HOW TO SELL YOUR SELF
rm 300...rm 10...rm 5..rm 10400.... rm 0.50...rm 4020.
rm 15199999
Bagaimana anda menjual diri anda
berapa harga yang diletakkan
berapa harga yang dinilai oleh orang lain terhadap anda
ANDA YANG TENTUKAN
ANDA YANG TENTUKAN
Saya menerima buku ini daripada seorang rakan yang saya amat kagumi dan kali pertama melihat tajuk buku ini membuat saya terus membelek helaian demi helaian. Tarikan sub tajuk dalam buku bagaikan irama yang mengulik dan sesekali bagaikan hempasan ombak yang kuat di dalam diri saya yang membuat saya tersedar. Saya terfikir dan terus berfikir, membanding dan menilai diri daripada setiap bait dan umpama yang diutarakan. Saya di mana dan apa yang saya inginkan. Insya Allah penjualan yang baik (imej yang sempurna) di mata manusia bila berhadapan khalayak membawa seribu kebaikan secara langsung mahupun tidak. Inilah buku yang saya maksudkan:
Antara sub tajuk yang dibincangkan ialah:
- Selling yourself
- Selling your competence
- Selling your likability
- Selling with the right signal
- Selling yourself as a speaker
- Selling your in confrontation and media interviews
- Selling your in the classroom
- Selling your product
- Selling yourself in the job interviews
- Selling yourself in a meeting
- Selling yourself in negotiation
- Selling your leadership
- The luck factor
Apa yang dipaparkan dalam buku ini adalah perkara asas yang dianggap remeh tetapi perkara sebegini menjadikan diri anda sebagai anda yang sebenarnya.
Pamerkan kebolehan dan keupayaan diri dengan tepat- "What you say" dan "How you say it"
Cara mengawal pemikiran ketika menghadapi audien adalah gambaran keupayaan/ kemampuan anda dan dapat dilihat melalui gambaran wajah, tubuh dan suara yang dilontarkan.
Matlamat utama komunikasi untuk penyampaian maklumat yang berkesan dan menjadi penyampai yang disukai. Oleh itu gunalah wajah sebagai gambaran positif yang pertama kepada audien. Peningkatan tahap keyakinan memerlukan latihan demi latihan. Wajah yang ceria, pergerakan tubuh badan dan suara yang bersesuaian adalah gambarannya. Turut dibincangkan tentang persediaan sebelum berucap seperti persediaan, tahu keperluan audien, ketahui kekuatan diri, gangguan dalam percakapan, contoh-contoh yang baik, eye contact, cara berdiri, duduk, memandang audien dll. Banyak perkara menarik yang dibincangkan dengan mendalam. Buku setebal 256 muka surat ini tidak menjemukan dan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua golongan masyarakat.
**** Teringat kata-kata seorang pelajar saya dulu, Cikgu, cikgu, membaca itu jambatan ilmu tak membaca jambatan DUNGU. Saya pun cakap " macam-macam awak ni kalau dalam hal merepek, mahir sangat...". Tetapi selepas itu saya terfikir juga tentang kebenarannya, ada benarnya.***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan