Masakan mudah macam ni pun nak pos di blog?
Tanggapan terhadap mudah atau tidak sesuatu resepi bergantung kepada penilaian individu. Kalau tak tahu nak buatkan sambal belacan contohnya dan tak ada resepi atau tempat rujukan... ianya menjadi sukar. Akhirnya tak terbuatlah.....
Saya dah pos entri pai labu.. coming akan saya post kan lepat labu dan pengat labu tapi hari ni semudah-mudah resepi tapi rasa yang marvelous gitu... Jemput-jemput labu / cekodok labu.
Ooopss... sebelum tu..ada soalan cepumas:
Kenapa dinamakan jemput-jemput? Tidak cubit-cubit atau gedebuk? Atau kuih sudu-sudu?
Soalan ke 2..kenapa pilih labu? Jawab soalan 2 dahulu...
Labu ni mempunyai betakerotina ( warna oren tu..), vitamin A dan C, kalsium, fosforus, zat besi dan serat.
Labu juga tahan lama... jika saya beli dan tak sempat memasaknya..ianya masih elok.
RESEPI mudah saya juga memerlukan bahan yang mudah:
2 cawan isi labu yang dikukus/ direbus dan dilenyek
1 cwn tepung naik sendiri
3 sudu besar gula/kalau tak suka manis boleh masukkan 2 sudu sahaja
Sedikit air (jika perlu)
Penyediaannya:
Gaul rata kesemua bahan di dalam bekas
Jika adunan terlalu kering, masukkan air sedikit demi sedikit.
jemput mengikut saiz yang sesuai atau comel-comel
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keemasan.
Sejatkan minyak dan hidangkan panas.
*** gunakan tangan untuk menjemput adunan ke dalam minyak
Menurut Wiki :Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa
tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang
bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk
digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
Jadi sekarang saya lebih faham kenapa dinamakan jemput-jemput dan saya pun gunakan tangan untuk menggaul kuih ni dari awal hingga akhirnya menjemput adunan untuk digoreng.
Jemputlah makan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan