Catatan ini adalah yang kedua terakhir.. walapupun masih banyak cerita untuk dikongsi..saya akan ringkaskan. Perjalanan ke Bandung untuk kali ini..Seperti biasa saya menaiki angkot ke Pasar Baru. Kalau datang ke Bandung tak ke Pasar Baru.. macam masuk Indonesia tak cop pasport laaa...
Mata saya tak lepas pandang melihat kreativiti dan keberanian serta ketabahan masyarakat di sana meneruskan kelangsungan hidup. Tetiba mata tertumpu kepada deretan gerai jualan buah-buahan, dah lama tak tengok buah jambu batu yang warna merah jambu. pink guava..
Mangga gincu pun ada.
Bukan sahaja ada ibu tunggal, bapa tunggal..babi tunggal....tapi ada bawang tunggal jugak..ini bawang putih yang tidak berulas-ulas. Menyesal tak beli (Insya Allah akan beli nanti)
Kuih Apeng..rasa lemak dan manis
Haaa..ni dia gandingan dengan kuih Apeng tadi..cincau hijau. Cincau ni dihidangkan dalam air santan macam cendol
Penimbang lama yang masih digunakan oleh penjual ubat di Pasar Baru. Cantik sangat.
Cuba teka apa ni....Berguni-guni dijual di sini. Kalau di laman rumah saya ni, saya cabut macam tu jer..menyemakkan tumbuhan lain. Tapi disini dijual secara komersil, dikeringkan dan penggunaanya sangat meluas untuk tujuan ubatan. Inilah hempedu bumi.
Saya juga sempat membeli buah MAHKOTA DEWA..ya Allah.. murahnya.. berat 400g tu hanya RM 2 sahaja. Lepas balik ke Malaysia saya check harga di sini.. mahunya Rm80...
Kunyit sinonim dengan warna kuning, yang ni kunyit jugak tapi bukan kuning tau...macam nama dia kunyit putih. Isinya putih.
Temu lawak pun banyak dijual disini.
Yang ni OMCONG.. kaum kerabat tempe..agak besar dan kulat tu warna kuning, buruk sangat nampak.
Perkenalkan Bapak Haji Umar Sharna..tauke tempe dan omcong di Pasar baru. Sempat berbual panjang dengan bapak Umar berusia lebih daripada 80 tahun. Khasiat tempe dan penjagaan makanan menyumbang kepada kesihatan dirinya. Last-last dia kata..usah lupa dalam hati perlu ingat Allah sentiasa (yang ni menyentuh saya sebab saya tanya rahsia fizikal sahaja tetapi Pak Umar ni mengingatkan saya bahawa kekuatan hubungan kita dengan Allah itulah penyumbang utama....)
Bahagian bawah menempatkan deretan kedai menjual kerepek..di sini dipanggil keropok. Bahagian depan kedai ini pun dah ada tempat menjual blous secara lambak.. murah...
Kretiviti saya tercabar sekali lagi..bila saya tidak terfikir untuk mempelbagaikan kerepek pisang sepertimana mereka lakukan. Ada pisang manis, masin, lemak, pedas, bersalut tepung ( iya..bersalut tepung pun ada..)
Yang ni pun luar biasa kot.. wajik dalam upih nipah. Sedap dan wangi, saya sempat mencuba sebelum membeli sedikit untuk dijadikan ole-ole.
Deretan tonik yang menjadi kegemaran kaum lelaki untuk terus bekerja...tanpa penat..katanya... Namanya BANDREK
Yang ni pun tiada di tempat kita.. dodol kacang. Sedap. Selain daripada kacang, saya juga beli dodol strawberi, oren dan pandan. Pengusaha dodol Malaysia pun kena buat macam ni...dengar tu tauke dodol di Kelantan, Melaka..Johor
Sedih betul.. bila dah snap gambar sana-sini... bateri dah weak...Melilau cari bateri kamera..tak ada yang sesuai. Apa kan daya langsung tak dapat rakam suasana di dalam bangunan.
Blous memang murah..dengan RM10 dah dapat beli blous yang berharga RM40 di Malaysia. Telekung sembahyang pun sama.. yang bersulam dan berharga RM60 boleh dibeli dengan harga RM20 sahaja. Saya sempat memborong ( sedikit ..) kain pasang. Bila dah balik ke Malaysia, kain yang sama dijual dengan harga RM130..waduhhhh...mahal amat... di Bandung hanya RM30.....
Dah lama nak beli jubah moden yang macam kelawar tu (terasa macam Siti Norhaliza bila saya pakai..bukan perasan tapi kenyataan....).. di tempat saya dijual dengan harga RM 180..usah terkejut di sana RM 50 jer. Labur duit sana sikit..sini sikit.. penat juga. Kalau datang ramai-ramai tentu lebih seronok. Maklumlah sesama wanita ni, wanita ni boleh menjadi penasihat yang baik dalam membeli-belah. Taste baik.. ikhlas menasihat rakan, boleh tawar-menawar, suka mencuba dulu, pandai pilih colour, pandai kemas atau susun barang-barang agar dapat memuatkan banyak benda dalam beg dll (banyak lagi kebaikan bila shopping dgn kaum Hawa ni, sekadar mencatat beberapa sahaja)
Saya pulak...memang dalam kontrol tahap maksima pun..terlepas juga duit kepada peniaga di Pasar Baru.
Terasa tak nak balik, tapi kudrat tenaga dan ongkos membatasi.. tak guna terus tengok tingkat-tingkat lain kalau tak nak beli ... jadi saya mengambil keputusan yang bijak. Balik ke hotel.
ANGKOT................
Ini gambar-gambar terakhir yang sempat dirakam menghala balik.. bila on balik kamera dapatlah rakam sekeping dua. Hari pun dah beransur petang, pokok awam dah berkumpul... hujan dah nak turun....
Ini keistimewaan Indonesia... ada BECAK.. ini pengangkutan utama suatu ketika dahulu sebelum ANGKOT menguasai. Kenderaan ni menggunakan scooter/ vespa yang diubahsuai untuk memuatkan penumpang. Unik kan...
Terpandang hasil seni berbentuk contengan pada bangunan..cantik ( mcm di KL jugak....)
Shopping tu shopping jugak..Mari tengok ni..TIPS ke Bandung:
- Tak perlu bawa pakaian yang banyak..2 pasang dah cukup
- Bawa beg besar yang kosong atau yang boleh dilipat
- Tukar duit ke rupiah di Malaysia
- Usah takut naik teksi--murah- saya cadangkan Blue Bird (paling banyak dan bermeter)
- jangan lupa reserve duit untuk airport tax.. sekitar 65 ribu ( dah lupa jumlah sebenar..).
Hampir separuh hari saya di Pasar Baru... membeli..membayar dan belah... untuk mula-mula di tingkat bawah...ronda-ronda dulu. Tengok apa yang ada dan sesuai. Selepas tu menapak ke tingkat satu... lepas tu di tingkat 2 pun gitu jugak.. katanya 6 tingkat..tapi saya sempat ..setakat 3 tingkat aja.. dah-dah lah tu.. bawa mengucap sikit.. kalu ikutkan nafsu.. mahunya balik ke Malaysia makan ikan kering dengan sayur kangkung untuk sebulan hehee...
tapi...
SAYA SERIK KE BANDUNG..serik... SERIK.... serik...
kenapa?????
*** sebab saya bawa wang yang cukup-cukup sahaja.....banyak barangan lagi yang tak sempat dibeli..serik bawa duit sedikit :) bukan serik ke Bandung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan