TERIMA KASIH- INI SATU PERMULAAN
Kepada rakan-rakan sahabat dunia akhirat yang ku kasihi:
Rakan seperjuangan yang menjadi pembakar semangat Sarimah, Mastura, Yati, Azieda, Rian, Syuhaidah, Intan, Aznan, Wan Amran, Nazeri, Yus, Azwani, Adik Wani, Hashimi, Acik, Faridah, Akma, Adibah, Fida, Sal, Hilda, Halim, Nabiroh, Kak Nor Salehah, Ustzh Sarimah, Kashfi, Huda, arwah Faizah, Nani, Alif, Izz Zam, Tarzi, Shidah, Kak Shidah, Lan, Ahmad, Tajul, Ridwan, Fizza, Hasril, Fariba, Mazni, Ema, Saliza, Bisha, Supardi,
Juga kepercayaan dan pertolongan yang tak kunjung sejat daripada staf fakulti Mansor, Kak Yam, Azmin, Zizah, Mahani. Ad, Lily.
Juga kemesraan yang dijalin kasih sayang, penuh pemurah daripada Aya, Norli, Hazlyna, Mimi di Kolej Pendita Za'aba
Catatan tanda kasih ini tidak sepadan dengan pemberian, dorongan, pertolongan, ilmu, nasihat dan usaha kalian. Tidak mungkin saya mampu membalasnya dengan wang ringgit atau tenaga segunung intan. Dengan izin Nya, Yang Maha Berkuasa, perjalanan menuntut ilmuku menjadi sebuah catatan yang sangat indah untuk dikenang dan dibicarakan. Meskipun belum sampai ke noktah akhir, diri ini meronta-ronta untuk menyampaikan kata tanda kasih, bimbang-bimbang kalau tiada masa terhidang untuk diucapkan kelak. Segala derai air mata, keringat membasah dan keluh kesah bagaikan untaian mutiara di laut lepas. Akan ku usahakan, akan ku gapai jua. Rakan-rakan yang mewarnai perjalanan, memberi sorakan semangat tanpa rasa bosan walau sepicing pun. Saya amat menghargai mereka, jika sendirian mungkin sudah lama saya tewas, tak mampu nak bernafas.
Dengan Izin Allah, Kalianlah yang memungkinkan perjalanan ini menjadi mudah. Mohon direstui dan dihalalkan segala ilmu, makan, minum, gurau senda, tingkahlaku, kata bicara semasa menghadapai saat-saat indah bersama sepanjang Disember 2008- Mac 2012.
Terima kasih kerana mewarnai kehidupan saya dengan warna indah ceria sepanjang masa. Kalian sebati di jiwa ini.Terima kasih yang tak terhingga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan