sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Rabu, 24 Oktober 2012

HONEY ROASTED CHICKEN

Masakan berasaskan ayam dah menjadi kemestian kepada kanak-kanak. Alhamdulillah itu dulu-dulu, sekarang anak-anak saya dah biasa dengan ikan dan sayur.. tapi jenuhlah nak mendidik mereka.  Kalau saya cakap ada bahan tak baik dll dalam ayam pun, muka mereka macam ragu-ragu aja. Sekarang ni, kalau nak makan ayam lebih kerap pun tak apa sebab alternatif ayam organik menjadi pilihan kepada pengemar ayam. Menu berbuka puasa saya hari ni  ialah ayam panggang bermadu ( Honey roasted chicken).  Saya selalu memasak ayam ni untuk hari raya atau majlis makan-makan sebab senang dan sedap. Main campak-campak aja dan siap.Tak pun, malam saya perap dan keesokan masuk oven. Boleh dimakan bersama-sama nasi ayam, nasi putih, pulut, mee atau meehoon. Cuba tau....

1/2 ekor ayam ( 600 g)
1/2 biji limau nipis/lemon
5 sudu makan madu ( kalau tak ada madu- gantikan dengan gula +- 4 sudu)
6 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu serbuk cili
6 sudu kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary

bersihkan ayam, 
Gosok dengan lemon/limau nipis.
Kalau tak nak potong kecil, bahagian dada dan peha  ayam dicucuk dengan garfu supaya perapan meresap dan ayam cepat masak. .
Gaul sebati rempah perapan.
Lumur hingga rata dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar ( suhu 160c selama 30 minit- bergantung kepada ketuhar anda...)
Gunakan pencucuk satay untuk memeriksa (mencucuk bagi memastikan samada ayam benar-benar masak).

Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang
masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air.
Masak sehingga pekat.

Keluarkan ayam dan curahkan sos tadi ke atasnya..
Sedia untuk dihidang.

Anak-anak pasti sukakannya sebab ada rasa manis.

1 ulasan:

ewan berkata...

looks yummy