Saya tersentak bila menerima email gambar daripada CRI betapa teruknya cara penyediaan kuaci ni. Ada yang dipijaknya kuaci tu..tanpa pelapik kaki yang bersih. Kaki pulak.... (sila nilai sendiri).
Ada kanak-kanak tidur di atasnya. Lampin pakai ke tak tu? Apa?..Lampin bocor?
Ada orang lain yang pijak-pijak macam itu bukan makanan..... (Saya gigit kuaci tu..please.....).Meriahnya mereka memijak kuaci..ya ampun....
macam rombongan mak kiah lagi tu.. melenggang kangkung atas kuaci
Tapi..kuaci ni masih cantik..besar..apasal yang saya makan tu cinonet aja?
Perkenalkan ..ini taukeh kuaci ..(kot.....). Nasib baik dah nikah..kalau tak ada potensi jatuh hati ni...
kerja meratakan kuaci
Punyalah banyak..dan saya boleh bayangkan betapa luasnya ladang bunga matahari di negara mereka.
Memang nampak macam kotor tetapi bila dah banyak beginilah caranya dan saya teliti betul-betul macam ni sesi fotografi.... Memang nak cari shot yang baik tapi..kasut tu..kasut.... tanggallah dulu atau pakai alas plastik macam di kilang-kilang lain...baru hygine...
Bila lihat foto di bawah ni..dah selautan kuaci.. harap-harap yang sampai kepada saya tu yang tak terpijaklah tu...( tapi kadang-kadang terasa sesatu yang asing dalam kuaci ni.....lupakan...)
Bunga matahari ni kaya dengan vitamin E yang dapat meningkatkan antioksidan di dalam tubuh badan seseorang. selain itu:
Pencegahan kanser (spt prostat) dan penyakit kardiovaskular
Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome”
Memelihara pembekuan darah yang normal
Mengurangkan parut, tekanan darah, pencegahan penyakit katarak
Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
Bagi kaum Adam..ianya dapat meningkatkan pengeluaran air mani
Menguatkan dinding kapilari dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mencegah anemia, “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang
Apa pun foto yang dipaparkan saya terus mengunyah kuaci satu demi satu..dulu..kini....selamanya ( yang ni saya tak tahu...entah esok lusa saya dah tak suka..). Cuma saya ubah cara memakan kuaci. Saya tak lagi gigit tetapi menggunakan jari untuk memecahkan kulit kuaci dan kadang-kala saya membeli kuaci yang dah siap dikupas. Rasa dan khasiat masih ada.
*****Saya kurang suka bila anak saya makan kuaci bukan semua sebab di atas tetapi...SAYA PENATLAH KENA GIGIT DAN KUPAS KULIT KUACI UNTUK DIA..heeee... itu aja. Jom makan kuaci.
1 ulasan:
Salam akak..
Gambar kuaci yang akak paparkan tu sebenarnya kuaci buatan.. kalau tak sila saye dibuat di China.. tapi tujuan pembuatan tu bukan untuk dijual tetapi sebagai tarikan pelancongan.. tak boleh dimakan pun tu.. sekadar buat sahaja.. sebab tu saiz dia lagi besar dari kuaci biasa.. saye bace artikel ni dalam blog serius kalau xsilap..akak boleh pergi baca sendiri.. tu jer.. tq hehe :)
Catat Ulasan