sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 10 Jun 2012

WATERMELON SHAKE

Tengah hari ni nak share sesuatu yang menyejukkan
ringkas

mudah
lazat
murah
sihat 
menarik
Jus Tembikai Shake..best kalau disebut dalam bahasa Inggeris rasanya lagi ringkas Watermelon Shake (ala-ala coconut shake gitu... )
 Bahan
2 potong tembikai merah
3 cawan air
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula (mengikut kesesuaian- tembikai yang saya beli ni kurang manis)
2 cawan ais
3 skop ais krim
secubit garam


Caranya:
Blend kesemua sekali bahan kecuali aiskrim.
Hidangkan dan hias dengan ais krim
p/s:

* Mencuba sesuatu yang baru sungguh mengembirakan saya
* Gambar di atas yang tanpa ais  krim (untuk saya...  yang anak-anak   punya, mereka letak entah berapa skop ais krim ke dalam jus ni..ish..ish..ish... dah jadi ais krim topping tembikai)


Tiada ulasan: