ULAM TEMPATAN PENAMBAH SELERA
Dalam kesibukan menyiapkan tesis...lupakan...lupakan seketika....(cuba menipu diri......hehhehe..harap2 menjadi)
Tetiba teringatkan....SILOM oh SILOM. Silom ni bila sebut nama pun dah rasa tenang, kalau sebut TESIS...rasa pening tang ni jugak. SILOM..Bila dah makan, sedap.. semua ahli keluarga suka...lagi pun murah. Kalau ulam lain tu, jenuh jugak suruh anak makan dah macam ugut ( mama macam along daa...) baru nak cuba. Ulam ni saya suruh anak cuba sehelai daun ..then...dia ambik sendiri, LEGA. Oh pasal ulam ni, saya beli dari jiran rm1.00 aja seikat. Dah namanya jiran yang jual memang harga adik-beradiklah.Murah sangat-sangat. Kalau di pasar tani... mahunya rm3.00. Banyak tu, cuba lihat foto..Kepada pembaca yang tak kenal lagi tu...mari kita tengok spec ...pokok ni
Nama saintifik : Oenanthe javanica
Nama lain: Java dropwort,seri, silom, water parsley,water celery,pampung,
Keterangan : Batang lembut macam kangkung..beruas-ruas, daun yang
cantik, sedap dimakan mentah dan dimasak lemak.
Mempunyai bau yang sedikit wangi dan rasa yang
sangat lembut berbanding ulam raja.
Lokasi: Hidup di tempat yang lembab/ berair
Pembiakan: Keratan batang
Kegunaan: Ulam- kerabu, makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk
Sayur- masak lemak
Ubatan: mencuci darah dan nyah toksik dalam badan
Hiasan: di tepi kolam/ tempat lembab
Next N3 saya nak tunjukkan kerabu yang saya dah buat..tunggu ya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan