
Bahan-bahannya ialah:
Umbut kelapa sawit yang telah dicincang halus-2 mangkuk sedang
bawang merah 6 ulas
bawang putih 2 ulas
bawang besar 2 labu
santan pekat 1 mangkuk sedang
cili boh 5 sudu besar
minyak untuk menumis
gula
garam
Cara-caranya pula:
Tumbuk/ Kisar bawang2 merah, putih dan besar.
Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga masak.
Masukkan bawang2 yg telah dikisar....tumis hingga betul2 wangi menusuk ke hidung...
Masukkan umbut tadi... kacau2
Masukkan santan....
Garam dan gula pun dimasukkan juga
Masak hingga dah separuh masak sahaja... tak perlu lembut sangat...
Keluarkan umbut tadi ke dalam belas lain..
Teruskan memasak sambil kacau2 kuah santan tadi hingga pekat
dan last sekali.... masukkan kembali umbut tadi ke dalam kuali...
Gaul hingga sebati.......
Bolehlah dihidangkan...
Jangan lupa...selamat mencuba
Berbanding dengan acar timun dan lobak merah...acar sengkuang....memang TERNYATA...masak tumis umbut ni
.....THE BEST.....
Sambil makan saya berterusan memuji kesedapan masakan ini dan akhirnya 4 kali tambah umbut ni...( nasi tak tambah yer...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan