Bila bercerita pasal makanan dan memasak ni, sakit jadi sihat, mengantuk jadi segar, malas jadi rajin..macam tu sekali.. kenyang jadi lapar..ini yang paling bahaya ni... Seingat saya, saya dah acap kali jadi bidan terjun, tapi kalau dah kerap tak dipanggil bidan terjun pula kan..dah jadi bidan pelatih kot dalam memasak hidangan pengantin ni. Kali pertama dulu semasa perkahwinan adik ipar...dah beranak 3 dah dia sekarang. Payah juga, sebab dalam menyediakan makanan ni bukan sahaja nampak cantik tetapi rasa pun kenalah seiring dengan rupa. Usah nanti nampak kuih macam-macam warna tapi rasa sama, yang berbeza hanya warna sahaja....haru... Perlu ada nilai seni dan kreativiti dalam menyediakan hidangan pengantin, maklumlah bukanya pro..apa yang ada dalam peti ais dan dibeli oleh keluarga pengantin yang diguna. Kalau pro tu boleh buatkan list keperluan ..."nah keluarga pengantin, tolong dapatkan semua keperluan ni yer..". atau kita sendiri beli untuk memenuhi kehendak kita .Perlu juga sabar sebab nanti ramai yang nak komen itu..ini.. suruh buat mereka tak nak...( sabar aje lah.....).Mari sama-sama melayan mata dengan hidangan yang telah disediakan. Kesemua hidangan ini mendapat touch-up daripada anak2 sedaraku Ira n Azie (hebat dua-dua ni..boleh buka bisnes ni). Azie pandai buat deco seperti bunga ros daripada tomato, Ira pula menghasilkan the best Laichikang i ever drink..
Ini hidangan pertama yang disediakan iaitu Siakap Kasih Hati. Ikan ni menggunakan cara masakan seperti ikan 3 rasa tetapi kali lebih banyak lagi rasa, macam-macam rasa.
Yang ni Puding Lautan Permata Hati. Lihat di dalam puding tu ada permata dan di bahagian bawah berwarna biru, sesuai dengan nama Lautan Permata Hati. Puding ni mudah disediakan dan sedap.Gambar bawah tu gulai ayam.
Ayam Madu Kasih (bukan sesekali..bermadu ya.. pengantin teruna.... biarkan ayam sahaja yang bermadu).Versi ayam panggang ala Madu Kasih ni cukup mudah disediakan. Saya cuma rebus bersama rempah ratus sehingga masak tapi AWAS usah terlebih masak. Kemudian disapu dan diperap dengan perapan (madu dll) panggang dan hidangkan. Terasa sedikit kejam bila saya hidang tapi tak disertakan dengan garfu atau pisau untuk memotong... hehehhe..pengantin dan keluarga hanya memandang sahaja. Ish..kalau saya jadi pengantin mahunya saya tarik peha ayam tu dengan rakusnya..peduli apa..terliur punya pasal. Harap-harap selepas majlis sempatlah mereka merasa.
Jambangan Semarak Cinta . Dari mana datangnya nama ni.?? Cuba lihat gubahan tembikai yang saya buat tu..bulat-bulat , merah, merah gelap dan hitam daripada anggur menggambarkan semarak cinta yang mendalam. WOW... Pemegang bakul tembikai tu bercorak hati. Bahagian bawah saya hiaskan dengan orange berbentuk bakul dan potong rencong serta lebihan anggur.
Tautan Kasih.Gubahan udang ni cukup bertaut dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah...cili...nenas. Apa yang penting rasanya yang meletop.
mmmm....sejuk, segar dan berkhasiat air laichikang made by Ira. Sebelah kiri tu gulai daging.
ps: Kalau nak tempah untuk perkahwinan sendiri, anak, adik atau abang, just inform me :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan