Hari silih berganti, mentari masih lagi bersinar... sesuram mana pun hati dan perasaan... sinar mentari muncul setiap hari tanpa mungkir. Jika mendung di daerah saya, daerah lain tetap cerah dan ceria. Kesibukan yang menghimpit menjadikan 24 jam menjadi sangat singkat. Sepanjang hari di pejabat tiada ruang untuk lelap walau seminit. Paling tidak saya mendekati meja Kak Mah untuk bertanya khabar sambil membancuh kopi. Tenaga yang ada digunakan untuk bergerak ke sana-sini, mengadap skrin komputer, menguruskan hal pejabat dan mengurus rumahtangga membataskan ruang rehat untuk diri saya. Masa tidur itulah sahaja ruang rehat yang ada. Mata saya ini sudah kalih dengan tidur 5 jam atau kurang dalam sehari. Teringat kepada yang insan-insan tersayang yang tiada di sisi, antaranya arwah mak dan ayah. Paling terdekat kakak tersayang MEK MAS BINTI MOHD pada 11 April 2015 yang pergi mengadap Ilahi. Pemergiannya menyedarkan saya bahawa tidak perlu terlalu leka dengan urusan dunia kerana pemergian kita ini 'anytime'..tanpa pesan dan tinggalan.
Saya mencari ruang waktu untuk diri sendiri semenjak hidup sendiri, jika sebelum ini saya ada komitmen untuk suami...sekarang hanya untuk anak-anak sahaja. Bergenang air mata seketika. Lupakan...
Selepas solat Asar, sujud dan doa bersusun kepada Ilahi saya mencapai baju T untuk mencari ruang untuk diri saya. Saya tidak mahu penceraian menjadikan saya sedih, masih ada 4 insan lagi yang perlu saya jaga. Jika saya mengalirkan air mata...mereka akan lebih lagi bersedih. Saya perlu bangkit dengan semangat. Saya ada kerjaya, ada rumah dan masa..tetapi paling berharga..saya ada doa daripada ana-anak saya. Itulah harta yang tidak ternilai harganya. Saya masih dalam masa menyesuaikan diri dengan situasi baru... masih mencari ruang untuk diri sendiri, menjaga kesihatan jasmani dan emosi. Jauh sekali fikiran saya kali ini, saya tidak perlu berlengah lantas melangkah pantas demi mengejar waktu untuk berjoging. Hati ini tertanya-tanya kenapa saya perlu ke trek joging yang agak jauh. Apa yang saya cari? Naluri saya memberi isyarat sesuatu semenjak berjumpa dengan lelaki misteri di trek joging, hati kecil ini terasa untuk ke sana. Pada usia sebegini, hati terasa seronok bila disapa begitu. Disapa mesra... senyuman manis... pandangan mata yang bersinar daripada seorang lelaki dewasa...eheemmm..walaupun usianya dah melangkaui 50 tahun. Anak-anak muda tak mahunya menyapa mak cik macam saya ni. Saya terus melangkah, sambil tersenyum girang, namun niat untuk sihat tetap tersemat dalam hati tapi semangat dan motivasi juga penting pada usia begini.
Penatnya nak habiskan satu pusingan, apa taknya sudah bertahun saya lupakan riadah...memulakan semula amat perit. Mata tetap meliar mencari lelaki yang menegur saya pada minggu lepas. Tak berlari ke hari ni? Mungkin dia ke trek lain agaknya. Saya meneruskan berjalan dan sesekala berlari anak untuk ke penamat pusingan pertama. " Assalamualaikum". Suara ceria menegur." Waalaikumsalam", lajunya saya balas...maklumlah dari tadi ternanti-nanti. Rupa-rupanya dia terlewat hari ini. Hati terus berbunga-bunga, bukan orang muda sahaja ada perasaan sebegini. Terasa nak memecut berlari mengejar lelaki misteri yang terus meninggalkan saya sebelum habis salam dijawab. Dia berlalu pantas dan cergas. Apakan daya saya ni tak secergas dia.
Menamatkan satu pusingan bagaikan menghabiskan 30 pusingan bagi saya. Saya berhenti di stesen riadah bagi menggerakkan tangani agar lebih cergas. Berdebar-debar hati ini bila melihat dari jauh lelaki misteri menghampiri stesen riadah. Ya Allah..minta-mintalah dia berhenti. Ya Allah...
Kenapa dia tak berhenti? Saya meneruskan aktiviti untuk pinggang dan kaki. Ahh...lupakan.. dia tak sedarpun kehadiran aku ni. Saya perhatikan dari jauh yang lelaki misteri itu menyapa orang lain juga. Semua orang dia kenal. Tak ada bezanya dengan saya ni. Dia kelihatan amat serasi dengan trek joging ini, mungkin setiap hari ke sini.
Saya melangkah meninggalkan terk joging,sambil berlenggang kangkong, tiba-tiba ada sesorang yang memperlahankan larian di sebelah saya. Allah tahu agaknya perasaan saya tadi. Allah makbulkan doa saya.
" Datang sorang"
" Iya" (..dah nampak saya keseorangan, baik budi bahasanya... berbahasa standard, bukan dialek Terengganu)
"Mana anak-anak?"
" Tak ikut, mereka training memanah, Encik datang seorang juga"
"Beginilah saya"
Dia memperlahankan larian dan berjalan beriringan. Saya memberanikan diri untuk bertanya.
"setiap hari ke sini?"
" dua kali sehari jika tidak berkayuh.."
" bekerja?"
" bekas pelaut.. puan?"
"Saya cikgu"
"hari ni tak ramai sangat pengunjung"
" oo gitu"
"Cikgu ni orang baru di sini"
"Iya..dah lama tak joging.."
"Bagus.Cikgu, usia macam kita ni kena riadah..buatlah apa-apa pun tapi joging ni seronok, dapat jumpa orang, lihat alam sekeliling, boleh sihat. Sihat itu percuma, sakit sahaja berbayar, " Panjang ceramahnya. Peramahnya bekas pelaut ni.
"OK cikgu, saya nak teruskan satu pusingan lagi" Itu bezanya saya dan bekas pelaut tadi, saya tak ada tenaga sehinggakan nak habiskan satu pusingan pun entah berapa kali berhenti.
Bekas pelaut meninggalkan saya di persimpangan, saya meneruskan ke tempat letak kereta manakala dia mengambil arah ke kiri. Dalam hati berkata..jumpa lagi.. saya gelak sendirian, dia tak dengar pun..tapi Allah mendengar.
Hati berbunga girang, lebih girang bila saya pastikan yang bekas pelaut tidak datang dengan isteri. Sah..dia datang keseorangan macam saya juga.
Saya memasang radio, best juga lagu ni...KISAH KAU DAN AKU. Saya menyanyi rangkap yang masih ingat..selebihnya hanya mendengar sehingga habis.
Teringat kisah ku di malam itu
Sejak bertemu ku rindu selalu
Tak dapat aku melupakan oh wajah mu
Telah menjadi lukisan di hati ku
Bagaikan burung yang terbang berkicauan
Riang hati ku kau jadi kekasih
Tak ingin aku akan perpisahan
Hidup ku ria tiada mengenal sedih
Tiada ku sangka mendungkan menjelma
Datang menggelapkan sinaran hidup ku
Belum puas ku merasakan hangatnya
Dingin terasa di seluruh tubuh ku
Masa berlalu kini kau telah berjaya
Malangnya aku telah kau lupakan
Tiada ku sangka begini jadinya
Kan ku hadapi sebagai satu cabaran
Waktu ku sepi ada yang hampiri
Memberi kasihnya sebagai pengganti
Telah ku lupa segala sakit di hati
Tetapi kini engkau ingin kembali
Tak mungkin aku akan menerima mu
Dan melukakan hati kekasih ku
Lupakan saja apa yang berlaku
Jadikan ini satu kisah hidup mu
Sambil melayan lagu-lagu nostalgia yang berkumandang saya meneruskan ke destinasi yang menyimpan seribu peristiwa dan mematangkan saya.
Saya bertemu pelaut..bekas pelaut.