sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 20 Februari 2013

Bahan 2D - poster


Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kelebihan poster
  1. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
  2. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain.
  3. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.
  4. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.


Bahan 2D - Graf


Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting;
• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan
• Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf
• Graf Bar atau Batang
• Graf Gambar atau Pictograf
• Graf Bulat atau Pie
• Graf Garisan


Graf Bar
Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti.Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.
Graf Gambar atau Piktograf

Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat. Bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.


Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Graf Garisan
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu



Bahan 2D- Carta


Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.


Jenis-jenis Carta


• Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

• Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
• Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
• Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

• Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Bahan 2D -Grafik


Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang.
Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.


Bahan 2D- Gambar/ foto


Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar
b. Grafik
c. Carta
d. Peta
e. Graf
f. Poster
g. Kad Imbasan
h. Kad Gambar

Gambar atau gambarfoto
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto
  1. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.
  2. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
  3. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil
  4. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup.
  5. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto
  1. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
  2. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.
  3. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
  4. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan
  5. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Panduan Penggunaan Gambarfoto.
  1. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
  2. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
  3. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
  4. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
  5. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan.





 


Selasa, 19 Februari 2013

STADIUM SULTAN MIZAN, TERENGGANU RUNTUH LAGI?


Saya sangat berharap agar ini berita palsu

Jika benar .. saya rasa seolah-olah mimpi.. MIMPI NGERI RAKYAT TERENGGANU.....
Hanya gambar yang dapat berkata-kata

Semoga pihak yang berkenaan dapat melunaskan cengkaman di dalamhati saya ini
*** Dengar berita daripada kawan-kawan ada 4 orang yang cedera
*** baru semalam saya memuji dengan bangga.. akhirnya STADIUM KITER dah nak siap dibaiki setelah 6 tahun runtuh...
AIR MATA RAKYAT TERENGGANU PASTI AKAN GUGUR BERSAMA GUGURNYA BUMBUNG STADIUM.


Jumaat, 15 Februari 2013

NASI ARAB HABIBI

Teringat semasa belajar di UKM.. sering juga makan nasi Arab ni sebab kawan baik saya suka nasi Arab lauk kambing. Sekitar BBB dan Kajang.. banyak kedai nasi Arab ni. Di sini, ada 2 kedai aja. Bila ke Kedai Nasi Arab tu...  sekeluarga... siaplah RM100 ++... Kalau dah begitu, tak larat nak makan setiap minggu. Suami dan anak-anak saya pulak memang 'KAKI MAKAN'. Setelah cuti tahun baru Cina selama seminggu ni.. angin rajin tu menjadi-jadi.... Dari semalam lagi saya dah buat pengumuman penting" ESOK MAMA NAK MASAK NASI ARAB".. Suara-suara  kecil menjawab" BESTLAH MA..". Tapi bila lihat spageti yang saya sediakan untuk breakfast tadi masih belum dihabiskan lagi... hampir terbatal niat nak masak nasi Arab. Apa-apa pun janji tetap ku tunaikan.
Banyak dan macam-macam resepi saya jumpa di internet.. ada yg simple dan ada yg arahannya macam nak mencari harta karun
 Saya ambil cara mudah.. ringkaskan... dengan cara saya sendiri.
Dr Fouziah
NASI ARAB HABIBI
Air Rebusan Ayam
1ekor ayam
3 biji tomato
2 labu bawang besar
5 biji pelaga
5 helai daun bay--> anak sy bawa balik dari rusia- ada lagi
3 btg kayu manis
5 biji cengkih
1sb lada hitam
1 sb jintan putih
1 bungkus sup bunjut
Dr Fouziah

- Kisar rempah sup bunjut, jintan putih dan lada hitam sehingga halus 
- potong bawang besar dan tomato
-bersihkan ayam dan belah 2
- Panaskan air----> anggaran tenggelam ayam dan cukup utk sup dan juga air rebusan utk nasi
- rebus ayam bersama-sama bawang besar, tomato, rempah kisar dan kesemua rempah di atas
Dr Fouziah
- Rebus sehingga 3/4 masak dan keluarkan ayam
- asingkan kesemua rempah-ratus di dalam air rebusan

Ayam Panggang
4 sb serbuk cili
Garam secukupnya
-Keluarkan ayam 
Dr Fouziah
-Perap dengan serbuk cili dan garam
Dr Fouziah
- panggang di dalam oven- suhu 180 selama 30 minit (balikkan 15 min...bagi setiap belah)

Nasi
5 cawan beras basmati
8 cawan air rebusan ayam (di atas tadi)  
kesemua rempah2 di dalam air rebusan juga diperlukan 

2 labu bawang besar
5 biji pelaga
5 helai daun bay
3 btg kayu manis
5 biji cengkih
1 sb lada hitam
1 sb jintan putih
1 bungkus sup bunjut
4 biji cili hijau---> dari my edible garden
1/2 cwn minyak zaitun
sedikit pewarna kuning 

- rendam beras selama 15 minit
Dr Fouziah
- Kisar rempah sup bunjut, lada hitam dan jintan putih
- Panaskan minyak zaitun dan tumis kesemua rempah ratus termasuklah bawang besar, cili hijau (sy tak potong cili tu.. biarkan sebiji-sebiji macam tu aja)
Dr Fouziah
- masukkan sedikit pewarna kuning, air rebusan serta rempahnya sekali (rempah ratus di dalam air rebusan) dan beras
Dr Fouziah
- masak macam biasa

Sambal cili
6 biji cili merah besar
1 biji tomato masak
1 biji tomato hijau
5 ulas bawang putih
garam
gula
sedikit air rebusan
- Kisar kesemua bahan dengan air rebusan ayam
Dr Fouziah
-Masukkan garam dan sedikit gula
Dr Fouziah
Salad
1 batang timun batang
2 biji tomato hijau
secawan  kobis
cuka makan
gula
garam
- hiris halus kobis
-potong dadu  timun dan tomato (buang biji dahulu)
- gaul bersama cuka , garam dan gula.... rasalah dulu ye.. nak masam tahap mana.....
Dr Fouziah
Sup
-lebihan air rebusan diperah sedikit limau nipis dan masukkan garam.

Ya habibi.... 
inilah untuk habibi semua
ana siapakan nasi arab
untuk lunch hari jumaat
*** USAH DITANYA BERAPA KALORI YG MASUK KE TUBUH KAMI...
*** SEMUANYA MAKAN DENGAN TAMBAH 2 KALI 
Alhamdulillah
ooops..nak tampal gambar satu lagi . .. pandangan sisi kanan
Dr Fouziah
last....
cili dari usaha tanaman sendiri- tapi tak pedas :(
Dr Fouziah




Khamis, 14 Februari 2013

CHICKEN PATTIES

Bila di dapur saya seperti BERADA DALAM JAJAHAN DAN TAKLUK SAYA TERSENDIRI
... so enjoy. 
Petang tadi lagi enjoy saya TERGUGATsebab ramai pembantu yang kadang-kadang membuat saya buntu :)
Semua pembantu hendak menunjukkan yang mereka handal dalam memasak.
Semasa di Pasaraya Sabasun semalam dah dua kali angkat dan letak sosej.. bercadang nak beli tapi..akhirnya saya membuat keputusan yang bijak... saya beli daging ayam kisar. 
Pengaruh kartun spongebob  menjadikan anak saya teruja untuk menolong di dapur. "Mama nak buat chicken patties macam craby patties tuuuu..."
Dr Fouziah
 Resepi campak-campak saya kali ini saya nak gandingkan dengan roti sosej yang saya beli semalam.  
Saya hanya memberi arahan dan panduan.. letak itu... ini... sikit lagi.... ok.. dah... tambah lagi... sukat elok-elok.. bagus... rajin-rajin anak mama....( pujian kena ada tau.. semua orang suka dipuji.. tapi lebih banyak amaran yang diberi ..sekejap saya keluarkan kad kuning.. kejap tiup wisel...kad kuning lagi..kad merah aja tak diberi) 
Rumusannya...
 Inilah bahan-bahan yang diadun oleh mereka:
400g daging ayam kisar Ramle
3/4 cwn serbuk roti
3 sudu tepung gandum
2 sudu serbuk lada sulah
2 sudu besar fresh oregano yg ditumbuk (pokok pemberian kakak saya di Kerteh)
1 biji telur- saiz B
1 sudu besar gula
1 labu bawang besar- dicincang halus
5 ulas bawang putih- ditumbuk lumat
1 sudu besar serbuk cili
sedikit garam
Rumusan ke dua.. Inilah yang telah mereka lakukan (dgn pemantauan) if not... jadi masakan lain gamaknya.
Gaul kesemua bahan
Dr Fouziah
Jika masih lembik dan tak boleh dibentuk..jangan risau...
Minyakkan tangan dan anda boleh membentuk patties  ini dengan mudah dan cantik walaupun masih lembik.
Dr Fouziah
 goreskan dengan garfu untuk corak
Goreng dalam kuali non-stick yang disapu dengan sedikit minyak
Untuk Persediaan Hiasan dan hidangan 
Belah roti sosej
Kukus roti selama 3 minit
Bawang besar yang dipotong
Kobis/salad dipotong halus
Sos tomato- pilihan anak saya.
saya pilih sos cili- kalau ada mayonis lagi sedap.
*** walaupun hasilnya agak hangus tapi anak-anak saya makan dengan seleranya sebab mereka yang goreng patties ni.
*** Perhatikan bentuk patties yang dihasilkan.. ada berbentuk tapak kaki dinosaur, LOVE, drumstick 
Dr Fouziah
Bila masa menghias.. inilah hasil kreativiti mereka
Dr Fouziah
ada lagi..di saat sebelum masuk ke mulut ada minta extra patties:)
Dr Fouziah
Dan...
Ada yang tak sempat rakam roti yang mereka hasilkan..
semuanya telah dicernakan oleh asid perut..heeeeeeeee
** ada soalan lucu" mama.. seluar dalam pun disebut patties jugak kan?"
...oh no... itu panties... hehehhehe
Ya Allah.. Jadikan anak-anakku anak yg soleh dan solehah..Amiin.



Selasa, 12 Februari 2013

Hot pot lovers beware carbon monoxide: fire bureau

Petikan artikel yahoo
Hanya sekadar perkongsian tentang bahaya Karbon monosid yang kekadang kita alpa.


Taipei (The China Post/ANN) - The fire bureau recently warned hot pot lovers about the potential of carbon monoxide poisoning when eating hot pot within poorly ventilated indoor spaces.
As part of the Chinese New Year holida, family meals involving hot pot are common. Huang Yu-hsiang, an officer from the Fire Bureau of Taoyuan County, has warned that continuously heating a hot pot through the burning of coal or via gas fires is extremely dangerous when performed in a poorly ventilated indoor environment.
A few years ago, he said, a number of patrons suffered from carbon monoxide poisoning at a barbecue restaurant as the venue's windows were sealed. The patrons were grilling all the food indoors.
People should be particularly careful when they cook inside, with barbecues and hot pots the main reason behind such poisoning, Huang said.
He said the symptoms of mild poisoning are similar to the flu, including headaches, fatigue, vomiting or stomach problems. In the early stage, such symptoms are easily dismissed by people as the signs of a cold, Huang said.
Most people are too weak to call for help when they finally realize that they are being poisoned, Huang added.
While most people understand that placing a water heater in the bathroom may cause carbon monoxide poisoning, many people do not realize that placing the heater on indoor balconies is equally dangerous, Huang also noted.
Indoor balconies with dust-covered window screens can obstruct the flow of oxygen, which can be deadly, he added.
He warned people that placing water heaters in an indoor laundry room filled with too many clothes is also dangerous as the clothes can obstruct the flow of oxygen.
Those suffering from carbon monoxide poisoning should immediately be evacuated to areas with improved air flows and have their clothing loosened. Cardiopulmonary resuscitation (CPR) may be required where a person has fallen unconscious.

Rabu, 6 Februari 2013

Diorama, Akuarium dan Terrarium


Diorama
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Dr Fouziah
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Dr Fouziah
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, 
Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan
lain

Akuarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara
Dr Fouziah
Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut

Terrarium
Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.