sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Ahad, 12 Januari 2014

NASI TOMATO DAN AYAM TOMATO

Dr Fouziah Mohd

Semua tomato..nasi tomato dan ayam tomato. Tomato kan  bagus untuk kesihatan ada vitamin ada serat. Alhamdulillah anak-anak tidak cerewet tentang masakan mama mereka, jika saya sediakan nasi tomato/lemak/minyak...mereka boleh makan sehingga tengah hari. Maklumlah kekadang saya ada juga kuliah pada hari minggu , selepas jam 2 petang baru balik ke rumah.  Anak-anak saya tidak dibiasakan makan mee segera...bahaya...msg banyak..lilin pada mee...Paling malas pun mereka makan roti dengan telur untuk mengalas perut. Kali ni saya masak sedikti sahaj..3 cawan tu sedikit..sedikit untuk 2 kali makan bagi kami berlima. Ni bahan yang diperlukan.
3 cawan beras  + air secukupnya bergantung kpd jenis beras (saya gunakan 4 1/2cawan air)
*1 batang kayu manis-  1 inci
*2 kuntum bunga lawang
*4 kuntum bunga cengkih
*5 biji buah pelaga

*4 ulas bawang putih-hiris halus
*1 labu bawang besar-hiris halus
*1 sudu besar halia hiris
*3 helai daun pandan
 1/2 cawan tomato puri

 4 sudu susu pekat manis
 3 sudu besar minyak sapi
 6 sudu besar minyak masak
sedikit garam
- Panaskan minyak + minyak sapi dan tumis  bahan bertanda * sehingga wangi
- Masukkan air mengikut sukatan beras
- masukkan tomato puri dan susu pekat manis
-tambahkan juga sedikit garam- saya letak 1 sudu kecil
- bila air mendidih, masukkan beras yang telah dibersih dan ditoskan.
-masak seperti biasa.

Ayam masak tomato
500 g ayam
1 1/2 cawan tomato puri
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar cili serbuk
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar halia
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar gula
rempah 4 beradik :- 
iaitu 1/2 inci kayu manis, 5 kuntum cengkih, 3 biji pelaga, 1 kuntum bunga lawang 
garam secukupnya
 - Gaulkan ayam + kunyit + sedikit garam
- Goreng sehingga separuh masak-tak perlu terlalu garing
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
Panaskan minyak- tumis rempah 4 beradik sehingga wangi
-masukkan bahan kisar + cili serbuk- goreng sehingga masak dan wangi
-masukkan tomato puri dan sos cili- kacau lagi
- masukkan 2 cawan air- biarkan mendidih
- masukkan ayam
- tambah sedikit gula- utk mengimbangi rasa masam
- Jika perlu bolehlah masukkan air mengikut kuatiti kuah yang diperlukan

Acar mentah
1 batang timun
1 biji tomato hijau
2 biji cili merah
1/3 labu bawang besar
1/3 cawan cuka
1/2 senduk nasi gula
1 sudu teh garam *** jika suka boleh masukkan karot dan kobis (saya kehabisan stok... )
-potong semua bahan dan gaul sebati
-rasakan masam dan manisnya agar sesuai dengan rasa masin

Tiada ulasan: