sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Khamis, 12 Julai 2012

Buah gajus=jambu golok=ketereh= ter're masak lemak

Tak sabar nak share dengan anda apa yang saya masak beberapa minggu lepas ( ini tak sabar pun boleh tangguh berminggu-minggu ..kalau sabar agaknya tahun depan baru dapat post....). Masakan yang special dan RARE...
Apa tak nya.. buah jambu golok ni dah mencecah rm8 satu kg..nak cari pokok ( di kampung saya) bukan main susah nak jumpa. Kalau dulu berlambak-lambak dan saya buat main-main ...  campakkan ke sana sini. Buat halau ayam atau kambing yang masuk ke kawasan rumah.  Lagi satu yang saya gemar ..letakkan buah jambu golok ni di atas jalan..bila kereta atau motor pijak.... bersorak kami. Tapi kalau jambu golok berwarna merah saya suka, cantik. Jambu biasa warna kuning langsung tak ada harga.. bila musim sotong barulah masing-masing mengambil buah jambu golok ni untuk dimasak.  Bab yang paling seronok ..bila saya dan adik-beradik akan memulas/ tanggalkan biji jambu golok tu ( kami namakan KASI..)...yang tinggal di pokok hanya buahnya sahaja... buah togel... biji tu disimpan..dikeringkan dan dibakar di dalam tin minyak masak atau tempurung... lepas tu diketuk dengan kayu untuk mengeluarkan biji jambu golok tu.  Masa membakar tu..akan kedengaran suara ibu dari dapur " Jaga-jaga sikit..meletup biji tu..kena muka nanti..." itulah saya dan rakan-rakan seangkatan di kampung mendapatkan biji jambu golok atau biji gajus yang harum serta wangi hasil usaha sendiri. Sekarang ni berlambak biji gajus di pasaraya atau pasar minggu.
 Niat asal nak cerita tentang masakan tetapi terbabas kepada biji jambu golok yang harum dan wangi yang dihasilkan sendiri dulu-kala. Terfikir oleh saya.. pengalaman sebegitu tak akan berulang lagi ( agaknyalah...) sebab nak cari pokok jambu golok pun sudah sukar..amat sukar... terlalu sukar. Insya Allah lain kali saya masukkan entri tentang pokok gajus ni dengan detail.  Jom lihat apa yang saya dah masak.. Orang Terengganu namakan.. SAYUR JAMBU GOLOK.  Buah ni saya dapatkan percuma setelah menghabiskan masa yang lama untuk mengait buah jambu golok tu, semasa tu saya membeli ayam segar.. semasa lunch... sebelum nalik ke rumah saya ke tempat menjual ayam segar... terdapat sepohon pokok jambu golok, saya minta untuk membeli tetapi pekerja kedai tu cakap ..akak kait sendirilah.. Setelah muka berputus asa saya dicam oleh salah seorang pelanggan..dengan baik dan murah hati dia sudi hulurkan bantuan untuk mendapatkan jambu tu. Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki Nor.  Kalau harapkan saya, nescaya saya pulang dengan ayam sahaja.
Proses  memasaknya pun perlu sabar..tak boleh campak-campak aja... mula-mula potong buah jambu golok.

Selepas tu celurkan hingga lembut
Selepas itu, perah sehingga kering untuk membuang air jambu yang kelat tu.

Saya campurkan dengan kacang panjang... boleh aja masak jambu golok sahaja ( anak saya tak suka jambu golok ni..so..dia akan kacang... save masa untuk memasak kuah lain..)
Masukkan ikan panggang tawar yang ditumbuk, bawang merah, santan ke dalam periuk bersama-sama kacang panjang dan jambu golok tadi. Masak hingga sempurna rasa garamnya.Lazat dengan rasa manis buah jambu golok + ikan + kacang rasa lemak santan tu dan masin sikit...
Ini dah berada dalam kategori WAJIB cuba...

Tiada ulasan: