sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 1 Julai 2013

KARI IKAN U

Bila saya lihat atau terbaca atau makan ikan U, pasti teringatkan jiran kami semasa tahun 70 an-80an... namanya Awang Nah Tan, isterinya Mek dan anaknya ada 3 atau 4 orang..antaranya Mek In, Awang Tan... kerja mereka ni ialah memproses sirip ikan U. setiap hari ramailah orang kampung ke rumahnya untuk bekerja. Saya pulak tak pernah rasa sirip yang dijadikan sup. Semasa tu saya di sekolah rendah dan sering juga menjengah melihat bagaimana mereka bekerja. Dari tingkap saya nampak berguni-guni sirip yang tersimpan dan ada yang direndam, selepas itu direbus. Bila tahu mahal harga sirip ikan U.... dalam hati saya cakap.... ada ke makanan mahal macam tu... ala-ala tak percaya.
Hari ini ,  Ini ikan I..bukan ikan U.....
Ini I punya... walaupun ikan U...
I nak masak ikan U
Selepas ni I bagi U makan ikan U yang I punya
Dr Fouziah Mohd
Apa-apa pun ramai betul penghuni rumah I ni bermusuh dengan ikan U. Bermula dengan rupa ikan U pun dah tak lalu nak pandang... usah cakap nak makan....Malang sungguh nasib Si Ikan U.
Dr Fouziah Mohd

Dalam bulan Jun...ini kali kedua saya memasak kali ikan U. I pula suka ikan U.
Cukup-cukuplah bergaduh tentang ikan U. Dah penat.. marilah tolong I memasak... U kena sediakan bahan-bahan ni dan ikut semua arahan I..OK... :)
1 ekor ikan yu saiz kecil
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 1/2 inci halia
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga pelaga
2 sk halba campuran
2 sb asam jawa- dicampurkan dengan air
2 cawan santan pekat
3 sudu rempah kari
1 sk serbuk kunyit
2 sb serbuk cili
secawan daun kesom
3 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
3 keping asam gelugur
 Garam secukupnya
- Potong ikan yu kepada bahagian yang sesuai-
- Rebus ikan bersama garam dan asam gelugur
Dr Fouziah Mohd
 - Sejukkan dan buang kulit sehingga bersih. 
*** masalah utama ikan U ialah kulitnya yang keras... boleh minta penjual ikan tu siangkan tetapi arwah emak saya ajar supaya rebus....  Seterusnya cara nak memasak kari.
- Panaskan minyak
 Tumis bawang merah sehingga wangi
masukkan halba campuran, kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bawang putih tumbuk, halia tumbuk.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan pes cili + rempah kari+ kunyit
Masukkan air asam jawa dan tumis lagi sehingga pecah minyak
Tambahkan santan pekat- masukkan air jika perlu
Masukkan isi ikan yang telah dibuang kulit
Dr Fouziah Mohd
Masukkan juga daun kesom, garam, gula, perasa 
*** Dah siap
*** Saya beri semangkuk kepada jiran tadi..harap-harap mereka suka
*** di rumah ni hanya saya dan anak lelaki yang cukup berselra dengan ikan U.. yang lain hanya makan sekadar mengambil hati saya aja....
Tetapi semasa saya memasak kali ke dua, semuanya makan kecuali anak perempuan. Ikan U yang kali kedua lebih kecil dan isinya selembut ikan tengiri. Kedua-dua masakan ini langsung tiada bau yang hanyir.


Dr Fouziah Mohd

Tiada ulasan: