sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Isnin, 6 Januari 2014

Kek Epal Hijau

Buah-buah yang tersimpan di dalam peti ais rumah saya tu umpama emas dan intan berlian ... bukan sebab berharga... tapi anak-anak tak makan dan sentuh kecuali saya  dijadikan jus atau dipotong siap untuk mereka.  Apa masalah..entahlah.. untuk ambil dan makan sendiri agak sangat payah.  Semasa bersembang dengan rakan-rakan, rupa-rupanya berlaku perkara sama juga di rumah mereka. Bila dah seminggu epal hijau ni tak dimakan, apa lagi..ubah..guna power..magic power... inilah hasilnya
Dr Fouziah Mohd
Bila sudah siap terus makan panas-panas. Sebahagiannya saya bawa ke pejabat tetapi jadi rezeki pelajar-pelajar saya,mereka tak sempat rehat dan saya terus keluarkan kek dari handbag saya....
Semua cara memasak saya ceduk daripada blog HomeKreation di Kongsi Resepi
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
500g epal hijau- kupas kulit, buah tengah, potong dadu
200g gula perang 
 3 biji telur (Gred A) 1 cawan minyak 200g tepung naik sendiri 1/3 sk serbuk kayu manis
****Resepi asal ada kulit limau..tapi saya tak letakkan.
Penyediaannya:
  •  Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
  • Ayakkan tepung & serbuk kayu manis ke dlm adunan & kacau rata.
  • Gaulkan epal sehingga rata.
  • Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C (saya guna suhu 160c) selama 45-50 minit sehingga masak.
  • Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.  
Inilah hasilnya bila dipotong... bab menghias ni memang saya agak fail... tahun 2014 saya cuba tingkatkan.
Dr Fouziah Mohd


Tiada ulasan: