sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 5 Mac 2012

Isteri oh isteri

BEBERAPA SALAH FAHAM -
 OH ISTERI ku

Alhamdulillah... dah nikah rupanya. Moga berbahagia. dah jadi isteri orang kamu ya.....senanglah nanti...jaga suami elok-elok ya. Iyalah, dah pergi kenduri, tuan rumah dan pengantin happy sakan, tak kan nak kata " KAU CARI NAHAS NIKAH NI TAU" Itu tanggapan masyarakat terutama musim cuti sekolah yang mendatang ni, rata-rata mendoakan kebahagian pengantin baru. ada yang berdoa:



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


 Nikah tu kan suruhan agama. Tentu tersembunyi sejuta dan berjuta-juta kebaikan. Tanpa ilmu tak mungkin dapat melihat perkahwinan sebagai ibadah.

Berbalik kepada kisah masyarakat kita tadi....

Dah segalanya selesai segalanya, pinggan mangkuk dan periuk belanga dibersihkan. segalanya terserah kepada anda....suami, isteri, mak, ayah, mak mertua, ayah mertua dan orang-orang lain di sekeliling. Dengar macam senang jer kan... bila dah mula balik ke rumah sendiri mulalah atur tugas-tugas rumahtangga.  DAHULU BUJANG KINI DAH KAHWIN... dulu seorang kini berdua, dulu makan di luar, sekarang dah ada yang jaga makan pakai.. 

KEJAP..KEJAP.. STOP ... 
Stigma dan salah faham inilah yang nak dikongsi di pagi yang hening ni. Terharu ni, maklumlah bila saya bersama-sama pelajar dewasa ni macam-macam cerita muncul. Iyalah suami dan isteri sama-sama sibuk.(macam saya hari ni..hehehhe thanks suamiku sayang sebab jagakan anak-anak yang ada di rumah tu 3 orang...kesian Abang... Terima kasih yer Bang...+ dengan muka saya yang gembira + syukur)

Ada isteri mula rasa diperhambakan dan suami merasakan isteri itu membebankannya. Inilah yang menghantui fikiran masing-masing. Hari ni nak share tanggapan lelaki terhadap si perempuan yang dinikainya (bini/isteri/wife/orang rumah). Bukan nak besar-besarkan keburukan lelaki. Ingat tau saya ni jenis sayang lelaki (CUBA TANYA SUAMI SAYA). Masalah tugas-tugas dalam rumahtangga ni, ianya dianggap remeh, tak perasan tetapi menjadi duri perkahwinan.  Kalau tak percaya jom kita semak sekeliling kita, Isteri adalah:

SUPERWOMEN
Pengorbanan dan berusaha berhabis-habisan demi ikatan perkahwinan. Kena berkorban yang sepatutnya berlaku dengan kedua-dua pihak. Sama-sama berkorban baru manis kan.. bukan terkorban... 

BURUNG MURAI
鵲鴝 鹊鸲 Dayal Dayaldrossel Harakkarastas harakkatasku Kucica Kampung Burung Murai Cerang Dayatrost Orientskjæreskvett Dajal indyjski sroczek zmienny Šáma čiernohlavá stračia Skatnäktergal นกกางเขนบ้าน Chích choè Copsychus saularis Šáma stračí Dajal Dajaldrossel Asian Magpie Robin Shama Oriental Dyal Indes Merle dhyal Merlo gazza Pettirosso gazza orientale  シキチョウ Сорочья славка...berbunyi aja mulut tu.. Dah sinonim dengan isteri. Hakikatnya isteri tak suka membebel (Ini bukan kes pembelaan ya). Isteri membebel tu disebabkan suami jugak, cuba pedulikan sikit perkara sekeliling tu :) Isteri pun nak tenang-tenang jugak, membebel ni memudaratkan kesihatan emosi aja. Semua isteri tahu.







CHEF

Berilah ruang samada isteri nak memasak atau tidak, dia buka chef bertauliah. Mana sempat nak belajar masak, belajar dan kerja semenjak lepas SPM ari tu. Kalau makanan yang dimasak tak sedap kedai mamak tu..belilah buku resepi, hantar isteri belajar dengan mak cik/ sedara mara yang pandai. Susah-susah sangat suami yang masak sendiri. (utk suami ku..Abang saya suruh abang masak tu sebab dah lama tak rasa masakan abang..lagi pun saya nak bangga jugak..masakan abang sedap walaupun kadang-kadang tawar, tapi bila kami lapar , kami rasa sedap tau..)

SUPIR
Hantar anak....
ke pasar....
hantar tuisyen...
Jangan terkejut kalau isteri menunjukkan aksi DRIFT atau WILLEY nanti..iyalah kesibukan di jalan sekarang ni. Tapi ramai isteri tak kisah sebab dia cekap memandu tapi bila dah hari-hari hinggakan masa suami ada di rumah pun isteri kena hantarkan anak-anak, belum masuk lagi sedara-mara. Kadang-kadang nak berbedak tak sempat takut-takut anak lama menunggu di sekolah.

GOOGLE.COM
Bila berhadapan dengan masalah anak ni, semuanya isteri yang tahu, bila anak sakit, di sekolah, di hospital, di pasar (nak tentukan ikan segar atau tidak pun dirujuknya isteri...) sehinggakan barang-barang yang hilang atau tak dijumpai pun dIrujuk kepada isteri...ish..ish..ish

KEDAI DOBI
Basuh baju ni, gosok sekali yer... tu dia.... ni dah betol-betol kedai dobi.  Ramai suami yang cakap, bukan susah sangat, semua mesin yang buatkan.. cuba serah kepada suami untuk 2 bulan.. agaknya setiap minggu shopping baju baru sbb tak sempat cuci atau LOST in action. Belanja hantaran mahal-mahal memang nak suruh buat semua tu...INSAFlah wahai suami-suami di luar sana...

JAM LOCENG
Agaknyalah kalau jam tak berfungsi atau lupa kunci jam..semua aktviti hari tu terganggu.  Isteri yang kejutkan suami, anak-anak, Ingatkan hari ni nak kemana, pukul berapa... hinggakan ada isteri yang lupa appoinment dirinya dengan doktor (check kehamilan),tukang urut, facial dan segala....


TUKANG NUJUM
Hebat ni... menentukan sebarang keputusan .. anak nak belajar di mana...itu kes besar sangat. Kes kecil sikit... Yang, hari ni pakai baju ni yer.. hinggakan pakaian dan apa yang perlu dibawa dirancang dan ditentukan isteri. Penatnya dengar..tolonglah utk RUMAHTANGGA KITA, bukan rumah tangga saya atau awak.

ANAI-ANAI
See full size imageAmboiii... anai-anai yer.. gigit kan baru tahu.  Tanggapan yang biasa didengar ialah BOROS..macam anai-anai...tahu gigit dan telan banyak-banyak, badan kecik (betul ke perumpamaan ni..kalau tak betul DBP blh guna ni...). Isteri ni apalah sangat,suami dah kerja elok-elok, baju biar sepadan... beli perabot cantik-cantik ...siapa yang duduk... suami jugak. Isteri tak sempat nak santai-santai. Beli pinggan mangkuk yang cantik tu nak  naikkan selera suami jugak...tak kan nak guna pinggan plastik (Kucing pun guna melamin tau). Isteri pun berbelilah ikut keperluan bukan kehendak... ukur baju di badan sendiri (walaupun saya tak suka perumpamaan ini---kalau dah jahit baju anak--kena ukur baju di badan orang lain kan...???)

CLEANER
Rumah dan persekitaran yang bersih menjamin kesihatan. Memang isteri sedar perkara tu. Tapi sama-sama lakukan kerja pembersihan lagiiiiii baik...lagiiiiii sayang. Ada isteri yang berbincang dengan saya, lantai dia sapu, tingkap dia cuci, tandas, dapur, biliK tidur dan hanya longkang sahaja yang suami cuci. Pandai cover pada mata masyrakat  hehehe.... kalau dah mampu dan gaji beribu-ribu ambillah tukang cuci mingguan datang.. kesian isteri..kasar tangan-tangan..nak beli losyen baru yang lebih BERKESAN dikatanya boros. Merajuklah macam tu...


PERMISI untuk coretan di pagi hari ini.. masih ramai suami yang bertanggugjawab. Renung-renungkan..nanti kita share dari sudut agama pulak ye..


Tiada ulasan: