Nak ke mana? ( ish....... dah tahu bas ni nak ke Kl..Kajang) sapa seorang kakak penumpang yang baik, ramah di sebelah saya. Dia sambung lagi perbualan setelah mendengar sepatah jawapan daripada saya. Bas sekarang ni memang ikut masa betul, kalau lambat ditinggalnya...saya membalas dengan senyuman ( memanglah akak.. kena ikut jaduallah, bukan kapal terbang saja kena ikut jadual).Kakak tadi membahasakan dirinya Kak Lah. Saya membetulkan tempat duduk, maklumkah kedua-dua kami saiz XL.... biasa duduk dengan orang muda..selesa sikit. Ini dah bergesel peha. Bila menaiki bas dan memerlukan masa yang panjang saya perlu rehat secukupnya. Tolonglah.. saya tak suka bercakap malam-malam begini...nak tidurlah... Saya nak makan sekejap sebab tak sempat dinner tadi dan tidur. Esok pagi dah ada perjumpaan dengan penyelia. Nak edit... print...binding..tapi yang paling tak tahan kena tegur banyak-banyak ( heee.. ego tinggiku tergugat...)
Kemesraan yang dipamerkan membuat saya yakin dan mula rancak berbual...mengantuk pun dah berkurang. Sambil berbual saya berkongsi roti cream dengan Kak Lah tadi.. Saya tekun mendengar kisah hidupnya, kisah anak-anaknya..kisah cucunya yang sakit..kisah mengapa dia balik ke Terengganu sekejap sahaja. Sesekali saya meneguk air mineral, nikmatnya rezekimu Ya Allah.. Simpati saya kepada Kak Lah tadi tiba-tiba meningkat. Dia cukup peramah dan bijak memulakan topik baru perbualan ( Bab mula perbualan ni saya memang GAGAL.. tak pandai....).Terdetik juga di hati kalau sedang sedih kenapa wajah dan suara ceria?. Saya dapat agak suara dia tu boleh didengari sekurang-kurangnya 4 baris ke depan dan ke belakang. Atau mungkin dia seorang yang HAPPY GO LUCKY- macam saya (???). Manusia ni ada dianugerahkan Allah suara yang lantang....saya akur...
Selepas dah agak mengenali Kak Lah.. baru saya sedar yang suaranya agak perlahan berbeza dengan awal tadi. BINGIT. Maklumlah kisah ibu tunggal, menghadapi masalah kewangan untuk menyara hidup, menjaga cucu yang sakit, anak-anak bekerja kilang dan tinggal menyewa di Bandar Baru Bangi.Sempitnya hidup dia berbanding dengan aku ni... sekurang-kurangnya saya ada suami, anak-anak yang sihat dan rumah... Kak Lah kesempitan hidup nak beli tiket balik ke Terengganu dan datang semula ke Bandar Baru Bangi pun terpaksa meminjam dengan adik-beradik. Saya rasa simpati. Kesian Kak Lah.. sabarlah Kak Lah.. iya ker Kak lah..itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya. Selepas tu mata saya berpinar tiba-tiba..betul ke apa yang saya dengar?Kak Lah nak...nak pinjam duit...
Kesian. ( saya nak tolonglah... dapat pahala...). Tapi ada kisah yang menyebabkan saya terhenti untuk terus mendengar ceritanya..Bergetar jantung hati saya. Bukan
sedikit nak dipinjamnya RM2000 sahaja ...WWwooooowwww... dia tak tahu dlm handbag saya ada RM120
aja..hehehehe..handbag mcm mahal... Hampir tersedak saya dibuatnya. Kalau saya banyak duit tentu saya ke McDonald beli set burger dan ayam goreng untuk dijadikan makan malam. Tadi saya makan roti yang berharga RM0.70 sahaja.Air mineral RM 1.00.
Dgn kisah-kisah sedihnya.. KakLah memerlukan duit dengan segera..(hati saya terasa nak cakap..saya akan tolong ya.. sikit pun tak apa kan? Tak perlu bayar..sebab sedikit sahaja... RM 200 ..boleh tak Kak Lah?? Kira sedekah...)
Saya tahu dia terbayang selepas turun daripada bas saya akan segera ke MKD= MESIN KELUAR DUIT (ATM laaa...)
Saya
terbayang wajahnya sedikit ceria tetiba hanya senyum tak
habis...sekelumit sahaja sebab hanya rm200 saja yang saya beri sedangkan
dia memerlukan rm1800 lagi
kesiannya dia....
Saya
perhatikan riak resahnya bila saya menyoal dengan lebih banyak tentang diri
dia bagi mendapatkan penjelasan. Saya nak melawat sendiri cucunya dan nak jumpa anak-anaknya.
Maklumlah saya guru kan... kalau pelajar jawab soalan tak tepat pun..saya akan tanya lagi..biar jelas.
Sekali lagi ..bila saya minta nak ke rumah dia untuk jumpa ahli keluarga dia..mulalah Kak Lah gelisah tak keruan..
berdalih sana-sini
sah..sah
Sekarang saya cuba mengawal situasi dan persoalan demi persoalan yang diajukan oleh saya menjadikan Kak Lah mengantuk tetiba... saya rasa lucu dan senyum sendirian dalam kegelapan malam. Macam-macam manusia ni. Biarlah Kak Lah melayan mimpinya dan saya terus berfikir...
adakah saya prospek mangsanya?
atau memang dia betol2 memerlukan?
saya terlena dalam mimpi indah menabur duit kepada kanak-kanak ( heeee...)
Saya terjaga bila sampai di Hentian Kajang, saya sempat menyapa Kak Lah dan meminta maaf sebab tak dapat menolongnya. Mata saya mengiringi Kak Lah dalam sejuk udara pagi.
....... Kesian dia.
...... atau dah ramai yang menjadi mangsanya.
kesian kepada mangsa dia.. (jika ada...)
Mangsa itu mungkin juga orang yang lebih baik daripada saya dan pengajaran penting untuk diri saya usah terlalu melayan karenah orang yang baru dikenali.
Perjalanan seterusnya banyak mengajar saya .. rupanya saya insaf masa tu saja..
saya hampir tertipu dengan kaedah lain yang digunakan oleh pemangsa
tunggu....kisah saya yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan