sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 22 Februari 2012

Mengidam

MENGIDAM SEMASA MENGANDUNG

Mengidam ni dah masuk dalam kategori kehendak yang sangat-sangat.Kalau dikatakan ikut nafsu, macam tak adil juga. Sebab mengidam ni secara semulajadi, teringat-ingat selagi tak dapat.... asyik sebut dan minta. Apa yang diidamkan oleh ibu-ibu mengandung yang menjadi persoalan. Kalau yang diidamkan itu halal dan mengikut syariat tak kisahlah.  Satu lagi yang perlu dinilai ialah kesesuaian dan kemampuan untuk memperolehinya seperti kos, masa, saiz, kesukaran dan penerimaan masyarakat.
 Kenapa situasi ini berlaku hanya kepada ibu mengandung? Ada juga yang terjadi sebaliknya, si ayah pula yang mengidam. Ada terjadi. Kekadang rasa macam tak lojik dan mengada-gada aja si ayah tu ( Maaf yer...).  Mengikut kajian, mengidam ni disebabkan pertukaran hormon dalam badan ibu. Sebab itu saya kata mengada-gada. :). Kepercayaan bahawa mengidam itu disebabkan" anak yang minta" perlu dihakis dalam masyarakat kita.


  Kepercayaan orang dulu-dulu kalau tak dapat apa yang diidamkan bayi yang lahir menunjukkan kesan yang macam-macamlah.  Ada yang bercerita anak tersebut akan meleleh air liurnya sehingga besar. Ada yang menangis tak henti-henti...macam-macam mitos yang didedahkan. Kadang-kadang menakutkan terutama ibu muda. Apa yang pasti ibu yang mengandung tak boleh terlalu memanjakan diri dan melayan sepenuhnya kata hati/ keinginan yang pelik-pelik.



Mengidam benda biasa tapi agak sukar. Pernah rakan saya bercerita bagaimana keadaannya semasa mengidam. Nak makan buah strawberi.. senang aja.. di pasaraya pun banyak.. TAPI bila dah mengidam ni, diidamnya buah strawberi fresh....nak petik sendiri dan makan di ladang di Cameron Highland.  Nasib baik dalam Malaysia, kalau diidamnya di USA... Maka pergilah beliau sekeluarga ke CH tu, makan sebijik dan beli untuk dibawa pulang. Apa yang terjadi, strawberi yang dibawa pulang tu memang tak disentuh langsung. Kos untuk sebiji strawberi menjadi RM 200. Tapi hati senang..tidur lena.


Ada satu lagi kisah benar dari mulut suami saya, Isteri rakan dia mengidam makan kopi keras, bukan minum kopi tau... Saya duk fikir jugak, tak pahit ke?  Tak bahaya kafein ke? Tak takut ke anak jadi hitam tapi kuasa Allah. Anak yang lahir tu putih melepak. Seorang kawan saya pulak mengidam nak makan buah mangga dari pokok dalam pagar orang yang tak dikenali dalam laluan ke tempat kerjanya. Asyik teringat siang malam..apa lagi tebalkan muka dan pergi minta ajalah. Macam-macam.


Kalau di dalam jangkauan akal fikiran kira macam kenangan manis. Tapi yang pelik-pelik seperti makan selipar jepun, makan cili, tak tidur malam, makan surat khabar ni... tak perlu ikut. Kesan mudarat mungkin akan timbul. Ibu yang mengandung perlu nutrisi yang cukup untuk bayi dan hendaklah makan makanan yang baik dan berzat.


Kenangan saya mengidam cukup mudah, teringin jugak nak makan malam di Paris, breakfast di New York, Lunch di Kaherah tapi tahu ajalah... masakan mampu.  SABAR-SABAR. Anak pertama saya mengidam buah mangga muda, sehinggakan di dalam handbag ada mangga, dalam laci meja pua ada mangga tapi tak suka makan di rumah. Anak ke dua pulak, hari-hari nak makan somtam, kiranya kenyang dengan somtam. Nasib baik banyak somtam di Kelantan. Suami pula tak merungut.   Anak ketiga  teringin nak makan kerabu Saree/ rumpai laut...sedap betol rasanya... nikmatnya makan.  Anak ke empat saya suka makan jambu batu- pagi petang, siang malam...jambu..jambu...jambu. Hehehe..nasib baik dapat anak lelaki yang comel dan jambu lagi.




Kesan mengidam ni bukan sahaja kepada ibu , malah si suami turut merasai tekanannya. Baca kisah ni http://www.hmetro.com.my/articles/Belasahisterihamilmengidam/Article
Sebab sikap dan perlakuan ibu mengandung turut mempengaruhi anak yang dikandung. Kesimpulannya, sebagai seorang ibu anggaplah segala keinginan tersebut sebagai dugaan dan cubaan ALLAH swt. Anak adalah anugerah, pemberianNya datang bukan percuma memerlukan pengorbanan dalam semua aspek.

* Tentu anda terfikir kenapa saya pilih topik ni ari ni.... Bukan apa, sekadar mengimbau kenangan selepas berbual-bual dengan  bakal ibu muda tadi.*

2 ulasan:

Izyan Balqis berkata...

singgah blog cikgu fouziah!!! =)

fouzie berkata...

thanks Izyan.
ni yg baru create, yg dulu ada pblem