tandas betul-betul dan guna pencuci tandas setiap kali guna....OK MAMA..)
Pembaca cuba ya..SEDAP dan tak tipu punya... sedappp..menyelerakan
buah kedua pun saya jadikan sambal, kali kedua saya kurangkan pedas.


Ahad, 22 September 2013

Ikan Patin Masak Champa

 
Dr Fouziah Mohd
Anak-anak dah lapar..tak sempat nak potong cili n jadikan bunga..nahhhh...sebiji-sebiji cili tu..
Pinggan peninggalan arwah emak saya... Al-Fatihah..

Bahan-bahannya ialah:
1 ekor ikan patin
1 cawan tempoyak
2 cawan santan pekat
5 cawan air
10 biji cili api
6 ulas bawang merah
1 1/2 keping asam keping
1 batang serai
garam
Cara memasaknya:
- Kisar tempoyak + cili api+ bawang merah + air
- Masakkan bahan kisar tadi dengan api perlahan.
- Masukkan asam keping, serai yang diketuk,
- Bila sudah mendidih, masukkan ikan patin, santan pekat dan garam.
- Jumlah air boleh ditambah mengikut saiz ikan dan kuantiti kuah yang dikehendaki.


KENAPA NAMA MASAKAN NI IKAN PATIN MASAK CHAMPA?
- Susahnya nak terangkan...
- Beginilah.... Resepi yang ada tempoyak memang sedap. 
- Ikan patin pun enak dimasak singgang pedas ala Terengganu, dipanggang kosong atau dimasak tempoyak lagilah best.
- Hasrat hati saya memang nak masak tempoyak yang ada daun kunyit tu.
- Tapi apakan daya terlupa beli semasa  ke pasar tani.
- Saya pun ubah fikiran...kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru... selagi ada tempoyak..akan sedaplah hasil masakan tu.
- Saya dengan GUMBIRA nya mulalah memasak dan ambil/guna bahan yang sedia ada... semuanya main CAMPAK-CAMPAK aja ke dalam periuk tu.
- Kalau resepi ni saya namakan Ikan Patin Masak Campak... terasa macam menyampah dan sakit telinga.
Jadi saya ubah kepada CHAMPA... sebut  CAMPA=CAMPAK
-  Bertuahnya orang Champa sebab saya namakan masakan ni untuk mereka.
- Jangan orang Champa mengutuk saya dahlah.
***Ikan Tilapia Rangup Sos Taucu yang digandingkan dengan masakan ni memang sedap, MANTAP..
rugi kalau tak cuba.