Dah lama tak menjenguk ruang blog ni.... kurang 1 hari sebulan..lama tu. Bila agaknya nak menulis secara konsisten. Lepas mood raya ni, Insya Allah. Mana tak nya.. open house sana-sini, kenduri kahwin setiap hujung minggu, majlis kesyukuran, house warming dll.. apa yang melegakan sedikit kepala saya ni bila hard cover tesis dah dihantar ke fakulti 3 September 2012 ( ...Ya Allah...permudahkanlah usaha ku ini..moga dapat konvo Oktober ni..)
Dalam kemalasan sana-sini hati tersentak dengan berita yang yang hangat dan hangit dalam akhbar hari semalam.KERAT ALAT SULIT TEMAN LELAKI - BALAS DENDAM SEBAB CURANG. Ngeri saya baca...... ishhhh....saya pandang lelaki setia di sebelah saya..kalau dia buat hal... nak buat macam tu ke???? Ishhhh....nauzubillah..macam-macam penyelesaian yang baik bukannya nak cari penyelesaian yang membawa lagi banyak masalah.
Kisah yang berlaku di PERU ni mengisahkan Huaman Julia Munoz berusia 41 tahun. Akibat dendam terhadap Ramon Arias Apayco yang berusia 46 tahun (bukan remaja lagi ni.....) maka ZZZUUUUUPPPsss.... si Julia ni pun kerat alat sulit teman lelakinya ( bukannya suami...) semasa Ramon sedang tidur. Bayangkan celik mata dah tak ada...... dah macam iklan biskut chipsmore. Ini kes balas dendam dan berang kerana main kayu tiga yang trajis. Kalu dah dikerat tu dan diletak sebelah si Ramon tu ...kira dapat jumpa lagilah... ini tak si Julia ni.. keras betul hati dia..dahlah kerat ..lepas tu buang ke dalam mangkuk tandas. Hati-hati kepada kaum lelaki yang berjumpa dengan wajah di bawah ni....
Kisah yang lebih kurang sama pernah berlaku di California, pada bulan Julai 2011. Si Catherine Kieu Becker ni melakukan jenayah terhadap bekas suaminya. Diberinya dadah, kemudian diikat dan dipotong kemaluan bekas suaminya itu ( Agaknya.. nak tunggu tidur tak tidur-tidur.. sebab tu diletakkan dadah..agak sayalah...). Hasil potongan telah dibuang ke dalam tong sampah. Kejamnya.....
Apa yang akan dipaparkan selepas ini agak berlainan sedikit dengan kedua-dua kisah di atas... seorang lelaki yang menceroboh rumah Monju Begum di Dhaka, Bangladesh telah menerima padahnya .Insiden ini melibatkan jiran Monju yang bernama Mozamel Maq Mazi yang cuba untuk merogolnya.Monju ni telah memotong membawa keratan alat sulit jirannya itu ke balai polis sebagai bukti.
Rentetan peristiwa yang berlaku menunjukkan betapa penting nafsu syahwat disalurkan ke arah yang betul dan pentingnya ikatan perkahwinan yang halal, aman dan damai. Saya sangat percaya akibat tekanan yang hebat yang bergolak akan menghasilkan sesuatu tindakan diluar jangkaan. Dikala ditimpa masalah, akal yang pendek dan pengaruh nafsu jahat akan mengatasi segala yang baik dan hasilnya akan memudaratkan bukan sahaja pelaku, mangsa tetapi juga masyarakat. Namun begitu latihan dan kekuatan dalam menghadapi masalah sangat penting agar setiap orang mempunyai ruang dan ketepatan akal untuk membuat keputusan dalam keadaan tertekan.
Sebagai orang Islam dan mempunyai kekuatan diri sudah tentu lebih tenang dalam menghadapi masalah.. kalau dah tak suka buat apa tunggu lagi...cari jalan..keluar dari situasi tersebut. Usah melakukan jenayah untuk menyelesaikan masalah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segala yang berlaku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan