Petua 1,2,3,4 5 dan 6
Senang saja nak berjaya. Antara kata-kata yang masih saya ingat semenjak tahun 1984 dalam majalah GILA-GILA (kepada golongan muda... ini majalah HUMOR KARTUN.. bukan cara nak jadi GILA..).Ungkapannya ialah:
BUKAN SUSAH NAK SENANG
NAK SUSAH MEMANG SENANG
Saya teringatkan majalah ni sebab menjadi majalah pertama yang menyiarkan pendapat saya....bukan main seronok lagi pada masa tu..kalau ada banyak duit pada masa itu...mahunya saya beli 5 majalah tu...harga pada masa itu RM1.50.
Berbalik kepada petua untuk berjaya yang intipatinya saya perolehi daripada buku 55 PETUA ORANG YANG BERJAYA oleh Dato' Dr Hj Muhamad Fadzilah Kamsah.
PETUA 1
Sentiasa tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa anda
bukan gagal tetapi BELUM BERJAYA. Terus berusaha agar tiada istilah
bahawa kita gagal. Orang yang menang tidak akan berhenti..orang yang
berhenti tidak akan menang.
PETUA 2
Perlu berubah jika mahukan perubahan. Perubahan tersebut adalah usaha sendiri bukannya daripada pertolongan orang lain.Mulakan perubahan yang diingini dengan melakukan dan mengamalkannya dimana-mana sahaja organisasi..di rumah.. di tempat kerja...di luar rumah...di mana-mana sahaja.
PETUA 3
Berfikir seperti juara....Dalam apa sahaja yang dilakukan samada bekerja, pembentangan, perbincangan dll...bayangkan anda seorang juara. Oleh itu, berfikirlah berkenaan kejayaan dan menolak kemustahilan.
PETUA 4
Jadikan seorang yang sangat berjaya. Petikan kata-kata daripada buku tersebut,"BERTEKADLAH
SUPAYA TIDAK LAGI MENOLEH KE BAWAH. PANDANG KE ATAS DAN LIHAT PUNCAK
KEJAYAAN YANG BAKAL DIDAKI OLEH SAUDARA SEMUA". Islam suka orang yang sangat berjaya. Tips untuk menjadi orang yang sangat berjaya- Tetapkan matkamat yang tinggi
- Tetapkan tumpuan
- Kemahiran 4M-membaca, mendengar, menulis , membentang
- Jadilah jurulatih
- Jangan hangat-hangat tahi ayam
PETUA 5
Perlu ada ketetapan yang jelas..... umpama pemain bola yang akan menjaringkan GOL... Matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dibentuk. Usah terpesong daripada sasaran yang telah ditetapkan. Petikan daripada buku, "ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP ADALAH ORANG YANG NAMPAK TUJUANNYA DENGAN JELAS DAN MENJURUS KEPADANYA TANPA MENYIMPANG".
PETUA 6
Matlamat perlu jelas...dan perlu mempunyai matlamat dan sasaran dalam apa juga perkerjaan/aktiviti yang dilakukan. Usah lupa atau lalai dengan matlamat yang diingini dengan mengingati diri sentiasa..setiap detik...Matlamat perlu ditulis/ digambarkan dengan detail..apa... dimana...bagaimana nak apa...bila nak capai...
kita sambung lagi selepas ini......; )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan