Sesekali ke pasar membuat saya teruja. Teringat masa kecil2 dulu..paling menyeronokkan ialah menimba pengalaman bersama kedua ibu bapa. Mak seorang peniaga kedai runcit dan barangan dapur, paling tidak mak ke bandar dua kali seminggu. Pasar kedai Payang dan kedai sekitar Jalan Banggol, Jln Kg Cina dan Jalan Tok Lam merupakan pusat perniagaan utama semenjak dahulu sehinggalah tahun 1990an. Kini dah lenggang dan tak semeriah dulu. Dahulu sepanjang jalan dipenuhi dengan' teksi'...bukan kereta teksi tetapi beca. Orang Terengganu panggil beca tu sebagai teksi. Jika hari Sabtu..ini peluang keemasan saya untuk mengekori ke mana mak pergi. Sehinggakan aunty peniaga mee dan kenal betul dengan saya. Pak Cik Teksi ( dipanggil 'gatih teksi) dah mengingat nama saya. Mentelah peniaga-peniaga melayu dan rempah ratus tidak lekang memanggil dan menghulur makanan, ada yang pegang tangan gebu saya tu, usap kepala dan mengusik-usik.
Nostalgia ke pasar saya akan sambung pada catatan akan datang.. kalau tak... tak memasaklah saya hari ni... bebalik cerita asal...Saya anak nelayan yang tidak kenal jenis-jenis ikan. Mulut ni berat nak bertanya nama ikan yang dijual, bila peniaga ikan sebut nama ikan...kadang-kadang saya angguk kepala tanda mengiyakan. Nama yang tidak pernah saya dengar pun ada. Kebanyakannya saya saya hanya tunjuk dan tanya harga. Ikan yang saya beli ni nama Bebaru..tetapi bila saya semak di WEB TENTANG IKAN ikan bebaru lain rupanya. Sesiapa yang kenal bolehlah beritahu saya. Untuk kali ni saya kekalkan nama BEBARU...
Lihatlah rupa ikan ni...
Maaf terlebih kelar ( kalau masa anak dara dulu..kalau saya hidang ikan yang tak dipotong sirip atau ridip dah ekor...kena marahlah... ANAK DARA MALAS...)
Percubaan pertama memasak ikan adalah lebih selamat digoreng sebab bau hanyir tidak terasa sangat.
Ikan ni dibersihkan dan dilumurkan dengan garam,serbuk kunyit dan serbuk cili. Panaskan minyak dan goreang sehingga garing.
Rasanya sangat sedap dan manis, lain kali bolehlah beli lagi.
saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Khamis, 5 Mac 2015
Rabu, 25 Februari 2015
Roti Kebab Al-Bab
Sarapan yg cepat dan sihat (daging...sihat ker?) terutama utk anak-anak yg sedang membesar. Sumber protin boleh diperolehi daripada telur, susu, daging lembu, ayam, protin sayur pun ada.Bagi saya yang umur sudah merangkak ni, makan sebulan sekali sahaja daging lembu dalam kuantiti yang kecil.Kalau musim kenduri tu kadang-kadang terbabas juga. Berbalik kpd resepi kali ni.. selain daging lembu, terdapat juga timun dan lobak merah.Namanya Roti Kebab Al-Bab.
6 keping roti arab
4 sudu besar mentega
400g daging kisar
2 labu bawang besar
1 batang karot
1 btg timun
2 sudu besar tomato puri
6 sudu besar sos cili
sedikit garam
2 sudu teh gula
mayonis
- sagat lobak merah dan
timun- jgn terlalu halus @kalau nak potong kecil2 pun tak apa(saya nak
cepat--->sagatlah pilihan terbaik)
- Panaskan kuali dan
masukkan daging kisar yg direlaikan/potong kecil-kecil (tanpa minyak....sbb
daging kisar dah berlemak) goreng sehingga separuh masak.
- Masukkan sos cili,
tomato puri dan kacau sehingga masak- goreng sehingga masak
- Letakkan garam dan
gula.
- -Padamkan api dan
masukkan lobak merah dan timun- kacau sebati.
- roti dipotong dua dan
belah bahagian tengah sehingga menjadi poket. Sapukan mentega dan panaskan
dalam kuali leper pada kedua-dua belah.
- Cara menghidang-->
masukkan inti daging tadi ke dalam poket.
- Hidang bersama sos
dan mayonis (Saya tak suka sos tambahan dan mayonis, makan begitu dah sedap)
Cepat
kan? tak sampai 15 minit...
*****Anak-anak saya ada latihan memanah setiap hari mulai pukul 4.30 - 6.30 petang, hari minggu mulai 8.30 pagi -12.30thari, sambung lagi pukul 3.00 ptg hingga 6.30 petang. Bayangkan tenaga dan makanan yang berkhasiat diperlukan mereka. Menu pula perlu dipelbagai, barulah berselera mereka berdua tu.
Selasa, 24 Februari 2015
BENGKEL PENULISAN ILMIAH
Ya Rabbi... lamanya tak jenguk blog ...
Berhabuk berdebu sana-sini..Kalau rumah tinggal ni..dah dihuni oleh mahluk lain dah ni. Apa-apa pun terimakasih kepada pengunjung dan pembaca yang saya hargai semua. In shaa Allah blog ini akan terus hidup dengan nafas yang lebih segar.
Hari ini dan semalam 24 dan 25 Feb 2014 saya menjadi pembantu fasilitator bagi Bengkel Penulisan Ilmiah di IPGKDRI. Bila dilantik menjadi fasi ni, saya menjadi semakin tak pandai...banyak lagi yang perlu saya terokai dan belajar. Masa untuk menuntut ilmu dengan fasi utama hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi sebelum beliau berpencen pilihan. Seriusnya saya malu dengan ilmu saya yang hanya setitik berbanding dengan beliau. Betapa tak layaknya saya untuk membimbing rakan-rakan pensyarah lain. Bak kata orang putih... ilmu saya hanya surface. I wish to be him...berilmu, alim, suka berkongsi, baik, peramah...dan hansem juga ( oops...nakal sesekala..)
Pada hari pertama,peserta didedahkan dengan slot Pengenalan Penulisan Ilmiah termasuklah perbezaan penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Sesi diteruskan dengan Panduan Asas Gaya APA. Peserta diberi panduan penulisan artikel, jadual, rajah dan rujukan. Aktiviti amali diteruskan dengan jayanya. Rehat tengahari dihidangkan dengan makanan yang enak (..saya skip..on diet..ya Allah...tetapkanlah niatku ini...Aamiin). Pada sebelah petang peserta menyediakan rangka penyelidikan masing-masing dalam kumpulan.
Pada hari kedua, pendedahan terhadap Dokumen Map dalam penulisan atrikel dan tesis diberikan. Selepas minum pagi (..sekarang minum pagi..sendiri sponsor..guna duit elaun keraian..bantu kerajaan dalam menjimatkan kos). Sesi pembentangan dimulakan dengan pembentangan Rangka penyelidikan pertama oleh Jabatan PJ, SS, MT dan semua jabatan. Pembentangan berkumpulan menarik perhatian saya dengan pelbagai idea segar dan penting untuk dikaji.
Bangga jugalah sebab bila dapat berkongsi dan membantu rakan-rakan pensyarah. Walaupun saya hanya membantu perkara-perkara asas sahaja.

Saya tertarik dengan penglibatan pensyarah yang sanggup meninggalkan tugas-tugas lain semata-mata untuk megikuti perbengkelan ini. Kualiti seorang pensyarah terletak kepada peningkatan dan kualiti profesionalisme seseorang. Pensyarah juga pengamal akademik perlu mampu menjadi pemikir yang kreatif yang mampu mencetuskan ilmu dan teori baru selain berinovasi.
Jumaat, 21 November 2014
Kari Terung Dayak
Dah lama tak pos resepi
Terung dayak atau terung assam atau juga dikenali sebagai terung iba. Terung asli dari sarawak. Memang tidak sia-sia bagi yang suka mencuba seperti saya ni. Selagi halal, saya akan cuba. Teruja sangat nak merasa kelainan masakan dan hasil hutan dari Negeri Bumi Kenyalang. Nak tahu lanjut tentang terung dayak?
saya pun rujuk di sini
Inilah rupa terung dayak .. seperti terung biasa yang bulat tetapi mempunyai tekstur yang lebih keras. Berwarna oren dari luar hingga ke dalam. Pembiakan pun melalui biji benih (...tapi baru tahu cara pembiakan setelah makanan hadam dengan selamatnya di dalam tubuh badan ni......tak sempat nak selamatkan walau sesudu biji benih...kisahnya...)
Bukan sahaja boleh dimasak kari, kerabu, masak asam dll...

KUASA PERCAYA
Catatan ringkas
Semalam, Selasa, 18 Nov 2014, saya ke SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu untuk pengesahan persekolahan anak tingkatan 1 tahun 2015.
Luahan hati anakku..mama..Baiz tak nak sekolah ni. Sebab apa? Baiz belajar bersungguh-sungguh untuk ke sekolah lain. Sekolah asrama penuh. Saya pun menerangkan tentang prosedur, feeder school, tentang peluang dan ruang untuk berjaya ada di mana-mana. Saya juga menceritakan sesuatu yang mengejutkan yang selama ini mungkin dia lupa... ITU SEKOLAH MAMA DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3. Iya ker mama? Masih segar nama-nama hebat iaitu Cikgu Johari Ismail, Cg Kifayatullah Mat Said, Cg Aminah Mamat, Cg Roiham, Cg Abdullah, Cg Ismail Mat sharif, Cg Abdullah, Cg Rani, Cg Shamsudin, Cg Yusuf, Cg Yusuf Ali, Cg Husin..Cg Ruby, ingatan kepada mereka masih segar dan tidak ku lupakan doa buat mereka setiap kali selepas solat. Tidak lupa Mrs Lynn Clancy dari Australia dan Christhopher John Greenland dari UK yang mengajar bahasa Inggeris.
Jam menunjukkan 1.46 petang, saya melangkah ke pejabat sekolah. Suasana sunyi mengundang tanda tanya, ke mana semua orang ni? Saya terus melangkah ke pejabat lalu memberi salam. Alhamdulillah salam saya disambut oleh seorang kakak cleaner. Semua guru dan staf ada mesyuarat terangnya sambil tangan memegang penyapu. Saya menerangkan urusan yang hendak saya lakukan. lantas saya berkata ..
Tak apalah kak nanti saya datang lagi.
oooh..nak pengesahan masuk ke sekolah ini ke?
Iya kak.
Tak apa.. saya boleh tolong.. balasnya sopan.
Dalam kepala saya..dalam hati kotor saya ni...biar betul.. apa yang dia boleh buat..
Berbalik kepada kisah tadi... saya sambung cerita sedikit lagi...
Kakak cleaner tu soal saya..
Ada bawa surat tak?
Ada.. ni..sambil menghulurkan surat..
Biasanya ada disertakan borang
Saya pun menbelek-belek di celah beg tangan..lantas menghulurkan satu set borang.
Saya tak isi apa-apa maklumat pun lagi (muka simpati..)
Tak apa.. apa yang penting, surat ni dan salinan kad pengenalan.
Owhh..saya tak bawa salinan kad pengenalan anak
Tak pun kalau puan bawa surat beranak..pun boleh
alaaa....pun saya tak bawa (sesungguhnya.. saya tak baca pun apa kehendak surat tu... apa yang saya tahu perlu daftar sebelum 20hb November 2014).
tetiba saya teringat sesuatu
Tapi kad pengenalan anak saya ada saya bawa ni...( sekali lagi saya mencari-cari dalam beg tangan saya yang dipanggil BEG DORAEMON oleh anak-anak..apa tak.. semua di dalam tu.. gula-gula,beg duit, pen, brooch, tisu, pensil, gunting, ubat, ketip kuku, buku, telefon. alat-alat mekap, kadang-kadang ada kerepek pisang, roti, air...aahhh...macam-macam..)
Saya tolong buat salinan
Borang-borang lain tu, puan perlu isi dan bawa bersama salinan keputusan dan sijil seperti dalam surat tu yer...pada 1 hb Januari nanti. Datang nanti untuk pendaftaran.
Lagak saya semasa itu, seolah-olah mendengar arahan guru besar.
Saya terkejut bila dia tahu dan mahir semua prosedur untuk menyelesaikan masalah saya. Saya terkejut dan teruja. Penyampaian maklumat oleh seorang tukang cuci begitu jelas dan sangat sopan.
Penafian jawatan dan tugas bukan perkara yang saya hendak kongsikan di sini.Kenapa
saya berkata begitu? Keadaan berbeza yang pernah saya temui di tempat
kerja saya.. atau di mana-mana tempat lain. Pekerja hanya tahu dan akan
bertanggungjawab terhadap skop kerja mereka sahaja. Jika diminta
bekerja lebih atau menunjukkan ringan tulang..... haaaa... jagalah kau
nanti... asyik-asyik kena suruh laaa.. Itulah realiti mentaliti
masyarakat pada hari ini. Kadang-kadang lebih baik buat tak tahu
daripada menunjuk pandai. Virus ini perlu dibendung dalam masyarakat
kerana nilai dalam diri akan hakis...seterusnya hancur...habis...
Saya teringat satu kata-kata.. U Suggest U Suffer.. oowwwhhh... kejamnya..
Saya yakin tentang kuasa PERCAYA dalam pentadbiran yang membolehkan seorang pekerja bekerja dengan baik dan meneruskan tugas orang lain atau rakan sekerja sekiranya salah seorangnya cuti, sakit, atau ke tandas. Bayangkan jika saya perlu datang sekali lagi, dalam keadaan hujan lebat, sibuk dan masa yang suntuk hanya untuk mengesahkan persekolahan.
APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEKERJA ATAU MAJIKAN?
MAMPUKAH ANDA LAKUKAN PERKARA YANG KECIL BERSAMA-SAMA?
Selasa, 14 Oktober 2014
Jangan beratkan kepala anak-anak dengan hal yang besar-besar!
Jangan beratkan kepala anak-anak dengan hal yang besar-besar!
Oleh Fauziah Arof
KADANG-kadang tanpa disedari, ada ibu bapa yang memberi tekanan
kepada anak-anak mereka. Bukan menekan dengan cara memarahi atau
memukul, tetapi menekan dengan mahukan anak-anak turut memahami segala
apa masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka dalam mencari
rezeki.Ada ibu bapa yang bukan saja mahu anak-anak faham tentang kesusahan itu, tetapi mahu anak-anak turut mencuba untuk meringankan beban mereka.
Saya pernah katakan kepada ibu rakan sekelas anak saya, seorang ibu tunggal ketika dia datang ke rumah saya pada Hari Raya Aidiladha lalu - Kalau hidup susah dan perit, jangan tunjuk kepada anak-anak kesusahan itu. Nanti hati mereka akan turut susah dan tertekan. Zaman kanak-kanak biarlah mereka lalui dengan normal. Biar mereka menjalani kehidupan macam kanak-kanak lain.
Hal cari duit dan cari makan itu sudah memang tanggungjawab orang tua. Biarlah ibu bapa sendiri hadapi semua itu. Jangan diungkit-ungkit betapa susahnya mencari duit. Itu memang kerja ibu bapa. Sudah besar nanti anak-anak akan faham sendiri.
Wanita dalam usia awal 40-an itu memang orang susah. Ada enam orang anak yang bersekolah, ada yang di kolej dan ada yang belum bersekolah. Tetapi dia gigih mencari rezeki dengan membuat macam-macam kerja.
Yang membimbangkan saya, anaknya itu selalu tidak pergi ke sekolah. Mungkin membantunya membuat kuih dan menjaga adiknya yang lain.
Anak saya juga sering bercerita kepada saya, rakannya itu tidak berminat untuk ke sekolah. Dia mahu cepat-cepat cari kerja. Bantu ibunya dalam usia semuda itu.
Lalu, apabila setiap kali saya terserempak dengan gadis yang berusia 14 tahun itu sama ada di sekolahnya apabila menghantar anak saya, atau di rumah, ketika anak saya membawanya setelah habis aktiviti kokurikulum, berkali-kali saya memesan kepadanya belajar bersungguh-sungguh. Jangan ponteng sekolah. Nanti sudah dewasa lepas belajar universiti atau kolej, dapat gaji besar baru boleh tolong ibu.
Dan semalam apabila membaca mengenai hasil kajian Kementerian Kesihatan bahawa seorang daripada setiap lima kanak-kanak atau remaja berusia lima hingga 15 tahun di negara ini dikenal pasti menghidap masalah mental yang antara lain faktornya keperitan hidup dan kemiskinan, ia sudah tentu satu perkembangan yang amat membimbangkan.
Risau anak-anak yang masih kecil ini terbeban dengan masalah yang sepatutnya ditangani oleh ibu bapa sendiri. Alam atau zaman kanak-kanak biarlah mereka lalui seperti seorang kanak-kanak walau sesusah mana pun kita. Janganlah mengheret sekali dan memaksa mereka untuk memahami susahnya kehidupan ini.
Kita bimbang mereka akan tertekan. Kesannya sudah tentu tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran di sekolah kerana mahu membantu keluarga.
Selain itu, ada yang meminggirkan diri, tidak mahu bercampur dengan kawan-kawan kerana ibu bapa asyik menekankan bahawa mereka orang susah, serba serbi kurang, sedangkan orang lain hidup senang. Ini semua memberi kesan pada pergaulan anak-anak. Mereka akan merasa rendah diri dan hilang keyakinan diri.
Apatah lagi jika sekolah berkenaan kebanyakannya terdiri daripada anak-anak orang yang berada, maka rasa rendah diri itu berlebih lagi. Ada dalam kalangan anak orang berada ini tidak tahu masalah rakannya. Maklumlah tak pernah rasa hidup susah. Jadi, faktor rakannya itu memakai baju lusuh, kasut buruk dan beg yang tidak pernah berganti setiap tahun tak pasal-pasal membuatkan dia dipinggirkan. Ini memang berlaku. Bukan cerita drama lagi.
Sepatutnya, ibu bapa yang berpendapatan tinggi ini, sesekali berbuallah dengan anak-anak mereka mengenai hal-hal kehidupan. Jangan dibiarkan anak-anak terlalu berbual dengan gajet. Dimanjakan dengan kemewahan yang menjadikan dia lebih `mengada-ngada'. Anak-anak seperti ini perlu disedarkan. Bukan setiap orang bernasib baik di muka bumi ini. Yang hidup miskin dan susah pun bukan semuanya kerana mereka malas atau tidak belajar tinggi.
Selain faktor kesusahan hidup atau kemiskinan, Kementerian Kesihatan menjelaskan antara penyebab lain berlakunya tekanan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja ini ialah menjadi mangsa diskriminasi, ketidakupayaan mengambil bahagian dalam aktiviti santai, penyakit dan rutin kerja rumah.
Beberapa pensyarah kanan universiti tempatan ketika mengulas hasil kajian ini pun bersetuju bahawa pengabaian ibu bapa, penderaan fizikal dan mental serta kemiskinan adalah antara faktor paling utama menyumbang kepada tekanan mental ini.
Mereka berkata, masalah mental yang berlaku ini tidak lagi dipengaruhi faktor genetik semata-mata.
Banyak cabaran yang berlaku di dalam rumah dan di persekitaran luar yang mengakibatkan anak-anak turut menerima tempiasnya.
Maka ibu bapalah yang paling besar peranannya untuk menyekat ini daripada berlaku. Jangan terlalu mengharapkan guru kelas atau guru kaunseling untuk mencungkil segala masalah anak-anak. Tidak semua kanak-kanak atau remaja mahu bercakap apa yang ada dan bermain dalam benak fikiran mereka.
Memang betul anak-anak juga kadang-kadang adalah ujian Tuhan kepada ibu bapa. Tetapi tanggungjawab besar yang diamanahkan Tuhan kepada ibu bapa adalah lebih kepada bersifat pelindung dan menjaga segala hal keperluan mereka. Maka janganlah diberat-beratkan kepala anak-anak kecil ini dengan hal yang besar-besar! Kasihan mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20141015/re_03/Jangan-beratkan-kepala-anak-anak-dengan-hal-yang-besar-besar#ixzz3GAmy4I5q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jumaat, 7 Mac 2014
Sup tomato
Hari ini saya nak perkenal masakan yang mudah dan sedap. Anak-anak saya amat suka sup tomato ni. Mama dia pulak, jarang masakan yg tak suka. Apa-apa pun sedap....tak nak cerita panjang-panjang hari ni sebab sentiasa dihimpit dengan kerja yang macam-macam. Pada minggu ni lagi terasa dihimpit bila saya dipinjamkan ke jabatan lain..apa nak buat... beban kerja bertambah... umpama ada 2 rumah... saya akan buat sebaik mungkin dan redho (dalam hati terasa betapa diri ini diperlukan... ooopss..jangan lebih-lebih...riak....)
Bila melihat sayur dan buahan pelbagai warna ni jadi tenang... subhanallah... terapi yang baik untuk saya.. cubalah..
bahan-bahan utk sup:
4 biji tomato masak- saiz besar xxl
1 sudu besar tomato puri
1 jengkal seleri
2 biji bawang besar holland
3 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
1 kiub pati ayam
1 literair
garam secukupnya
1/2 cawan krim masakan
2 sb butter
2 sudu teh gula
- potong tomato kpd 2 dan buangkn biji dan empulur
-panaskan butter dan goreng tomato-ketepikan dan buangkan kulit
-dgn butter yg sama- masukkan bawang dan seleri yg telah didadu dan
-masak sehingga wangi dan lembut
-masukkan semula tomato tadi, pati tomato, lada hitam, air 1 liter, kiub pati ayam, daun bay dan masak sehingga lembut- reneh lebih kurang 15 minit.
- sejukkan dan asingkan daun bay
- Kisar sehingga hancur.
-masak sekali lagi di dalam periuk (jika terlalu pekat boleh tambahkan air mengikut kuantiti yg perlu)
- tambahkan krim masakan, gula dan garam
Hidangkan bersama roti bakar berkeju...waaallaaaaa......
Khamis, 30 Januari 2014
Renungan Untuk Guru 4
Larangan UntukMengajar
Oleh Nur Lela Zulkipli
Kuala Lumpur: Guru tuisyen yang memukul kanak-kanak berumur empat tahun gara-gara gagal menghafal susunan abjad pada Selasa lalu bakal berdepan tindakan larangan mengajar jika didapati tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, setiap tenaga pengajar perlu mendaftar untuk kebenaran mengajar di luar waktu persekolahan dan hanya mengajar mereka yang berada dalam alam persekolahan.
“JPN Selangor menyiasat kes ini dan masih menunggu laporan daripada pusat tuisyen berkenaan bagi mengenal pasti status guru berkenaan.
“Kami memutuskan tindakan seterusnya selepas laporan penuh diterima dan jika guru berkenaan bergantung kepada status sama ada berdaftar di bawah JPN atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak lelaki berumur empat tahun, Issac Chan Yi Bing lebam dan luka di badannya selepas dipukul guru tuisyennya akibat gagal menghafal susunan abjad di Sri Gombak, Selasa lalu.
Menurut ibu mangsa, Ong Mei Li, 30, sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada Jumaat ini disambut sugul berikutan anaknya sering menangis pada lewat malam kerana terbayangkan peristiwa yang menimpanya.
“Saya syak guru berkenaan pernah memukulnya sebelum ini kerana Issac sering menangis setiap kali saya menghantarnya ke pusat tuisyen tetapi saya tidak mengendahkannya kerana beranggapan dia hanya malas ke sana.
“Namun kini saya menyesal kerana tidak mendengar masalah anak saya dan selepas ini saya lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.
Menurut Mei Li, dia sanggup membelikan anak kesayangannya itu permainan kepala singa bagi mengembalikan semangat anaknya itu selepas kejadian itu.
Sementara itu, Pakar Pediatrik dan Kardiologi Kanak-kanak, Dr Yong Junina Fadzli menyifatkan kejadian yang menimpa mangsa tidak sepatutnya berlaku memandangkan perkembangan otaknya belum bersedia menerima pengajaran yang terlalu mendalam.
“Kanak-kanak berumur empat tahun sepatutnya diberi peluang bermain seperti kanak-kanak lain dan bukannya belajar mengenai susunan abjad sehingga lancar,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

PATI lebih istimewa daripada pelajar kita
Saya tertarik dengan laporan yang disiarkan ini.
KERA DI HUTAN DISUSUKAN..ANAK SENDIRI BAGAIMANA?
Untuk Renungan bersama... siapa kita... siapa dia...?
Artikel ini disiarkan dalam Harian Metro 29 Januari 2014
Semoga membuka minda dan mata kita semua
Oleh Yaacob Abdul Rahim
Bagi orang bujang di Lembah Klang, RM20 hingga RM25 sehari untuk belanja makan dan minum sudah mencukupi jika mereka sekadar menjamu selera di gerai, restoran mamak atau tomyam.
Lainlah kalau memilih restoran mewah atau hotel, RM200 pun mungkin belum tentu cukup. Itupun agak mustahil bagi orang bujang atau pasangan sudah berkahwin makan di restoran mewah berkenaan setiap hari. Maklumlah, tekak orang kita lebih kepada juadah dihidangkan restoran biasa.
Begitu juga dengan pelajar di asrama sekolah. Kebiasaannya kos makan mereka ditetapkan hanya antara RM10 dan RM15 satu kepala setiap hari oleh pengurusan sekolah. Pandai-pandailah pengendali dewan makan menyediakan menu kepada pelajar terbabit asalkan mendapat kelulusan pihak sekolah. Peruntukan itu mungkin lebih sedikit bagi pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi awam yang masih mengamalkan sistem ‘makan kawah’. Itupun, jumlahnya mungkin tidak sampai RM20 sehari.
Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 4 Januari lalu mendedahkan bahawa kerajaan secara purata terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM75 sehari bagi setiap pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.
Ketika pengumuman itu dibuat, dianggarkan 6,500 PATI sedang ditahan, bermakna perbelanjaan kira-kira RM500,000 sehari diperlukan untuk menanggung mereka.
Beliau memberi alasan, kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan PATI terbabit di Depot Tahanan Imigresen ekoran keengganan negara asal menerima mereka kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.
Sehubungan itu, tidak hairanlah kenapa banyak pihak mempertikaikan kenapa kerajaan perlu mengeluarkan belanja terlalu tinggi kepada PATI terbabit sedangkan kalau mereka bekerja pun, upah yang diterima tidaklah sebegitu tinggi.
Sebagai contoh, PATI yang bekerja di sektor pembinaan hanya dibayar antara RM30 hingga RM40 sehari kalau mereka belum cukup mahir. Bagi yang rajin bekerja lebih masa, dapatlah RM30 lagi, itupun terpaksa bertugas hingga lewat malam.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kos menanggung PATI terbabit.
Presidennya Azih Muda seperti dilaporkan BERNAMA pada 10 Januari lalu berkata, kos tanggungan warga asing terbabit sebanyak RM75 seorang sehari terlalu tinggi dan mencadangkan ia diturunkan kepada RM35.
Menurutnya, kos RM75 sehari bermakna RM2,250 sebulan dibelanjakan kepada seorang PATI sedangkan ada penjawat awam hanya berpendapatan bulanan di bawah RM900.
Itu tidak termasuk rakyat tempatan lain terutama golongan petani, nelayan, buruh serta majoriti penduduk kampung yang berpendapatan bawah RM1,500 setahun. Azih berkata kos yang tinggi sehingga mencecah RM500,000 sehari itu seolah-olah menggambarkan kerajaan memberikan layanan istimewa kepada warga asing yang memasuki negara ini secara haram.
CUEPACS, katanya, berpendapat jika bebanan kerajaan itu dikurangkan, peruntukan berkenaan dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat seperti meningkatkan gaji dan elaun penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya.
Pendapat beliau tentu berasas. Seperti yang dimaklumi, sepanjang PATI terbabit menceroboh masuk ke negara kita, satu sen pun mereka tidak membayar cukai. Malah, mereka turut menerima subsidi kerajaan jika membeli bahan api dan beberapa jenis bahan makanan seperti beras dan tepung gandum. Lebih membimbangkan apabila kerajaan kini sedang mengadakan Ops Bersepadu 6P yang dilancarkan di seluruh negara pada 23 Januari lalu.
Lebih ramai PATI ditangkap bermakna kos menanggung mereka di depot imigresen juga makin meningkat. Apatah lagi apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji bahawa operasi di seluruh negara itu tidak akan dihentikan sehingga semua 400,000 pendatang terbabit yang dipercayai masih berada di negara ini dapat diburu. Dan, mereka akan diusir dari negara ini dalam tempoh tujuh hari selepas ditangkap.
Walaupun beliau memberi jaminan bahawa majikan akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung kos PATI yang ditahan di depot berkenaan, ia mungkin bukan semudah yang dijangka.
Saya yakin majoriti yang ditahan tiada majikan tetap kerana mereka bekerja berdasarkan panggilan harian daripada tauke yang mengenali mereka. Dan, bagi si tauke yang bijak bermain wayang kononnya tidak mengenali mereka bagaimana pula? Adakah kos itu terpaksa ditanggung kerajaan? Itu tidak termasuk negara asal mereka yang enggan menanggung kos berkenaan dengan alasan itu bukan tanggungjawab mereka.
Sebagai anak watan, penulis yakin majoriti rakyat Malaysia menyokong tindakan kerajaan terutama Jabatan Imigresen melaksanakan operasi menahan dan mengusir PATI yang sudah lama bagaikan beraja di hati, bersultan di mata.
Walaupun bukan semua, ramai PATI berkelakuan seperti Malaysia tanah air sendiri hingga mengguris perasaan rakyat tempatan. Adat resam dan nilai murni kita langsung tidak dihormati hinggakan ramai berasa rimas dengan kehadiran mereka.
Sehubungan itu, penulis bersetuju dengan pendapat Azih agar kos RM75 sehari itu dikurangkan segera. Bagaimanapun bukan RM35 seperti yang beliau cadangkan tetapi cukup sekadar RM15 sehari.
Kalau pelajar sekolah asrama sudah cukup dengan peruntukan sebanyak itu, takkanlah PATI mahu merungut. Lagipun, sudah lama mereka mengumpul kekayaan di negara ini secara haram. Kalau mahu makan lebih sedap, gunalah wang yang banyak dikumpul itu!

Renungan Untuk Guru 3
Kes 3
Murid dituduh mencuri wang disiasat secara ganas
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.
Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.
Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.
“Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.
“Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.
Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.
“Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.
Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.
“Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.
“Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.
“Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.
“Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.
Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29
Langgan:
Catatan (Atom)