sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 28 Mei 2012

Mata Ayam

Mata ayam ni juga dikenali dengan nama saintifiknya ialah Ardisia crispa dalama famili Myrsinacieae. Pokok mata ayam mudah dijumpai di tepi semak atau dalam kebun getah. Pokok renek ni  mempunyai batang berkayu. Kalau nak biakkan pokok ni kena semailah biji atau keratan batangnya.
Apa yang special sangat dengan mata ayam ni? Kerana namakah?
Kalau sayalah, rasa daun yang sedikit masam boleh meningkatkan selera makan saya yang sememangnya sudah mantap ke tahap yang lebih mantap... cubalah... Daunnya yang agak memanjang dan bergerigi pada bahagian tepi daun menjadi pilihan untuk dimakan bersama sambal belacan atau budu. Bahagian daun juga boleh dijadikan ubat bisul..ambik daun ..tumbuk hingga hancur dan tampalkan pada bahagian bisul. Kalau digigit lipan pun boleh ditampal dengan daun ni juga. Ini rupanya daun mata ayam, yang menjadi hidangan makan tengah hari saya tadi.Dulu-dulu kalau gatal kepala....ramas aja daun ni sebab boleh menghilangkan kelemumur.

 Selain daripada daun, orang dulu-dulu gunakan bahagian akar untuk dijadikan ubat batuk, demam dan tulang patah.Boleh membuang toksid dalam badan. Nak minum macam mana? senang saja, potong akar mata ayam, basuh, keringkan dan rebus. Tapi kalau ambil akar..matilah pokok tu..  mungkin ini di antara sebab kepupusan pokok mata ayam ni... :(
 Bahagian pokok yang agak nostalgia ialah buah mata ayam. Merah pekat dan berkilat.... Buah mata ayam ni menjadi rebutan masa saya kanak-kanak dulu kerana mempunyai warna yang menarik. Rasa buahnya manis dan kelat membuat saya terleka bila memakannya tapi awas..biji buah ni tak boleh dimakan.  

Tiada ulasan: