sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Selasa, 9 Oktober 2012

PAVLOVA...

Sebelum ni dalam kepala duk fikir ANOVA... MANOVA..INNOVA sekarang entah adik-beradik yang ke berapa pulak ni PAVLOVA.. Dah lama terfikir nak masak pavlova ni. Bila tengok gambar meleleh air liur.  Bila agaknya nak buat.  Hari ni tercapai hasrat nak buatkan pencuci mulut ni untuk berbuka puasa.( tapi, akhirnya menjadi supper...). Pavlova ni...nak kata kek tak macam kek sangat..... kek telur putih.  Mula-mula masa belek resepi tu saya dah bayang rasanya macam topping biskut mama carries, rupanya meleset. Punyalah mudah nak sediakan pavlova ni, rugi kalau tak cuba. Novis macam saya pun  menjadi.
5 biji putih telur (gred B) pastikan berada pada suhu bilik dan asingkan betul-betul putih dan kuningnya.
3/4 cawan gula 

1 sudu  besar cuka makan
1 sudu teh esen vanila
 1 sudu besar tepung jagung
Entah-entah semua bahan dan ada di dapur anda.. apa lagi ... moh kiter ke dapor.
Pastikan peralatan untuk membuat dessert ni bersih (pastilah kan...maksud saya tak berminyak atau basah)
Masukkan putih telur dan pukul dengan speed perlahan sehingga agar kembang.
Pastu tingkatkan speed sedikit sehingga telur putih menjadi putih dan kembang dan gebu.
Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul adunan telur tadi sehingga bila diangkat akan membentuk tanduk pada hujung adunan tersebut.. itu menunjukkan dah elok benarlah tu.
Seterusnya  jangan lupa masukkan esen vanilla untuk mengurangkan bau telur yang hanyir. Teruskan memukul sehingga rata.
Langkah seterusnya, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan dikaup balik dengan menggunakan spatula... cuka pun dimasukkan sama sehingga rata.
wah... dah nak siap dah...
Bersedialah untuk membakar pavlova ni.
Panaskan oven dahulu.
Lukis tapak untuk diletakkan adunan pavlova di atas kertas minyak. Kalau nak bentuk hati/ segitiga / segiempat..lukis aja. Saya pilih bentuk bulat bersaiz +- 7 inci ( berapa  mm??).
Kertas minyak tu saya letakkan ke dalam loyang dan ratakan adunan pavlova mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.
Saya membentuk adunan yang mempunyai permukaan melengkung ( bahagian tepi lebih tebal---sebab nanti nak hias dan letak buah..lagipun pavlova ni ringan dan rapuh)
Bakar dengan api yang sederhana ( 150C) selama 15 minit, kemudian turunkan kepada suhu 120C untuk sejam lagi. Tapi pavlova saya ni tak nak keras sangat, so saya bakar lagi dengan suhu 150C selama 15 minit lagi.  Pembakarannya bergantung kepada jenis oven yang digunakan. apa yang pasti hasilnya  garing diluar dan lembut di dalam. Selain itu bila dah masak, warna pavlova menjadi coklat muda dan merekah sedikit serta kulitnya tidak melekit.
Biarkan sejuk di dalam oven ( buka sedikit pintu oven tu..) dan bolehlah dikeluarkan untuk dihias 


KISAH SEDIH---  Persediaan untuk topping ( taklah sedih sangat...cuma Encik suami saya tersilap dengar, saya minta belikan krim putar /whipping cream tapi dibelinya susu segar... huhuhu..kan beza bunyinya tu.. bezakan..? tapi saya rehdo ajalah. kedai di kampung ni tak jual krim putar...kena ke bandar pulak) 
Anak-anak dah bising bertanya..mama dah boleh makan atau belum pavlova.  Saya cakap" Kejap lagi tau..mama nak potong buah. Buah oren dah ada dalam peti ais. cuma mangga tu masak tak sepenuhnya...ok.   Bukan masalah besar.. Saya gantikan krim dengan butter cream yang dan sedia ada dalam peti ais dan saya letakkan buah-buahan di atas.  
Sedap..manis..bahagian luar yang rangup, ringan dan isi bahagian dalam pavlova ni lembut macam puding telur.. wangi. Berbaloi mencuba. Kali ni segan nak beri sesiapa sbb tak cukup bahan (masa mkn tadi teringat kpd Cik Nurul Huda, liza dll...izikan saya makan bagi pihak kamu yer...)

 ****resepi asal topping
1 cawan krim putar
1 sudu gula
sedikit esen vanilla

Pukul krim sehingga kental  dan masukkan gula, Teruskan memukul krim dan masukkan esen vanila.
Krim ini untuk disapukan ke atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan segar.

Insya Allah saya akan buat lagi.....dan lagi.......lagi...




3 ulasan:

Unknown berkata...

macam sedap

Tanpa Nama berkata...

sedap nampak

Tanpa Nama berkata...

nak cuba