sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Selasa, 29 Mei 2012

NASI ULAM KAKDA COMEL

Wahhh..nama pun dah glammmm.....dah tercatat nama pembuatnya, yang pasti itulah si tukang masak saya tadi iaitu anak saya KakDa.  Masa cuti ni, dapur saya jadi makmal untuk kajian anak-anak buat kajian, saya biarkan aja mereka nak masak apa-apa, asalkan tahu kemas balik, jaga keselamatan dan bertanggungjawab. Kalau tak sedap dll..pandai-pandailah modify... usah sesekali buang rezeki kurniaan Nya. Cuma yang kelakarnya... semasa ke kedai dengan abahnya dia lupa resepi yang nak dibuat.. dibelinya bunga kantan 4 batang.   kacang panjang 2 ikat.....banyaknya  Kak Da.beli.. Apa-apa pun terima kasih sebab ringankan tugas mama. Bahan yang digunakan pun mudah didapati.

2 mangkuk sedang nasi putih yang panas-panas
5 batang serai
8 helai daun kaduk
1 batang bunga kantan
setengah cawan daun kesum
10 batang kacang panjang
2 cawan kelapa yang digoreng garing hingga kekuningan (kerisik)
 100g ikan kering
2 sudu lada hitam- ditumbuk halus
1 sudu belacan yang telah bakar hingga garing
secubit garam ( kalau ikan kering tu kurang masin- tambah lebih sikit)
1 sudu gula
Nasi ulam ni  semuanya jenis mentah dan digaul terus dengan nasi.. 
Bersihkan semua ulam-ulam

Potong nipis dan halus-halus (bukan macam nak diberi makan kepada kuda tau...)
Goreng ikan kering sehingga garing dan rangup.
Kisar ikan kering, belacan, garam, gula dan kelapa goreng tadi dengan pengisar kering 

Lepas tu gaul kesemua bahan tadi- lada hitam, ulam-ulam, bahan kisar dan nasi...
Dah siap pun.
Saya dan suami perah limau nipis sikit..best jugak.


**Alhamdulillah semua anak-anak saya makan ulam...Sedikit pun tak bersisa.  Faiz cakap..KakDa..esok buat lagi yer...
tapi hari ni KakDa buat mee rebus... gempak-gempak masakan..bila nak kurus ni??

Tiada ulasan: