gelama ikan duri
bercakap bohong,
lama-lama mencuri.
Hari ini hanya ada siakap sahaja... senohong, gelama dan ikan duri tak ada.... agaknya pergi berkempen kot....Musim pilihanraya ni semua orang tertumpu kepada PRU13. Saya orang biasa...marhain ni..biasa aja... tak terjejas apa-apa. Di tempat kerja sibuk memanjang, bila balik ke rumah sibuk memanjang-manjang dengan anak-anak, suami
Resepi kukus seperti saya masak hari ni sesuai untuk suasana sibuk GILER dan juga sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. JOM MASAK...
1 ekor ikan siakap -500 g
7 ulas bawang putih
1 inci halia
2 pokok daun bawang ( ...1/2 cwn- bila dah potong)
1/2 btg lobak merah
1 biji tomato
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar pati ikan bilis
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu kecil garam (sos ikan dah masin- kalau tak suka boleh abaikan garam)
3 biji limau kasturi/ 1/2 biji limau nipis
Panaskan pengukus dan masukkan bawang goreng ke dalam air kukusan.
Bersihkan ikan dan lap dengan tisu dapur/ tuala.
Kelar beberapa bahagian.
Lumurkan dengan campuran sos ikan, pati ikan bilis, lada sulah, garam dan sebahagian shj minyak bijan dan perap seketika.
Jangan lupa lumurkan juga di bahagian dalam ikan tu....
Sementara tu.. sediakan sayur dan bahan lain
Sagat lobak merah secara memanjang, potong daun bawang anggaran 1/2 inci
Hiris nipis-nipis halia dan bawang putih
susun bahan hirisan di dalam loyang pengukus
Letakkan ikan ke dalam loyang pengukus dan selitkan di celah kelaran tadi dengan halia, bawang putih, lobak merah dan daun bawang.
Masukkan tomato dan bahan hiris tadi ke bahagian dalam bhg perut ikan...
Jika terdapat lebihan campuran bahan perap dan bahan hirisan tu.tabur aja ke atas ikan
Renjis dengan minyak bijan
Kukus selama 15 minit
**Bila dah masak bolehlah diperah dengan limau kasturi.
Makan dengan tomyam yang kaw2 punya... tunggu resepi tomyam yer.. next entri ( harap2lah....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan