sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 10 Jun 2012

Buku Lanskap 1-

Dah lama tak post tentang buku.. terutama setelah saya kemas buku di dalam rak... kemas-kemas.  Tapi, semenjak kebelakangan ni saya sering membaca majalah yang berkaitan dengan lanskap.  Maka..terjumpalah sebuah buku yang telah lama berada dalam simpanan saya.  Saya sempat membelek dan membaca sekali lalu sahaja... (2 tahun lepas) tetapi semenjak minat bunga ros ni.. saya mencari idea untuk susunan taman yang indah. Saya mencari ruang masa untuk meneliti kembali buku ni. HOME LANDSCAPING.

Buku ni pemberian seorang kawan yang berpindah pejabat, dia berikan buku ni.. "Ambiklah untuk U yang minat pokok.." (Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan....memang saya minat pokok... dia tak tahu... lalang pun saya tanam di laman rumah heeee ). Selepas tu di hulurkan satu lagi buku yang berkaitan dengan taman jugak, nanti saya perkenalkan."Nanti dah buat cantik-cantik, ajak saya makan-makan.. BBQ" selepas tu "Ehhh..ada lagi satu ni yg related...." 3 buah semuanya.  Sebagai seorang rakan yang memahami minat saya, dia (RM) dengan senang hati menyerahkannya (kalau tunggu saya beli buku lanskap yang berharga beratus-ratus ni..mungkin tidak)
Bahagian dalamnya ada menceritakan tentang kesesuain taman depan rumah, sisi dan belakang rumah.

Contoh-contoh taman untuk depan rumah
Saya duk membayangkan..alangkah cantiknya jika depan rumah saya macam dalam pic di atas ni.. ros keliling pagar...
Cadangan  taman edible pun cantik, tapi saya ubahsuailah, letak kangkung, serai, lengkuas, kadok, pandan dll.  Kalau nak colour macam dalam buku tu ...kena hijrah ke UK gamaknya (bukan Ulu Kelantan...)
Ada lagi..yang ni cadangan untuk bahagian belakang rumah, cantik kan?
Saya gunakan ilmu ni untuk depan rumah saya..next time saya upload gambar.  Kita kena sesuaikan apa yang dilihat dan dipelajari dengan situasi, lokasi, masa, kos dan bahan yang ada.( usah lupa bebanan penyenggaraan).  Kalau bina taman hanya cantik untuk 2 minggu pertama tak berbaloi, selepas tu entah mana bunga..entah mana rumput :)

Nak buatlah macam ni, cantik kan kalau ada arch..
Buku ni turut menunjukkan step by step cara nak bina pagar, arch, deck, bench dll.. sangat berguna kepada saya.Nak buatlah macam ni, cantik kan kalau ada arch..Letak ros.. .kemudian ros memanjat.. wangi harum semerbak tamanku (harap-harap jadi kenyataan, Aamiin)
Banyak lagi  projek kayu untuk taman yang ditunjukkan secara detail.  Saya pun dah lama tak bertukang, dulu pernah mengajar kerja kayu dan kerja bata di politeknik. Bila dah berpuluh tahun tak guna ilmu...dah keras tangan ni..

Helaian demi helaian saya belek.. tenung.. fikir... rasanya boleh apply dikawasan rumah saya ni.
semoga dikurniakan umur, masa, kesihatan dan rezeki untuk mereliasasikannya..
Bila agaknya ya????
Insya Allah..soon..

Tiada ulasan: