Jom layan resepi ni.
3 cawan Beras (basuh dan tos)
4 1/2 cawan air pandan
4 sudu besar susu pekat manis
1 labu bawang besar
1/2 inci halia
2 sudu kecil garam
setitis pewarba hijau ( tak nak guna pun tak apa..pokok pandan saya muda ...kurang hijau)
minyak + sedikit minyak sapi untuk menumis
Kisar daun pandan ( Saya guna 5 helai daun pandan) untuk mendapatkan 4 cawan setengah air pandan,
Mayang bawang besar dan halia dan tumis hingga wangi
masukkan air pandan tadi, susu, pewarna hijau dan garam
Bila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
Letakkan periuk atas rice cooker. biarkan hingga masak.
Nasi Cinta Rimbun ni sedap dimakan bersama sambal bilis, kacang tanah goreng, kangkung celur, telur mata lembu ----> kan dah cakap tadi ala-ala nasi lemak.
sambal bilis
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili serbuk (saya jarang guna cili boh/ kisar)
1 sudu besar asam jawa (ambil 1/2 cwn airnya)
1 keping kecil nisang/ gula melaka/ nise
1 sudu besar belacan bakar (campurkan ke dalam air asam jawa- biar sebati)
1 mangkuk bilis- dibersihkan dan dibasuh.
Cara membuat sambal bilis
Kisar bawang besar dan bawang putih
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi dan cili serbuk (kelebihan bila guna cili serbuk yang tak dicampur air, bahan tumis cepat garing)
Bila dah betul-betul masak dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan belacan
Kacau dan tumis lagi sehingga air asam jawa tadi kering dan masukkan gula melaka yang diracik halus.
bila dan kering dan masak masukkan sedikit air (saya letak 2 cawan air) dan bilis.
Biasanya garam dah tak perlu lagi...
**** Tak perlu perasa tambahan ( aji no moto..no basikal..no lori..) dalam makanan, manis bilis dah cukup.
p/s: kalau tak suka bilis yang lembut macam anak-anak saya suka ni, boleh digorengkan dahulu bilis tu.
Sambal tadi perlu dicampurkan sedikit sahaja air dan masak sekali lagi hingga mendidih. Jadi sambal tu lebih pekat. Saya buat 2 versi (cuba lihat dalam gambar tu.. ada sambal pekat dan sebahagian lagi saya campur bilis)
Selamat mencuba :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan