sila-silalah

pinang merah,sireh junjung, saya tak marah, silalah berkunjung

Jumaat, 24 Januari 2014

Smoothie Epal dan Oat

Saya paling tidak sabar untuk share minuman saya pagi ini....yang namakan smoothie. 

Dr Fouziah Mohd

Semenjak 10 hari yang lalu saya amalkan meminum jus buah-buahan segar setiap pagi selepas minum segelas air kosong.  Sebelum ini ketika rajin sahaja saya sediakan... masalahnya kerajinan tu jarang-jarang muncul. Kadang-kadang seminggu sekali muncul.  Suami saya ni jenis rajin membeli alatan elektrik seperti jus extractor, blender, bread maker(saya pilih untuk uli sendiri..) pengisar daging, mesin proses air soya dll.  Saya jarang menggunakan segala bagai tu. Paling kerap saya guna ialah blender dan sandwich maker.  Bila melihat saya masih gunakan blender lama saya tu untuk blend buah, lantas dia tegur..gunalah blender kaca tu, lagi sihat, bersih... Maklumlah saya ni jenis sayang dan selesa dengan benda yang lama...macam saya sayang dan selesa dengan dia hehehehehe... nakal sesekali... Alhamdulillah tekad saya untuk kali ini masih utuh. Pagi ni saya cuba sesuatu yang berbeza. Nak tahu? Ini resepinya
1 biji epal hijau
1 biji epal fuji
3 sudu besar oat
1 gelas susu rendah lemak
2 gelas air
- Potong buah-buahan
- Kisar semua sekali dan minum
- Kalau nak letakkan ais boleh tapi abaikan 1 gelas air tu. Saya tak suka ais pepagi hari.
Semudah itu dan sihat sebab tanpa gula dan berserat.  Alasan saya untuk tidak menggunakan jus extractor ialah saya perlukan serat-serat semua buah-buahan tersebut. Tapi bila dah dikisar bersama oat, laju ada masuk ke tekak ni.
*** Amalan yang baik untuk kesihatan

Tiada ulasan: