Pagi ini saya melangkah ceria ke pejabat.. thumbs print no 1.. tak boleh.. sana no 2... rosak..yang ke-3 barulah ok. Kaki melangkah perlahan ke bilik sambil berbual-bual dengan rakan sejabatan..(SEMASA KE PUNCH IN TADI MEMANG TAK PANDANG KIRI-KANAN ..MELURU LAJU .. SENYUM AJA YANG SEMPAT DILEPASKAN KEPADA KAWAN-KAWAN). Saya melintasi sekumpulan pensyarah yang sedang berbual di kaki lima dan tiba-tiba.... Innalillah..... Pelajar kita meninggal... Budak mana? Sem 5..baru abis praktikum.. Nama Apa? Asran... Ishhhh.. hati saya makin berdebar-debar... Macam nama pelajar saya tu..semester 5... iya sem 5. Unit mana?...BM. Sebak hati saya, perlahan-lahan air jernih menitis..Al- Fatihah untuk Mohamad Asran B Arifin...kau telah pergi mendahului aku... Saya tersedu di bilik...Perlahan saya capai telefon dan menghubungi KU BM, Aiman. Betul Dr... Asran yang meninggal, kami ni dalam perjalanan ke Kuala Krai. Minta-minta sempat solat jenazah dan kebumikan arwah. Kenapa Aiman tak call saya semalam? Maaf banyak-banyak, dalam keadaan kalut sebab saya baru sampai dari Kelantan malam tadi. Tak apa, saya faham. Hati ini terkilan sebab jenazah masih di Kuala Terengganu pada jam 2 pagi tadi. ketentuan Ilahi dalam segala perkara....Aiman, sampaikan salam saya dan salam takziah daripada saya kepada Mak Ayah Asran, beritahu yang Asran anak yang baik. Baik, Dr.
Saya melayan kenangan dan mengingati kebaikan seorang bakal guru..namum Allah lebih menyayanginya. Perginya bersama amalan yang dikumpulkannya dan jika saya pergi pada saat ini.. tak tahulah banyak mana dosa pahala yang akan saya bawa mengadap Nya. Jika dibandingkan dosa yang dikumpulkan, nescaya saya terkedu sebab usia saya yang banyak ni... jika nisbah dengan dosa saya yang banyak juga.... Ngeri..Takut..

Kenangan yang cukup indah mengajar arwah akan saya simpankan di dalam hati ini, orangnya peramah dan baik hati.
Namum di bilik saya masih tersimpan elok Model yang dihasilkan oleh arwah..
ni modelnya
Masih teringat kata-katanya.. Puan simpan molek deh.. bulih anak Puan wat main ni.. katanya sambil gelak. Inilah yang dihasilkan oleh arwah yang kekal di bilik saya hingga kini dan inilah yang anak saya capai bila sampai ke bilik saya.
Saya melihat kembali hasil kerja arwah yang tersimpan dan dipos melalui online learning..ulasan grafik.. namum grafik dan tajuknya agak mengejutkan.."HATI YANG TERLUKA " hatinya terlukakah? Semoga telah terubat...
Hasil broshur yang dihasilkan sangat kemas dan jelas. terharu dan saya pasti dia diantara pelajar saya yang mendapat A dalam subjek saya.
Saya mendengar kembali rakaman audio yang telah dihasilkan secara berkumpulan bersama khafi dan azri, saya tersenyum sendirian. Kelakar...
Untuk hari ini saya tak bercadang untuk menonton video yang dihasilkan oleh arwah.. mungkin esok atau lusa.. :( . Arwah sangat kreatif dan mempunyai idea-idea segar.
Saya akan simpan hasil Powerpoint yang telah dihasilkan untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain.. moga pahala akan terus mengalir kepada arwah..itulah niat saya.
Begitu juga dengan hasil kerjaya arwah yang lain.
Itulah sahaja topup pahala yang seorang pensyarah dapat lakukan.

Saya pasrah dengan pemergian arwah dan menghalalkan segala perlakuan, makan minum dan segala ilmu yang telah saya curahkan kepadanya. Semoga roh arwah aman di sana dan ditempatkan dalam kalangan solehin dan syuhadah kerana itulah selayak tempat bagi arwah.
*** entah esok lusa masa saya pula pergi meninggalkan anda semua... apa yang saya tinggalkan?
Sedekahkan pahala Al-Fatihah dan bacaan Yaasin untuk saya ya... saya sangat memerlukan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan