sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 23 November 2012

PERIA PANTAI

Bila sebut PERIA ramai yang tak suka.. pahit katanya..
Tapi bila sebut PERIA PANTAI... lain pula jawapannya.. ADA KER? Tak pernah jumpa pun.  Haaaa... kepada pembaca yang belum kenal dan nak tahu lebih lanjut lagi mari saya tunjukkan rupanya.

Aikkk.. tak ada rupa buah peria pun... Kenapa nama peria?
Bila dah lihat berbeza, tentu rasa tak sama kan... Tepat sekali rasa peria pantai ni berbeza dengan peria biasa atau peria katak. Tahun-tahun sebelum ni mak cik cleaner yang bawakan untuk saya, diberi duit tak mahu...so saya kira sistem barter jer dgn mak cik tu. Sekarang pokok yang diberikan dah hidup subur di belakang rumah. Ketinggiannya mencecah 8 kaki dalam masa setahun. Pembiakannya melalui biji benih tapi saya diberi anak pokok yang dah berakar.
Nama saintifiknya ialah Colubrina asiatica
Mempunyai daun berkilat bewarna hijau gelap.  daunnya berbentuk seakan-akan daun bunga raya tetapi lebih kecil. Mempunyai buah yang berwarna hijau bila muda dan berubah menjadi keperangan bila matang. 

 Bahagian dalam buah mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam. Manakala pokok ini juga mempunyai bunga putih bersaiz kecil. 

Nak makan macam mana? Lihat foto di atas ni...Daun peria pantai ni boleh dicelur dan dimakan bersama budu, dicicah sambal belacan atau sambal tempoyak. Ianya mempunyai rasa tersendiri dan lemak dan manis bila dikunyah.
Daunnya juga enak dimasak lemak.
Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah tinggi  dan kencing manis dan seingat saya menjadi pilihan masyarakat di kampung saya semenjak dahulu lagi. 

Tiada ulasan: