western + eastern=weastern ..itulah selayaknya gelaran masakan dalam entri saya kali ini. Hajat hati nak masak western tapi nak ganding dengan apa... kalau silap ganding ..jadi janggallah pulak. Kalau complete ala-barat tu..baru best.
Asparagus yang segar dimakan mentah pun sedap tau..cubalah. Sayur ni pula kalau masak berat-berat tak sesuai. Masak semudah yang boleh agar rasa manisnya kekal. Tapi tekak saya ari ni nak cuba rasa yang berbeza.. haaaa..tu dia....campur belacan sekepal..baru bersin 3 hari 3 malam..hehehehe.
Saya gunakan:
secekak asparagus (cekak saya agak besar +- 15 batang)
3 sudu besar udang kering
1 sudu besar belacan- dibakar
4 ulas bawang putih
4 biji cili api
1/2 biji capsicum
sedikit minyak untuk menumis
Sambil-sambil dengar berita 1.30 di TV3 sambil memasak.. HANGAT BETUL musim PRU13 ni... (saya mendengar TV sebab tempat saya duk memotong sayur ni terhalang skrin TV.. di tempat makan baru nampak TV tu..). Sehangat mana pun berita di TV, jaga masakan kita supaya jangan HANGIT..HANGUS :)
Ibu-ibu...sila..fokus...Fokus-fokus kepada memasak:
Mula-mula tumbuk udang, cili api dan bawang putih kasar-kasar
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi
Masukkan belacan yang dicampur dengan sedikit air- tumis sehingga wangi
Potong asparagus dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
Akhir sekali, jangan lupa tambahkan capsicum
--> rasalah garamnya---> saya tak tambah garam..dah cukup masin
simple.... n .... delicious....
**PERKENALKAN ASPARAGUS GORENG BELACAN**
2 ulasan:
wah serius look delicious yummy!!!atok saya suka sgt msk asparagus n sllu gak buat grg belacan ni he3...
mmg yummy. Rangup dan manis lagi hehehee
lepas ni blh cuba asparagus bakar
Catat Ulasan