sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 1 Oktober 2012

LEMPENG UBI KAYU

Petang ni merupakan masa yang santai untuk saya setelah beberapa tugasan penting dapat disiapkan mengikut masa. Berbaloi skip lunch tadi. Sampai di rumah, jam menunjukkan pukul 5... semua anak-anak dah lapar. Kepala ligat memikirkan sesuatu yang berbeza untuk  hari ni ( hehehe..hari ni sangat rajin...Tapi bila MALAS datang.. makanan yang sama@roti@biskut pun ok lah...).Saya capai ubi yang telah diparut ( Encik suami tak parut tetapi dimesinnya menggunakan mesin daging.. apa-apalah asalkan hancur ubi tu). UBI KAYU dan HUJAN sangat sinonim... nostalgia bagi saya.  Anak-anak sekarang dah tak nak pandang UBI KAYU.. apa kelassss katanya... kalau sebut BURGER.. bersinar biji mata mereka.  Saya nak ubah rupa ubi kayu supaya anak-anak suka... Saya nak  siapkan sesuatu yang SEGERA. . Maka jadilah LEMPENG UBI KAYU ni.. Anak-anak pun sukakannya. Kami makan bersama air nira yang dimasak sehingga pekat pemberian sahabat baik saya Puan Noriah.

bahan yang diperlukan pun simple aja
4 cawan ubi kayu yang dah diparut
1/2 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
sedikit air ( jika perlu)

Bila semua bahan dah siap
Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut..kalau agak keras, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Usah terlalu lembik adunan tu ( lupalah nak snap foto adunan tadi.. maklumlah dah nak cepat sediakan.. gitulah..)
Apa lagi... lenserkan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan adunan ke dalam kuali. ( kalau guna non-stick pan pun boleh- lagi sihat)
Ada cara bakar yang saya belajar dari Ibu saya .. mula-mula letak adunan  tu ke dalam kuali, (tak perlu diratakan lagi) biarkan seketika, kemudian balikkan adunan tadi dan barulah di tekan sehingga rata adunan tersebut.
Bakar sehingga kekuningan dan wangi.
Lempeng ni sesuai dimakan bersama sambal, gula dan jangan lupa AIR KOPI..yang pekat... sangat mengancam di kala hujan mula turun di luar sana... Alhamdulillah...
 *****  Diri ini sempat juga melunjurkan kaki seketika sebelum menyediakan makan malam... sambil tangan ligat melipat kain baju yang membukit menggunung... :)

Tiada ulasan: