sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 9 Mac 2012

Penghargaan.....untuk semua


Penghargaan.....

 ............amallah............... senang sahaja, tak perlu latihan intensif........
Perkataan, perbuatan  yang sangat senang lagi mudah...konsepnya pun mudah... spontan aja..
tapi kenapa 
 Saya...mungkin kita semua susah sangat nak amalkannya ya...???? Macam masalah dunia jadinya, pening, susah dan kadang-kadang menyusahkan diri saya sendiri.... Berkerut-kerut kening ni, muka kelat dah jadi  pahit seribu rasa...susahnya nak keluarkan. kejang rasanya tangan nak bersalam. (dengan mahram aja ler..usah duk gatal tangan bersalam dengan semua orang yang tak dibenarkan syarak..)

hanya ucapkan
 ..thank you ...terima kasih...GRACIAS,شكرا لك.. 谢谢,Salamat sa iyo,धन्यवाद,  MERCI, СПАСИБО,  

tak keluar-keluar... lidah kelu...  muka pucat.... berpeluh-peluh... hehehe.
Bagi sayalah............saya rasa susah jugak nak menghargai orang...tapi bila dah saya begitu, lagilah susah saya terima pujian. What U give..U get back................ Bila kita menghargai..kita akan dihargai. Betul kan?

Perghargaan ni penting untuk kita, perlu ada kemahiran. Bila ,saya cakap ada kemahiran bermaksud boleh belajarlah...tak susah..boleh ditingkatkan. Dalam hubungan kita sesama manusia lagilah perlu...dengan suami, isteri, anak-anak,adik-beradik, kawan-kawan  dan semua persekitaran.   Bukan sahaja manusia yang perlu penghargaan... alam pun perlu...

penghargaan membuat kita rasa dihargai...sungguh... itu yang saya rasai, rasa sangat diperlukan... membuat seseorang senyum lebar...menceriakan..memotivasikan...membahagiakan...segalanya yang positif akan meningkat... , Cas-cas positif berebut-rebut masuk dalam diri. Saya rasa seronok, sebab itulah pentingnya penghargaan.  Hargailah sesiapa di sekeliling kita... mulakan dengan segera,,,usah lengah,,,, ucapkan sesuatu..i luv u, TERIMA KASIH, senyum, BAGUS, pandai.........ok..GOOD... nice... WOW...saya amat menghargainya..kehadiran anda saya nantikan, anda sangat penting dalam hidup saya.
bukan perkataan sahaja... buat sesuatu...tepuk...peluk...cium...angkat ibu jari...   
beri sesuatu... sbg balasan... sbg permulaan... sbg tanda ingatan... beri dgn ikhlas... apa sahaja yg anda mampu... share makanan ke, beri kad... hadiah....beri baju ke..beri BB ke.. beri sejadah ke...
tapi yang paling mudah  BERI SENYUMAN IKHLAS SEMANIS GULA DARI HATI BESERTA UCAPAN TERIMA KASIH..what a wonderful life
Memberi penghargaan kepada sesiapa pun adalah kemahiran yang cukup mudah...tapi penting... hari ini marilah kita sama-sama memulakannya sedikit demi sedikit, yang penting secara berterusan.

MENGUBAH  PANDANGAN ANDA TERHADAP DIRI ANDA SENDIRI DAN DUNIA DI SEKELILING ANDA

Selasa, 6 Mac 2012

Terima kasih atas segalanya

TERIMA KASIH- INI SATU PERMULAAN

 Kepada rakan-rakan sahabat dunia akhirat yang ku kasihi:

Rakan seperjuangan yang menjadi pembakar semangat Sarimah, Mastura, Yati, Azieda, Rian, Syuhaidah, Intan, Aznan, Wan Amran, Nazeri, Yus, Azwani, Adik Wani, Hashimi, Acik, Faridah, Akma, Adibah, Fida, Sal, Hilda, Halim, Nabiroh, Kak Nor Salehah, Ustzh Sarimah, Kashfi, Huda, arwah Faizah, Nani, Alif, Izz Zam, Tarzi, Shidah, Kak Shidah, Lan, Ahmad, Tajul, Ridwan, Fizza, Hasril, Fariba, Mazni, Ema, Saliza, Bisha, Supardi,

Juga kepercayaan dan pertolongan yang tak kunjung sejat daripada staf fakulti Mansor, Kak Yam, Azmin, Zizah, Mahani. Ad, Lily.

Juga kemesraan yang dijalin kasih sayang, penuh pemurah daripada  Aya, Norli, Hazlyna, Mimi di Kolej Pendita Za'aba

Catatan tanda kasih ini tidak sepadan dengan pemberian, dorongan, pertolongan, ilmu, nasihat dan usaha kalian.  Tidak mungkin saya mampu membalasnya dengan wang ringgit atau tenaga segunung intan. Dengan izin Nya, Yang Maha Berkuasa, perjalanan menuntut ilmuku menjadi sebuah catatan yang sangat indah untuk dikenang dan dibicarakan. Meskipun belum sampai ke noktah akhir, diri ini meronta-ronta untuk menyampaikan kata tanda kasih, bimbang-bimbang kalau tiada masa terhidang untuk diucapkan kelak. Segala derai air mata, keringat membasah dan keluh kesah bagaikan untaian mutiara di laut lepas. Akan ku usahakan, akan ku gapai jua. Rakan-rakan yang mewarnai perjalanan, memberi sorakan semangat tanpa rasa bosan walau sepicing pun. Saya amat menghargai mereka, jika sendirian mungkin sudah lama saya tewas, tak mampu nak bernafas.

Dengan Izin Allah, Kalianlah yang memungkinkan perjalanan ini menjadi mudah. Mohon direstui dan dihalalkan segala ilmu, makan, minum, gurau senda, tingkahlaku, kata bicara semasa menghadapai saat-saat indah bersama sepanjang Disember 2008- Mac 2012.

Terima kasih kerana mewarnai kehidupan saya dengan warna indah ceria sepanjang masa. Kalian sebati di jiwa ini.Terima kasih yang tak terhingga.



Semalam di Kuala Terengganu.

Semalam di Kuala Terengganu.
Bila cinta kasih jatuh bertapak...segalanya indah

Deru Laut Cina Selatan
hembusan angin
kicau burung
bercahaya di hati

Semalam di Kuala terengganu

Hatiku tak jemu
Pandangannya di tepi pantai
Pandangan indah permai
Sungguh nikmat aku merasa
Hanya semalam saja
Esok hari aku kan pergi
Hingga berjumpa lagi
Tiada ku menyangka
Di sebalik tabir malam
Sepasang mata bola
Merenung kepada ku
Aduh sayang
Tapi apa kan daya aku
Terpaksa berlalu
Tinggal kenangan
Dalam hati
Untuk ku mohon pergi
Tiada ku menyangka
Di sebalik tabir malam
Sepasang mata bola
Merenung kepada ku
Aduh sayang
Tapi apa kan daya aku
Terpaksa berlalu
Tinggal kenangan
Dalam hati
Untuk dibawa pergi

Isnin, 5 Mac 2012

Isteri oh isteri

BEBERAPA SALAH FAHAM -
 OH ISTERI ku

Alhamdulillah... dah nikah rupanya. Moga berbahagia. dah jadi isteri orang kamu ya.....senanglah nanti...jaga suami elok-elok ya. Iyalah, dah pergi kenduri, tuan rumah dan pengantin happy sakan, tak kan nak kata " KAU CARI NAHAS NIKAH NI TAU" Itu tanggapan masyarakat terutama musim cuti sekolah yang mendatang ni, rata-rata mendoakan kebahagian pengantin baru. ada yang berdoa:



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


 Nikah tu kan suruhan agama. Tentu tersembunyi sejuta dan berjuta-juta kebaikan. Tanpa ilmu tak mungkin dapat melihat perkahwinan sebagai ibadah.

Berbalik kepada kisah masyarakat kita tadi....

Dah segalanya selesai segalanya, pinggan mangkuk dan periuk belanga dibersihkan. segalanya terserah kepada anda....suami, isteri, mak, ayah, mak mertua, ayah mertua dan orang-orang lain di sekeliling. Dengar macam senang jer kan... bila dah mula balik ke rumah sendiri mulalah atur tugas-tugas rumahtangga.  DAHULU BUJANG KINI DAH KAHWIN... dulu seorang kini berdua, dulu makan di luar, sekarang dah ada yang jaga makan pakai.. 

KEJAP..KEJAP.. STOP ... 
Stigma dan salah faham inilah yang nak dikongsi di pagi yang hening ni. Terharu ni, maklumlah bila saya bersama-sama pelajar dewasa ni macam-macam cerita muncul. Iyalah suami dan isteri sama-sama sibuk.(macam saya hari ni..hehehhe thanks suamiku sayang sebab jagakan anak-anak yang ada di rumah tu 3 orang...kesian Abang... Terima kasih yer Bang...+ dengan muka saya yang gembira + syukur)

Ada isteri mula rasa diperhambakan dan suami merasakan isteri itu membebankannya. Inilah yang menghantui fikiran masing-masing. Hari ni nak share tanggapan lelaki terhadap si perempuan yang dinikainya (bini/isteri/wife/orang rumah). Bukan nak besar-besarkan keburukan lelaki. Ingat tau saya ni jenis sayang lelaki (CUBA TANYA SUAMI SAYA). Masalah tugas-tugas dalam rumahtangga ni, ianya dianggap remeh, tak perasan tetapi menjadi duri perkahwinan.  Kalau tak percaya jom kita semak sekeliling kita, Isteri adalah:

SUPERWOMEN
Pengorbanan dan berusaha berhabis-habisan demi ikatan perkahwinan. Kena berkorban yang sepatutnya berlaku dengan kedua-dua pihak. Sama-sama berkorban baru manis kan.. bukan terkorban... 

BURUNG MURAI
鵲鴝 鹊鸲 Dayal Dayaldrossel Harakkarastas harakkatasku Kucica Kampung Burung Murai Cerang Dayatrost Orientskjæreskvett Dajal indyjski sroczek zmienny Šáma čiernohlavá stračia Skatnäktergal นกกางเขนบ้าน Chích choè Copsychus saularis Šáma stračí Dajal Dajaldrossel Asian Magpie Robin Shama Oriental Dyal Indes Merle dhyal Merlo gazza Pettirosso gazza orientale  シキチョウ Сорочья славка...berbunyi aja mulut tu.. Dah sinonim dengan isteri. Hakikatnya isteri tak suka membebel (Ini bukan kes pembelaan ya). Isteri membebel tu disebabkan suami jugak, cuba pedulikan sikit perkara sekeliling tu :) Isteri pun nak tenang-tenang jugak, membebel ni memudaratkan kesihatan emosi aja. Semua isteri tahu.







CHEF

Berilah ruang samada isteri nak memasak atau tidak, dia buka chef bertauliah. Mana sempat nak belajar masak, belajar dan kerja semenjak lepas SPM ari tu. Kalau makanan yang dimasak tak sedap kedai mamak tu..belilah buku resepi, hantar isteri belajar dengan mak cik/ sedara mara yang pandai. Susah-susah sangat suami yang masak sendiri. (utk suami ku..Abang saya suruh abang masak tu sebab dah lama tak rasa masakan abang..lagi pun saya nak bangga jugak..masakan abang sedap walaupun kadang-kadang tawar, tapi bila kami lapar , kami rasa sedap tau..)

SUPIR
Hantar anak....
ke pasar....
hantar tuisyen...
Jangan terkejut kalau isteri menunjukkan aksi DRIFT atau WILLEY nanti..iyalah kesibukan di jalan sekarang ni. Tapi ramai isteri tak kisah sebab dia cekap memandu tapi bila dah hari-hari hinggakan masa suami ada di rumah pun isteri kena hantarkan anak-anak, belum masuk lagi sedara-mara. Kadang-kadang nak berbedak tak sempat takut-takut anak lama menunggu di sekolah.

GOOGLE.COM
Bila berhadapan dengan masalah anak ni, semuanya isteri yang tahu, bila anak sakit, di sekolah, di hospital, di pasar (nak tentukan ikan segar atau tidak pun dirujuknya isteri...) sehinggakan barang-barang yang hilang atau tak dijumpai pun dIrujuk kepada isteri...ish..ish..ish

KEDAI DOBI
Basuh baju ni, gosok sekali yer... tu dia.... ni dah betol-betol kedai dobi.  Ramai suami yang cakap, bukan susah sangat, semua mesin yang buatkan.. cuba serah kepada suami untuk 2 bulan.. agaknya setiap minggu shopping baju baru sbb tak sempat cuci atau LOST in action. Belanja hantaran mahal-mahal memang nak suruh buat semua tu...INSAFlah wahai suami-suami di luar sana...

JAM LOCENG
Agaknyalah kalau jam tak berfungsi atau lupa kunci jam..semua aktviti hari tu terganggu.  Isteri yang kejutkan suami, anak-anak, Ingatkan hari ni nak kemana, pukul berapa... hinggakan ada isteri yang lupa appoinment dirinya dengan doktor (check kehamilan),tukang urut, facial dan segala....


TUKANG NUJUM
Hebat ni... menentukan sebarang keputusan .. anak nak belajar di mana...itu kes besar sangat. Kes kecil sikit... Yang, hari ni pakai baju ni yer.. hinggakan pakaian dan apa yang perlu dibawa dirancang dan ditentukan isteri. Penatnya dengar..tolonglah utk RUMAHTANGGA KITA, bukan rumah tangga saya atau awak.

ANAI-ANAI
See full size imageAmboiii... anai-anai yer.. gigit kan baru tahu.  Tanggapan yang biasa didengar ialah BOROS..macam anai-anai...tahu gigit dan telan banyak-banyak, badan kecik (betul ke perumpamaan ni..kalau tak betul DBP blh guna ni...). Isteri ni apalah sangat,suami dah kerja elok-elok, baju biar sepadan... beli perabot cantik-cantik ...siapa yang duduk... suami jugak. Isteri tak sempat nak santai-santai. Beli pinggan mangkuk yang cantik tu nak  naikkan selera suami jugak...tak kan nak guna pinggan plastik (Kucing pun guna melamin tau). Isteri pun berbelilah ikut keperluan bukan kehendak... ukur baju di badan sendiri (walaupun saya tak suka perumpamaan ini---kalau dah jahit baju anak--kena ukur baju di badan orang lain kan...???)

CLEANER
Rumah dan persekitaran yang bersih menjamin kesihatan. Memang isteri sedar perkara tu. Tapi sama-sama lakukan kerja pembersihan lagiiiiii baik...lagiiiiii sayang. Ada isteri yang berbincang dengan saya, lantai dia sapu, tingkap dia cuci, tandas, dapur, biliK tidur dan hanya longkang sahaja yang suami cuci. Pandai cover pada mata masyrakat  hehehe.... kalau dah mampu dan gaji beribu-ribu ambillah tukang cuci mingguan datang.. kesian isteri..kasar tangan-tangan..nak beli losyen baru yang lebih BERKESAN dikatanya boros. Merajuklah macam tu...


PERMISI untuk coretan di pagi hari ini.. masih ramai suami yang bertanggugjawab. Renung-renungkan..nanti kita share dari sudut agama pulak ye..


Jumaat, 2 Mac 2012

Muhasabah elak stress

MUHASABAH...Do not STRESS....
Be Positive..


Sakit HATi...Saya STRESS....tolong FAHAM sikit ya... Awak menYUSAHkan saya
 GERAM...ERRRRR... MenYAMPAH, meLUAT.. TENSION3x..ni KENAPA ni?
TOLOOOONGGGGGGGGGGGGGGGGGG DIAMMMMMMMMMMM
http://vividlife.me/ultimate/wp-content/uploads/2011/10/angry_man.pngapa ni??


Sebahagian daripada ungkapan yang dikeluarkan semasa kita meletakkan emosi negatif/ marah sebagai keutamaan. Tekanan yang berlaku ditonjolkan melalui verbal dan bukan verbal.


 YANG MANA BAHAYA?



Saya tadi tu, jenis verbal..saya keluarkan, saya bercakap, memberitahu, jadi semua dah tahulah sekarang..saya sedang strees..,moody...hangin...

Ada juga dalam kalangan kita (saya bercakap atas dasar diri saya lagi senang kan...) yang saya alami, bila nak marah, saya diam tetapi...tangan, kaki, mata, kalau boleh hidung dan telinga pun nak beri respon, mulut muncung , tangan digenggam, menggeletar dan semua anggotalah yang beri respon.  Silap-silap ada kerusi yang ditelingkupnya, pinggan mangkuk melayang.. hehehehe (pernah ke?).  Kiranya memberontak secara diam tetapi terpamer melalui perbuatan, ni bukan verbal. Orang sekeliling akan tahu juga..aku stresssss.
http://personaldevelopment.me/wp-content/uploads/2011/12/Anger.jpeg
Entri kali ni saya cuba memahami kenapa dan mengapa berlakunya sedemikian.  STRESS ni umpama duri kecil yang tercucuk, tak berdarah pun, jauh sekali menghentikan perjalanan saya. Tapi ingat, kena pandai kawal.  Saya cuba kawal.  Biasalah, ujian Allah swt pelbagai, diberi nikmat pun ujian, diberiNya kesusahan pun ujian. REDHO ketetapanNya.

Masa sedang stress memang syaitan menguasai... berganyut sana-sini.. berbisik-bisik syaitan suruh buat yang tak baik.  Haaa...cepat tampar orang tu.... heyyy....sumpah dia... begitulah gamaknya. Tak sempat nak muhasabah diri..Lagi seronok si syaitan tu. Beraya sakan dalam diri. Kenapa kena muhasabah ni... Apa yang nak dimuhasabahkan. Seorang ustaz pernah berkata, bila berlaku sesuatu musibah, Ustaz sering terfikir apa kesilapan Ustaz  dengan Pencipta (solat lambat ker, tak ingat Allah swt masa susah, masa senang, niat tak betul, tak zakat, hati tak bersih dll).  Jadi saya dengar dan ingat kata-kata itu. Kekadang saya termenung seketika (tapi pernah juga termenung  dua tiga ketika hingga terlelap, itu kes terpinggir tu....kadang....kadang). Rupa-rupanya banyak yang saya buat salah denganNya, patutlah.. memang patut...sepadan. 
Insaf.

Suka hati saya nak buat salah dengan diri saya.  Ni pun kena muhasabah diri ke? Apa kesilapan  saya dengan diri sendiri (abaikan diri sendiri ke.. macam errr..terlebih makan ...makan tak berkhasiat, terlebih tidur..lambat mandi, malas belajar ilmu dunia dan akhirat, malas makan ubat bila perlu).  Banyak perkara yang dikatakan membuat kesilapan ke atas diri sendiri. Moga-moga saya berubah sebab semua ni menjadi punca saya stress. Jadi, saya akan cakna selepas ini... saya insaf lagi sekali.

 Kadang-kadang hati dan minda saya terfikir, apa kesilapan saya  dengan orang lain (buat-buat tak tahu.. padahal berlambak-lambak kan... Tapi....mana ada....).  Maklumlah saya ramai suami, anak,  kawan dan sedara mara tapi seorang suami saja.  Terfikir jugak terdengki ke, termarah, terabai ke, terpukul, terjeling.., layanan tak adil,  menyampah dengan orang lain...
 fikir...lagi.... lagi..... saya muhasabah diri
Banyaknya datang satu per satu rantaian kesilapan saya dengan orang lain, macam air laut yang tak putus-putus.  Saya fikirkan tak ada tadi. Meleset rupanya. Maafkan saya. 
Saya tunduk...Insaf.

STRESS ni membuat saya belajar muhasabah diri agar menerima ketetapan Allah swt tanpa rasa STRESS tetapi ini sebagai penghapus dosa-dosa saya.  Amiiin.

*ENTRI ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia, atau sesuatu perkara yang saya alami sehari dua ni... Saya banyak membuat kesilapan dalam kehidupan. APA YANG BERLAKU BANYAK HIKMAHNYA, MUNGKIN SAYA TERLALU EGO SELAMA INI. Sebab itu saya REDHO*