KISAH DALAM BAS (Siri Pengenalan....)
Hari ini saya masih dalam mod berkursus...tapi entri kali ni...jeng..... jeng... jeng.....Tajuk macam sensasi.. tapi isi tak adalah sesensasi yang difikirkan. Tentang bas, pemandu, penumpang, pengurusan bas, kerani tiket dan stesen bas. Secara umum BAS. Macam-macam bas ekspres dah saya naik, ADIK BERADIK, SANI, TRANSNASIONAL, MUTIARA, PERDANA, SP BUMI. MEGA, BUDAYA, kalau dulu-dulu Rangkaian Mewah, Park May, Sutera dll. Kalau ada anugerah naik bas paling bayak, terasa jugak nak masuk calon. Pada bulan Mei tahun 1996 hingga 1997, setiap minggu ke Kuala Lumpur, selepas itu awal tahun 1998 hingga 2000 ke Johor. Tahun 2008 hingga 2012 ke Kajang. Sebelum tu, tahun 1986 hingga 1989 pula ke Kelantan daripada Terengganu. Rupanya saya ni dalam kategori penyumbang dalam kemajuan syarikat bas jugak....
Bila dah naik bas kerap sangat, saya dah kalih... dalam bas pun boleh lena semacam. Rasa macam di atas tilam empuk di dalam bilik tidur berhawa dingin. Perjalanannya pula selama 7 hingga 9 jam kekadang mencecah 12 jam (bila bas rosak jadi 14 jam...pernah sekali dulu....). Memanglah perjalanan dengan bas ni mencatatkan banyak kenangan dalam hidup saya. Rasa juga nak buat kira-kira tapi dah lupa jumlah perjalanan terdahulu. Saat ini terasa juga terkilan sebab dulu-dulu saya tidak ada catatan yang proper. Dua tiga tahun ni saja yang ada catatan, selepas tu baru tahun ni mula mencatat dengan kemas segalanya. Catatan ni bukan apa...nak ingat tarikh sahaja. Namun begitu peristiwa dan pengalaman yang dialami/ diperolehi masih segar hingga kini walaupun dan berpuluh tahun berlalu.
esok kita mula dgn kisah 1...... See u....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan