sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 20 Februari 2013

Bahan 2D- Gambar/ foto


Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar
b. Grafik
c. Carta
d. Peta
e. Graf
f. Poster
g. Kad Imbasan
h. Kad Gambar

Gambar atau gambarfoto
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto
  1. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.
  2. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
  3. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil
  4. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup.
  5. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto
  1. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
  2. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.
  3. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
  4. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan
  5. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Panduan Penggunaan Gambarfoto.
  1. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
  2. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
  3. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
  4. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
  5. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan.





 


Tiada ulasan: