Boneka
atau Patung
Boneka
boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam
semua mata pelajaran bergantung kepada kreativiti guru. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan
untuk kegunaan guru termasuklah;
(a) Boneka sarung Tangan/stokin
(b) Boneka Lidi
(c) Boneka Wayang Kulit
(d) Boneka Bertali
Boneka
Sarung Tangan/stokin
Sarung
tangan atau stokin boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan
boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka. Malah para guru boleh melukis secara terus pada jari mereka atau murid-murid.
Beberapa contoh hasil kerja pelajar saya.
Boneka stokin ini digandingkan dengan bekas yang memudahkan pengajaran matematik sekolah rendah. Beberapa contoh hasil kerja pelajar saya.
Pelajar saya turut menghasilkan boneka yang kreatif daripada span yang mudah diperolehi.
Boneka Lidi
Boneka Lidi
Boneka
ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi
yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.
Boneka Wayang
Kulit
Rupa
bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong
keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu
pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian
belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut
akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan
anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit
ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan
terpapar di atas skrin.
Boneka
Bertali
Boneka
Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier
mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk
membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. (Foto di bawah ni saya perolehi daripada google images)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan