sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 2 Mac 2012

Muhasabah elak stress

MUHASABAH...Do not STRESS....
Be Positive..


Sakit HATi...Saya STRESS....tolong FAHAM sikit ya... Awak menYUSAHkan saya
 GERAM...ERRRRR... MenYAMPAH, meLUAT.. TENSION3x..ni KENAPA ni?
TOLOOOONGGGGGGGGGGGGGGGGGG DIAMMMMMMMMMMM
http://vividlife.me/ultimate/wp-content/uploads/2011/10/angry_man.pngapa ni??


Sebahagian daripada ungkapan yang dikeluarkan semasa kita meletakkan emosi negatif/ marah sebagai keutamaan. Tekanan yang berlaku ditonjolkan melalui verbal dan bukan verbal.


 YANG MANA BAHAYA?



Saya tadi tu, jenis verbal..saya keluarkan, saya bercakap, memberitahu, jadi semua dah tahulah sekarang..saya sedang strees..,moody...hangin...

Ada juga dalam kalangan kita (saya bercakap atas dasar diri saya lagi senang kan...) yang saya alami, bila nak marah, saya diam tetapi...tangan, kaki, mata, kalau boleh hidung dan telinga pun nak beri respon, mulut muncung , tangan digenggam, menggeletar dan semua anggotalah yang beri respon.  Silap-silap ada kerusi yang ditelingkupnya, pinggan mangkuk melayang.. hehehehe (pernah ke?).  Kiranya memberontak secara diam tetapi terpamer melalui perbuatan, ni bukan verbal. Orang sekeliling akan tahu juga..aku stresssss.
http://personaldevelopment.me/wp-content/uploads/2011/12/Anger.jpeg
Entri kali ni saya cuba memahami kenapa dan mengapa berlakunya sedemikian.  STRESS ni umpama duri kecil yang tercucuk, tak berdarah pun, jauh sekali menghentikan perjalanan saya. Tapi ingat, kena pandai kawal.  Saya cuba kawal.  Biasalah, ujian Allah swt pelbagai, diberi nikmat pun ujian, diberiNya kesusahan pun ujian. REDHO ketetapanNya.

Masa sedang stress memang syaitan menguasai... berganyut sana-sini.. berbisik-bisik syaitan suruh buat yang tak baik.  Haaa...cepat tampar orang tu.... heyyy....sumpah dia... begitulah gamaknya. Tak sempat nak muhasabah diri..Lagi seronok si syaitan tu. Beraya sakan dalam diri. Kenapa kena muhasabah ni... Apa yang nak dimuhasabahkan. Seorang ustaz pernah berkata, bila berlaku sesuatu musibah, Ustaz sering terfikir apa kesilapan Ustaz  dengan Pencipta (solat lambat ker, tak ingat Allah swt masa susah, masa senang, niat tak betul, tak zakat, hati tak bersih dll).  Jadi saya dengar dan ingat kata-kata itu. Kekadang saya termenung seketika (tapi pernah juga termenung  dua tiga ketika hingga terlelap, itu kes terpinggir tu....kadang....kadang). Rupa-rupanya banyak yang saya buat salah denganNya, patutlah.. memang patut...sepadan. 
Insaf.

Suka hati saya nak buat salah dengan diri saya.  Ni pun kena muhasabah diri ke? Apa kesilapan  saya dengan diri sendiri (abaikan diri sendiri ke.. macam errr..terlebih makan ...makan tak berkhasiat, terlebih tidur..lambat mandi, malas belajar ilmu dunia dan akhirat, malas makan ubat bila perlu).  Banyak perkara yang dikatakan membuat kesilapan ke atas diri sendiri. Moga-moga saya berubah sebab semua ni menjadi punca saya stress. Jadi, saya akan cakna selepas ini... saya insaf lagi sekali.

 Kadang-kadang hati dan minda saya terfikir, apa kesilapan saya  dengan orang lain (buat-buat tak tahu.. padahal berlambak-lambak kan... Tapi....mana ada....).  Maklumlah saya ramai suami, anak,  kawan dan sedara mara tapi seorang suami saja.  Terfikir jugak terdengki ke, termarah, terabai ke, terpukul, terjeling.., layanan tak adil,  menyampah dengan orang lain...
 fikir...lagi.... lagi..... saya muhasabah diri
Banyaknya datang satu per satu rantaian kesilapan saya dengan orang lain, macam air laut yang tak putus-putus.  Saya fikirkan tak ada tadi. Meleset rupanya. Maafkan saya. 
Saya tunduk...Insaf.

STRESS ni membuat saya belajar muhasabah diri agar menerima ketetapan Allah swt tanpa rasa STRESS tetapi ini sebagai penghapus dosa-dosa saya.  Amiiin.

*ENTRI ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia, atau sesuatu perkara yang saya alami sehari dua ni... Saya banyak membuat kesilapan dalam kehidupan. APA YANG BERLAKU BANYAK HIKMAHNYA, MUNGKIN SAYA TERLALU EGO SELAMA INI. Sebab itu saya REDHO*





Tiada ulasan: