sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 23 Julai 2012

CAPATI dan KARI


Hari-hari rasa berbeza.. rupa berbeza..menyajikan hidangan memerlukan 'kepintaran'.  Tahniah kepada ibu-ibu atau bapak-bapak yang menyediakan hidangan untuk keluarga. PINTAR..Bayangkan dengan roti sebuku pun  boleh diperbagaikan... goreng, kukus, hancurkan, salut, reneh, apit dll. Apatah lagi kalau dapat kalau dapat tepung.. uli dan jadikan apa sahaja. Kalau malas memang tak akan jadi apa pun. Mood saya memasak macam tengkujuh tapi kala sepoi-sepoi bahasa tu....eheeemmmm.... :). Hari ni angin bertiup kurang kencang. Sambil bermalas-malas saya lihat dalam bekas tepung.. rupanya banyak stok tepung yang saya simpan...bukan saja banyak, tapi berjenis-jenis tepung tersimpan. ( Ini lebihan stok masa mood saya macam tsunami hari tu ). Sambil belek pembungkus tepung tu duk fikir nak buat apa hari ini... semalam dah buat roti, sebelum tu roti jala... kuih dadar pun sudah... Terdengar lagu hindustan di THR... alaaaalaaa... capati jugak terlintas di kepala ni. Nah.. capati mari...
Senang dan cepat disediakan 

bahan-bahan capati
tepung attar
garam
air suam
-- gaul tepung attar dan garam kemudian uli sambil tambah air sedikit demi sedikit
--Uli sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
-- biarkan lebih kurang 30 minit ( sambil tu boleh masak kuah kari...)
--  taburkan tepung atas papan canai, bulatkan doh dan canai sehingga nipis
-- tak perlu goreng dengan minyak banyak..hanya perlu lenserkan sahaja kuali dan bakar sehingga mengelumbung bahagian tengah roti. balikkan dan  dah siap pun.. teruskan dgn roti yang seterusnya..

kari ayam
1 mangkuk sedang ayam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hiris halia- bila dicincang =1 sudu besar
2 sudu kecil halba campuran
1 cawan air asam jawa 
serbuk kari+secubit serbuk kunyit + cili( kalau suka pedas)+ air kacau sehingga menjadi pes
1 cawan santan atau susu cair .
2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
garam
daun kari
sesudu kecil gula
caranya
panaskan minyak
tumis bawang merah sehingga wangi dan garing, masukkah bawang putih, halba campuran, halia dan daun kari, tumis lagi sehingga wangi.
masukkan pes kari- kacau rata sehingga wangi
masukkan air asam jawa
masukkan ayam+ garam+gula- gaul dan biarkan isi ayam kecut
kemudian masukkan santan ( saya guna pati santan..sebab tu kena tambah air, kalau yang perah sendiri tak perlu tambah air lagi) + air
biarkan sehingga kuah pekat sedikit
rasa dan hidangkan ...

Tiada ulasan: