saluran untuk berkongsi maklumat, menghargai dan menyayangi..secara terbuka ..santai.. untuk semua..untuk kita..
sila-silalah
pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung
Jumaat, 30 Mac 2012
Khamis, 29 Mac 2012
UMBUT KELAPA SAWIT
MASAK TUMIS UMBUT KELAPA SAWIT
Dulu-dulu....bila ada kenduri kahwin, bukan sahaja lembu yang ditumbangkan... pohon kelapa pun ditumbangkan... kalau di kawasan yang ada kelapa sawit... haaaa... pohon kelapa sawit itu pun ditumbangkan. Macam-macam boleh digunakan, daun buat alas untuk potong daging, batang kelapa diguna untuk dijadikan tungku dan umbut pula dimasak. Nostalgia... sekarang ni kalu pergi kenduri kahwin dah jarang jumpa masakan daripada umbut kelapa/ kelapa sawit. Memang sedap, manis, lemak dan menyelerakan. Umbut ni sedap dimasak acar atau dimasak lemak. Itulah rupanya... MASAK TUMIS UMBUT yang dah masak dan dimakan oleh saya :). Saya cari mak cik tukang masak ni... DI DAPUR..rumah pengantin. Berbekalkan muka yang mesra alam....saya bertanya khabar dan terus minta resepi... Bukan niat nak dapatkan resepi semata-mata. Ukhuwah....Memang senang sangat nak memasaknya....Saya belum cuba lagi ni.....mana nak cari umbut kelapa sawit??? So, saya share resepi ajalah... kalau dah cuba sila respon yer..
Bahan-bahannya ialah:
Umbut kelapa sawit yang telah dicincang halus-2 mangkuk sedang
bawang merah 6 ulas
bawang putih 2 ulas
bawang besar 2 labu
santan pekat 1 mangkuk sedang
cili boh 5 sudu besar
minyak untuk menumis
gula
garam
Cara-caranya pula:
Tumbuk/ Kisar bawang2 merah, putih dan besar.
Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga masak.
Masukkan bawang2 yg telah dikisar....tumis hingga betul2 wangi menusuk ke hidung...
Masukkan umbut tadi... kacau2
Masukkan santan....
Garam dan gula pun dimasukkan juga
Masak hingga dah separuh masak sahaja... tak perlu lembut sangat...
Keluarkan umbut tadi ke dalam belas lain..
Teruskan memasak sambil kacau2 kuah santan tadi hingga pekat
dan last sekali.... masukkan kembali umbut tadi ke dalam kuali...
Gaul hingga sebati.......
Bolehlah dihidangkan...
Jangan lupa...selamat mencuba
Dulu-dulu....bila ada kenduri kahwin, bukan sahaja lembu yang ditumbangkan... pohon kelapa pun ditumbangkan... kalau di kawasan yang ada kelapa sawit... haaaa... pohon kelapa sawit itu pun ditumbangkan. Macam-macam boleh digunakan, daun buat alas untuk potong daging, batang kelapa diguna untuk dijadikan tungku dan umbut pula dimasak. Nostalgia... sekarang ni kalu pergi kenduri kahwin dah jarang jumpa masakan daripada umbut kelapa/ kelapa sawit. Memang sedap, manis, lemak dan menyelerakan. Umbut ni sedap dimasak acar atau dimasak lemak. Itulah rupanya... MASAK TUMIS UMBUT yang dah masak dan dimakan oleh saya :). Saya cari mak cik tukang masak ni... DI DAPUR..rumah pengantin. Berbekalkan muka yang mesra alam....saya bertanya khabar dan terus minta resepi... Bukan niat nak dapatkan resepi semata-mata. Ukhuwah....Memang senang sangat nak memasaknya....Saya belum cuba lagi ni.....mana nak cari umbut kelapa sawit??? So, saya share resepi ajalah... kalau dah cuba sila respon yer..Bahan-bahannya ialah:
Umbut kelapa sawit yang telah dicincang halus-2 mangkuk sedang
bawang merah 6 ulas
bawang putih 2 ulas
bawang besar 2 labu
santan pekat 1 mangkuk sedang
cili boh 5 sudu besar
minyak untuk menumis
gula
garam
Cara-caranya pula:
Tumbuk/ Kisar bawang2 merah, putih dan besar.
Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga masak.
Masukkan bawang2 yg telah dikisar....tumis hingga betul2 wangi menusuk ke hidung...
Masukkan umbut tadi... kacau2
Masukkan santan....
Garam dan gula pun dimasukkan juga
Masak hingga dah separuh masak sahaja... tak perlu lembut sangat...
Keluarkan umbut tadi ke dalam belas lain..
Teruskan memasak sambil kacau2 kuah santan tadi hingga pekat
dan last sekali.... masukkan kembali umbut tadi ke dalam kuali...
Gaul hingga sebati.......
Bolehlah dihidangkan...
Jangan lupa...selamat mencuba
Berbanding dengan acar timun dan lobak merah...acar sengkuang....memang TERNYATA...masak tumis umbut ni
.....THE BEST.....
Sambil makan saya berterusan memuji kesedapan masakan ini dan akhirnya 4 kali tambah umbut ni...( nasi tak tambah yer...)
Rabu, 28 Mac 2012
KISAH DALAM BAS (pengenalan)
KISAH DALAM BAS (Siri Pengenalan....)
Hari ini saya masih dalam mod berkursus...tapi entri kali ni...jeng..... jeng... jeng.....Tajuk macam sensasi.. tapi isi tak adalah sesensasi yang difikirkan. Tentang bas, pemandu, penumpang, pengurusan bas, kerani tiket dan stesen bas. Secara umum BAS.
Macam-macam bas ekspres dah saya naik, ADIK BERADIK, SANI, TRANSNASIONAL, MUTIARA, PERDANA, SP BUMI. MEGA, BUDAYA, kalau dulu-dulu Rangkaian Mewah, Park May, Sutera dll. Kalau ada anugerah naik bas paling bayak, terasa jugak nak masuk calon. Pada bulan Mei tahun 1996 hingga 1997, setiap minggu ke Kuala Lumpur, selepas itu awal tahun 1998 hingga 2000 ke Johor. Tahun 2008 hingga 2012 ke Kajang. Sebelum tu, tahun 1986 hingga 1989 pula ke Kelantan daripada Terengganu. Rupanya saya ni dalam kategori penyumbang dalam kemajuan syarikat bas jugak....
Bila dah naik bas kerap sangat, saya dah kalih... dalam bas pun boleh lena semacam. Rasa macam di atas tilam empuk di dalam bilik tidur berhawa dingin. Perjalanannya pula selama 7 hingga 9 jam kekadang mencecah 12 jam (bila bas rosak jadi 14 jam...pernah sekali dulu....). Memanglah perjalanan dengan bas ni mencatatkan banyak kenangan dalam hidup saya. Rasa juga nak buat kira-kira tapi dah lupa jumlah perjalanan terdahulu. Saat ini terasa juga terkilan sebab dulu-dulu saya tidak ada catatan yang proper. Dua tiga tahun ni saja yang ada catatan, selepas tu baru tahun ni mula mencatat dengan kemas segalanya. Catatan ni bukan apa...nak ingat tarikh sahaja. Namun begitu peristiwa dan pengalaman yang dialami/ diperolehi masih segar hingga kini walaupun dan berpuluh tahun berlalu.
esok kita mula dgn kisah 1...... See u....
Langgan:
Ulasan (Atom)