sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 9 November 2012

Guru Yang Hebat

GURU YANG BAIK IALAH GURU YANG KREATIF
Nak jadi kreatif perlu kos yang tinggi ?
Perlukan masa yang banyak?

Idea yang gempak?
Semuanya tidak tepat, kos, masa dan idea bukan halangan utama. Halangan utama ialah pemikiran anda. Guru yang kreatif menjadikan proses P&P menarik dan hidup.  (Menjadi guru perlu 'hidup'... sampai bila guru perlu berlakon ..untuk setahun pertama ok.. untuk tahun-tahun berikutnya?). Guru yang baik dapat menggunakan segala ruang dan peluang yang ada pada masa tersebut untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada pelajar. Apa yang pasti tidak membebankan semua pihak dan menjadi umpama sedutan nafas seorang guru.  Guru perlu berpegang kepada prinsip tersebut. Murid adalah amanah dan guru akan dipersoalkan dengan apa yang telah guru lakukan terhadap murid. Jadi, lakukan yang terbaik sepanjang masa. 

Pada kali ini saya nak berkongsi dengan para guru contoh bahan 3D yang boleh digunakan dan diubahsuai dengan sedikit kreativiti dalam P&P.  Penggunaan bahan 3D popular dalam P&P bukan sahaja peringkat rendah tetapi juga menengah. Contoh yang dipaparkan nanti merupakan hasil kerja pelajar saya


Bahan 3 Dimensi

Alat bantu mengajar menjadi tarikan utama murid untuk mengekalkan tumpuan dan perhatian mereka dalam bilik darjah. Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Alat bantu mengajar 3D mempunyai kelebihan tertentu:


Kelebihan Bahan 3D
  • Konsep yang betul dapat dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
  • Pembelajaran berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
  • Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik.
  • Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
  • Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
  • Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
  • Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.
  • Meningkatkan motivasi murid
  • Memberi peluang kepada murid untuk membentuk keyakinan diri melalui penglibatan dalam aktiviti. 

Pelbagai jenis alat bantu mengajar terdapat dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang sesuai digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah :
• Realia
• Model
• Diorama
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mobile'
• Topeng




 


 


Tiada ulasan: