sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Sabtu, 22 Jun 2013

Terpilih untuk berbakti

Alhamdulillah hari cuti pun bekerja..hari bekerja pun pastilah bekerja (Nasib baik ada kerja... ramai lagi pembaca yang menganggur).
Usah terlalu berkira dalam bekerja  (Kadang-kadang ada jugak terasa ...bila kawan-kawan lain berehat dengan keluarga... saya bersengkang mata mengadap komputer dan printer) Bila fikirkan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi itu bukan kepada semua orang.... sejuk sikit hati ni. 
Pada hari Khamis lepas jam 2.30 ada mesyuarat.... jam 3.00 Pengarah panggil mesyuarat tergempar... maka tinggallah mesyuarat yang pertama tadi yang sedang berlangsung.
 Terbantut keseronokan yang saya bayangkan dalam hati ...ari ni balik pukul 3... hehehe... bukan pukul 3..akhirnya jam 5.35 petang baru balik. 
Menyelesaikan sesuatu perkara agar sukar, tetapi tidak sesukar memulakannya.
Isu yang dikemukakan bukanlah kisah berat atau serius sangat, cuma perlu membuat sedikit persediaan untuk menerima kedatangan YBhg Tan Sri Abd Ghafar b Mahmud, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada hari Ahad 23 Jun 2013. Maklumlah menerima tetamu yang utama dalam bidang pendidikan.Sudah menjadi kewajiban menerima tetamu untuk mengembirakan mereka.
Berbalik kepada kerja buat saya, pertama kena edit video korporat dan kedua , sediakan presentation untuk pengarah. 
Bila baca tu.. macam senang...
Apa susah... buat ajalah
Sepanjang buat ajalah itu.. semenjak hari Jumaat, saya hanya sempat tidur malam 1 jam lebih. Saya langsung tidak tidur sehingga saat ini..jam 10.55 malam, 22 Jun 2013,Sabtu..saya ada di pejabat tadi mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang dan sambung lagi di rumah sehingga jam 10.26 malam. Bila dah siap tugasan, mata dah tak nak pejam..maka saya pun menulis catatan ini Terasa sangat biji mata dah nak terkeluar...hehehhe..nauzubillah...
Saya dah terpilih untuk menyelesaikan perkara penting. Sematlah pernyataan itu dalam diri kita agar kita redho dengan ketetapan yang berlaku. Namun sebagai manusia yang pasti akan sentiasa berusaha.... 
Apa banyak yang perlu diperbaiki pada masa akan datang ialah:
1. Sikap serius dalam kerja- satu kesukaran kepada yang menunggu bahan dan mencari bahan jika tidak mendapat kerjasama satu-satu pihak.
2. Persediaan awal untuk menerima tetamu penting- semua jawatankuasa perlu bertindak, bukan hanya wakil sahaja.Kepimpinan yang baik apat memberikan maklumat yang betul dan tepat.
3. Sikap yang menganggap sesuatu tugas sebagai beban dan menyusahkan- menyakitkan hati sendiri dan rakan kerja yang lain kerana melihat dan mendengar rungutan sepanjang hari.
4. Tetamu juga perlu memaklumkan dengan lebih awal tentang masa lawatan tersebut agar menyenangkan kedua-dua pihak. Maklumkan tentang matkamat, bilangan yang akan hadir, tempoh masa berada di situ, apa bentuk layanan yang perlu dan tidak perlu ( Contohnya: saya tak nak sambutan dengan kompang atau bunga mangga.....) 
5. Usah berkira tenaga dan wang ringgit sebab bukan semua kerja memberikan kepuasan yang boleh dibeli. Elakkan daripada berkata" Kerja penat-penat..habuk pun tarakkkkk" Ingat Allah tak berikan habukkkkk...tapi segala nikmatnya sudah cukup menyenangkan kita.....  
5. Hargailah mereka yang bekerja bersama-sama ana. Tak susah pun... TERIMA KASIH... itu sahaja. Jika dapat sediakan air mineral lagi baik, kalau ada karipap, sudah cukup baik, jika ada nasi bungkus... TERBAIKlahhh.Bukan nilaian makanan tetapi menjaga hubungan dan mengambil tahu adalah sikap yang terbaik ( ..tadi ada seorang technican yang tak sempat breakfast.. masa tu sekitar jam 11.00 pagi...bayangkan jika anda sebagai bos sediakan air dan karipap yang melibatkan kos RM 10.00 untuk 5 orang....) Lakukan..
6. Jika berlaku kesilapan..muhasabah diri sendiri terlebih dahulu... apa yang perlu saya lakukan... bukan. kenapa dia tak buat begitu.
Mata sudah mengantuk..moga masih terus bernafas untuk berbakti. Esok akan berjumpa dengan KPPM.:) 
 .

Tiada ulasan: