CINTA BARU DATANG -SELAMAT TINGGAL CINTA LAMA( siri 1)
Bukan senang nak jatuh cinta lagi ni
Kali ni entah cinta ke berapa kali entah.
Hinggakan si suamiku itu hanya mampu tersenyum. Saya tahu dalam hati dia mesti duk sibuk menyenaraikan cinta-cinta saya terdahulu. Rasanya tak terhitung olehnya, dari renungan dia tadi dah faham, ada persoalan.... hehehe..kekal lama manalah dia ni dengan cinta baru. Kalau saya dengar tadi, pasti saya jawab: ni yang terakhir cinta saya..percayalah bang, tak mungkin berubah lagi. Kalau abang tak percayakan saya, siapa lagi Bang...???? Cara duduk dia tadi macam menghitung sesuatu, saya faham mesti dalam kepalanya tadi mula nampak satu-persatu. Kenapa tak kekal... kenapa cepat berubah hati.... Kalau dapat saya jawab..saya akan kata: Asal cinta saya ke Abang tak berubah tak apa.( Sempat lagi saya plan nak memujuk....luv u so much )
Saya tak boleh halang suami saya mengungkit kisah-kisah lama, kisah cinta, kegilaan, ketaksuban saya dengan cinta yang terdahulu. Tapi kalau dengan yang ini PML...saya akan buat noktah terakhir..kalau titik . terlalu kecil, lihat ni . kalau tak cukup besar saya guna titik akhir saya yang ni .Kalau masih tak cukup besar saya tegaskan dengan noktah gini O Konfiden tu tak lah sangat. Tapi hati ni macam terdetik begitu.
Saya Faham.............cukup faham:
- Sebelum ni saya sayang betul dengan jahit menjahit ni.. Beli kain macam-macam dan nak jahit macam-macam... semua sekali nak jahit bermula dengan alas kaki, alas meja, baju, cadar, sebut ajalah yang boleh dijahit ( kecuali luka...) semua minat. Hasil cinta saya masih kelihatan, bukan satu meter kain yang masih tersimpan, kalau baju pasang tu tak kurang dari 6 pasang yang dah dipotong dan masih belum siap dijahit, langsir ada lagi satu set yang belum siap, kain-lain ada lagi 2 kotak, tersimpan rapi... mesin jahit yang diberi pada tahun1993 dulu masih elok dan dah ditambah dengan motor lagi.
- Selepas itu jatuh cinta jugak dengan si Cross Sticth... tak lama..bukan tak minat tapi faktor usia dan masa.. ..petak-petak pada kain dan nak masukkan benang ke dalam jarum membuat saya tinggalkan minat itu..Lambat siap, lagi satu..kalau dah silap kod warna jadi tak cantik tak sama macam diiklankan. bukti sayang saya itu masih ada dalam stor.. sekotak bahan dan alatan.
- Kali ni cinta tertumpah kepada alam sekitar sikit... ni kesan dari kempen-kempen kerajaan... ORKID...ke mana-mana pergi mesti beli orkid.. gantung sana...ikat sini..letak situ...tanam sini. Tapi kegilaan ni banyak beri pengajaran kepada saya. Apa taknya... di dalam kereta sentiasa ada pemangkas/ pemotong pokok, cangkul (manalah tahu jumpa orkid atas tanah..), Parang ( potong dahan-dahan pokok bagi memudahkan ambil orkid), plastik beg..tanah dan air untuk menyiram. Masa ni kereta saya dah jadi macam nursery bunga. Bila dah lama dan duit habis berratus-ratus, terfikir sampai bila nak habiskan duit dan tenaga dengan orkid ni. Perlukan masa nak jaga lagi, nak siram ,baja bunga, baja daun...uuurrggghhh.....yang tinggal sekarang ni hidup segan mati tak mahu....bye bye..orkid..bukan aku tak cinta......
- Menyesal tinggalkan bab-bab menjahit ni... tak salah jatuh cinta kepada benda yang sama..Tapi berbeza.. Takdir Tuhan.. jatuh cinta untuk kali kedua dengan jahitan.. tapi kali ni manik dan labuci. Meriah sangat semua baju-baju lama dan baru tampil dengan imej baru yang segar dan ceria..lip..lap..lip...lap.. tapi kerja macam ni perlu pengorbanan dan ketekunan... pernah dulu dah jahit baju sekian lama tapi tak boleh dipakai sebab siap labuci pada sebelah lengan saja..huhuhu.. bila dah siap yang tu..... rasa bosan.. oleh kerana keseronokan menjahit manik dan labuci, tak sedar terbeli banyak stok, macam colour ada. Kalau nanti anak-anak minat boleh pass kepada mereka.
- OOOhh...kali ni saya rasa saya buat pilihan yang tepat...ini hobi bagus.. bukan membazir pun..SIHAT.. jogging... Gembira sangat..wow..kasut baru, trek suit baru, tshirt baru...dannnnn stokin pun baru tau.. Semua tempat saya pergi, jelajah, kadang-kadang seorang tetapi kebanyakannaya dengan suami atau anak-anak. Lokasi kami di Bukit Besar dan di Bukit Pak Apil. Hakikatnya inilah kecintaan saya..perut ni dah kempis, kurus sikit..orang lain tak nampak perubahan tapi saya rasa sihat sangat. Ceria sangat. Tetiba bila suami sibuk dengan perniagaan dia, anak-anak dah mula sekolah.... perlahan-lahan dah kurang sayang saya kepada JOGGING... lagi satu (harap alasan ini paling lojik) Bila keluar jogging dengan suami, mesti dia ajak breakfast dan makan sedap-sedap... Ke-2, lagipun bila keseorangan memang tak selamat, pada masa tu macam-macam cerita keluar di akhbar mengenai perempuan kena ragut, rogol, bunuh...takut-takut. Ke-3...Nak dijadikan cerita kaki mula sakit..kesian jugak bila lihat kasut.....tersadai di atas rak. T-shirt dan seluar boleh pakai setiap hari.. tak membazir kan..
2 ulasan:
meh jogging kat bukit bauk..nanti Rayyan boleh temankan tokma jogging skali..:)
Tokma sakit lutut,nak jugak gi jalan2 tapi bukan jogging tau...
Tokma akan luangkan masa
Catat Ulasan